16 Healing Crisis kerana suplemen tambahan
16 Healing Crisis kerana suplemen tambahan dan Petandanya sebagai Rujukan buat anda
Healing Crisis kerana suplemen tambahan adalah kesan yang dirasai oleh mereka-mereka yang mengamalkan suplemen atau nutrisi tambahan. Ini adalah kerana apabila tubuh badan yang mempunyai radikal bebas bertindak balas mengeluarkan toksin dan hasil pengambilan nutrisi tambahan, sel-sel baru tubuh badan terbina dengan sendirinya.
Menurut ‘Hering’s Law of Cure’, healing crisis kerana suplement tambahan ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan iaitu pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Manakala menurut Ketua Saintis Shaklee pula, Dr Bruce Daggy, akan berlaku fasa ‘body-adjustment’ apabila mengambil supplemen Shaklee.
Ini adalah kerana tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin dari badan. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrisi tambahan ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau dengan healing crisis kerana suplemen kerana apa yang dialami bukanlah kesan sampingan tetapi proses penyembuhan yang baik untuk tubuh dan menandakan bahawa suplemen tambahan yang anda makan itu memberi tindakbalas yang baik. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti tangki yang berkarat. Bila kita bersihkan karat di tangki tersebut, barulah air yang bersih mengalir keluar. Itulah ibarat badan kita. Apabila kita amalkan nutrisi tambahan secara konsisten, maka semua toksin-toksin akan keluar dari badan melalui sistem perkumuhan seperti peluh, pembuangan najis dan sebagainya. Maka mudahlah badan kita menyerap nutrisi tambahan yang kita amalkan.
Antara contoh Healing Crisis kerana suplemen tambahan
Healing Crisis #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses menyahtoksin
Healing Crisis #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Merangsang fungsi imunisasi badan
Healing Crisis #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Healing Crisis #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah
Healing Crisis #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat
Healing Crisis #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin
Healing Crisis #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin tanda anda kekurangan darah
Healing Crisis #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit
Healing Crisis #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan
Healing Crisis #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah
Healing Crisis #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon
Healing Crisis #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan anda ada penyakit Buasir
Healing Crisis #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)
Healing Crisis #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati
Healing Crisis #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang
Healing Crisis #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat
Penyelesaian Healing Crisis kerana suplemen tambahan
Bagi mengurangkan healing crisis kerana suplemen tambahan, kita perlu minum air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 3 Liter sehari bagi memastikan healing crisis kerana suplement yang kita alami semakin berkurangan. Healing crisis kerana suplemen tambahan bukan petanda anda tidak serasi dengan nutrisi tambahan tersebut tetapi ia adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan nutrisi tambahan yang anda amalkan untuk menyingkirkan toksin dari badan. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengambil makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya toksin dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti pembuangan najis. Banyakkan berehat dan bersabar teruskan pengambilan nutrisi tambahan secara konsisten seperti biasa kerana kesannya selepas itu sangat-sangatlah berbaloi-baloi.
Untuk makluman anda, proses penyembuhan berbeza bagi setiap orang. Ada yang 2-3 hari, berminggu dan ada juga berbulan-bulan. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi panduan dan manfaat buat anda semua.
Carian yang berkaitan :
- healing
- sakit kepala
- meditation
- detoks
- healing crisis kerana suplemen tambahan