MUSIM MEMPELAM HARUM MANIS
Assalammualaikum WBT
Semoga kalian yang ziarah blog Shiemz diberkati dan dirahmati Allah SWT
MEMPELAM HARUM MANIS
Semua sedia maklum, sekarang di Perlis tengah musim Mempelam Harum Manis. Tengah Fenomena Harum Manis.
Pagi nie abah called. Cerita bab ‘Harum Manis’. Ini dah macam cerita seram.
Nak masuk ke dalam dusun mempelam Bukit Bintang tu pun jammed tak pernah2 dulu. Skarang jammed! Sanggup masing2 beratur nak beli mempelam Harum Manis. Iskhhh3x
Fenomena Harum Manis.. Kayo! Kayo! (Gambar : sumber FB Noorhaslinda Hashim.. Blh contact beliau utk beli menpelam harum manis online)
So, mase abah called tue abah cakap dia tengah ‘perap’ mempelam yg sedia ada tu nak bg masak.. Nanti dah masak, abah nak pos mai KL. Yahoo!!
Abah cakap, dia pun x sanggop nak beratur beli dekat Dusun Mempelam Harum Manis. Bayangkan, kalau nak beli kat situ seorang HANYA 2 KILO dibenarkan. Mana mungkin 2 kilo, sedangkan yang order sudah tentu dari kawan rakan…
Macamana pun, abah cakap mempelam nie dari pokok yang abah mama tanam. Rasanya sama sahaja. Abah balut buah2 tue elok supaya tidak dimakan ulat.
Tak sabaqnya nak tunggu buah mempelam dari kampung. Cuti selama 4 hari tak ade plan nak balik pun. Malah tak terbayang nak makan mempelam tu.
Kalau balik kampung cuti selama 4 ahri nie, kompom jalan jammed dan sememangnya jammed!! (Refer dari status kawan2 di FB yang pulang ke kampung)
Alhamdulillah!!
Apepun kita layan gambar Mempelam Harum Manis nie. Gambar dari Noorhaslinda punya FB. So kalau teringin sangat sangat sangat boleh la order online. Shiemz tak berani nak ambek order. Takut nak responsibility. Kang ade mempelam yang buruk dan sebagai.. Wallahualam