By January 16, 2019 0 Comments Read More →

Lendir keluar dari telinga (jangkitan telinga)

Boleh tahan bersawang blog aku nie. Sebenarnya dah banyak hari dah terfikir nak update blog. Tapi mampu terfikir ajelah…updatenya idok! Haha.. Masuk tahun 2019 nie berazam nak rajin update blog. Tak kiralah entry tentang bisnes ke, personal ke.. Janji update! In sha Allah..Semoga bukan azam tinggal azam je lah.. Chaiyok!

Lendir keluar dari telinga

Untuk entry kali nie, aku nak story sikit tentang masalah lendir keluar dari telinga (jangkitan telinga) Muhammad Hadzem, anak no 4 aku. Korang ada anak yang bawah 2 tahun kena jangkitan telinga tak? Keluar lendir seperti hingus berwarna kekuningan/kehijauan dari dalam telinga? Meh la share experiance korang. Sebenarnya lendir keluar dari telinga (jangkitan telinga) nie terjadi pada 3 Januari lepas. Dah dekat sebulan keluar lendir macam hingus tu kat telinga dia. Benda nie terjadi bila tiap kali dia kena selsema.

Maklum la bila duduk kat taska, memang routation je batuk selsema demam tu. Bila keluar lendir macam tu, aku selalu bawa Hadzem ke klinik. Doktor akan bagi ubat titis telinga dan ubat selsema. Ubat tu je yang doktor bagi dan akan jadi routine aku setiap hari cuci telinga Hadzem. Kalau tak dibersihkan, kadang-kadang lendir macam hingus tu keluar dari telinga sampai meleleh ke pipi.

Tapi Hadzem nie melasak je dia. Tak ada demam. Cuma bila selsema tak kering, lendir tu akan sentiasa keluar dari telinga lah. Aku yang melihat nie, memang tak senang duduk. Rimas tengok! Habis berkotak-kotak cotton bud gara-gara cuci telinga Hadzem. Takpelah, janji bersih kan.

Lendir keluar dari telinga
Lendir keluar dari telinga

Satu hari tu kan, tetiba tengok telinga Hadzem keluar lendir berserta dengan darah. Makanya neves juga la aku kan. Ajak papanya ke Tawakal Hospital jumpa dengan Pakar ENT. Dr Usha Devi. Sebelum nie dah pernah jumpa dah. Lepas jumpa tak lama lepas tu telinga Hadzem sembuh. Disebabkan Hadzem dah pernah appointment dengan Dr. Usha Devi, kali nie terus jumpa jelah.

Doktor pun dah ada history Hadzem kan. So bila jumpa doktor. Macam biasalah Dr. Usha check telinga hadzeq guna teropong telinga (Otoscope) untuk tengok gegendang telinga Hadzem. Hasil apa yang Dr.Usha tengok, telinga Hadzem memang berlubang pada kedua-dua belah gegendang telinga dia. Fuh..risau juga aku.

Lendir keluar dari telinga

Suami aku tanya “Ada potential jadi pekak ke kurang pendengaran ke?”.

Dr. Usha cakap, kena jaga supaya selsema cepat kering dan pastikan telinga dia tak masuk air. So, time mandi pun jangan basah kepala. Aku tanya Dr.Usha lagi nakkan kepastian. Ädakah benda nie biasa? Tengok budak lain tak ada pula jadi macam tu? Dr. Usha cakap “Mana you tahu, i yang selalu jumpa patient”. Hahaha..

Tambah dia lagi, jangkitan telinga nie common pada budak-budak bagi yang tinggal di rumah pengasuh/nursery sebab mereka akan sentiasa batuk selsema kerana berjangkit dengan kawan-kawan lain. Jadinya kena pastikan anak-anak kita jangan terlalu kerap selsema kalau tak memang akan jadi macam Hadzem.

Mesti antara korang cakap anak-anak korang tak pernah kena. So, just bersyukurlah dan jangan compare dengan anak-anak aku yek. Lain anak lain badan lain dugaan. Tapi bagi aku dugaan nie biasalah. Kalau tak ada dugaan nie, mungkin tak boleh jadi panduan pada orang lain. ye dak? hehe

Lendir keluar dari telinga
Lendir keluar dari telinga

Lepas Dr.Usha tengok gegendang telinga Hadzem. Dr.Usha nak suction lendir dari telinga Hadzem. So, Hadzem macamana? Releks ke? Mula-mula je releks, pastu loud speaker la.. Haha.. Dia meraung macam ape je. Nasib baik papa peluk kuat-kuat. itupun dia macam nak meronta-ronta. Sempat la aku ambek gambar dan rakan video.

Lepas tengok dia macam tak boleh kontrol, aku pun stop ambek gambar dan video dan pegang kaki dia kuat-kuat. Sebab kalau dia meronta-ronta macamana Dr. Usha nak suction lendir dalam telinga dia tu. Takut terjolok pula kepala Ostoscope tu nanti kan.

Lendir keluar dari telinga
Dr Usha Devi cuci lendir dalam telinga Hadzem

Lepas je suction lendir dalam telinga Hadzem, doktor cadangkan supaya keringkan selsema dia secepat mungkin. So, doktor bagi antibiotik dan ubat selsema. Kemudian setiap kali mandi, jangan dibasuhkan kepalanya suapaya air tu tak masuk dalam telinga dan sentiasa bersihkan telinga hadzem. Doktor bagi tarikh next appointment pada 19 Januari nanti. Nak tengok ada improvemnet atau tidak telinga Hadzem supaya dapat pikirkan next treatment untuk Hadzem.

Apepun nie dah dekat 2 minggu lepas jumpa Dr Usha, alhamdulillah nampak improvement walaupun masih belum betul-betul kering. Hopefully cepat-cepat baik. Hati mama pun tenang sikit. In sha Allah.

Sedikit rujukan pada korang yang mempunyai anak yang mengalami masalah lendir keluar dari telinga (jangkitan telinga).

Bagaimanakah saya boleh tahu samada bayi saya mendapat jangkitan telinga?

Agak sukar untuk menentukannya, tetapi jika anak anda mempunyai batuk atau hidung meleleh dan tiga atau lima hari kemudiannya menjadi demam, ini mungkin disebabkan jangkitan telinga. Bayi mungkin juga menarik-narik telinga atau kelihatan resah. Jika dia bertatih, dia mungkin mengalami masalah imbangan dan berkelakuan lebih cemerkap daripada biasa. Menghisap dan menelan juga menyakitkan dia, jadi jika bayi anda menolakkan badannya daripada payudara atau botol setelah mula menyusu, seakan-akan dalam kesakitan.

Based on experience : Setiap kali selesema dan demam, lendir seperti hingus berwarna kekuningan/kehijauan akan keluar dari telinga. Tapi tak adalah sampai nak makan minum tak boleh atau sakit, aktif macam biasa. Makan dan minum pun macam biasa.

Sedikit info tentang gegendang telinga bocor

Adakah jangkitan telinga sesuatu yang biasa?

Jangkitan telinga biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Kebanyakannya berlaku kepada bayi berusia enam bulan hingga 18 bulan, tetapi ia boleh berlaku pada mana-mana usia. Kita tidak tahu mengapa, tetapi kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan mendapat jangkitan telinga berbanding kanak-kanak perempuan.

Based on experience : Dalam 4 orang anak, anak0anak lelaki aku pasti akan kena masalah lendir keluar dari telinga. Hadzeq dan juga Hadzem. Anak-anak perempuan Alhamdulillah tak ada masalah ini. Selalunya berlaku masalah lendir keluar dari telinga (Jangkitan telinga) dalam usia kurang dari 24 bulan (2 tahun).

Perbezaan gegendang telinga normal dan gegendang telinga abnormal

Apa yang menyebabkan jangkitan telinga pada bayi saya?

Bayi anda mungkin menghidap selesema, yang menyebabkan telinga tengahnya bengkak. Kebengkakan itu memerangkap cecair di dalam telinganya. Ini membentuk satu persekitaran yang hangat dan basah di mana bakteria dan virus boleh merebak.

Apabila jangkitan sudah berlaku, nanah akan terhasil dan tekanan pada gegendang telinga bayi menyebabkannya membonjol dan keradangan berlaku. Bayi anda kemudian mungkin akan demam kerana badannya cuba melawan jangkitan itu. Jenis jangkitan telinga ini dinamakan otitis media akut.

Satu lagi sebab bayi anda boleh mendapat jangkitan telinga ialah kerana tiub dalam telinga tengahnya pendek dan mendatar, kerana ia masih berkembang. Semasa bayi anda membesar, panjang tiub itu akan bertambah tiga kali ganda daripada 1.25 cm kepada 3.8 cm dan menjadi lebih tegak, mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan.

Based on experience : Setiap kali berjumpa Doktor, penerangan sama. Berlaku kerana tiub dalam telinga pendek dan mendatar yang memudahkan lendir keluar dari telinga (jangkitan telinga).

Bagaimanakah jangkitan telinga bayi saya boleh dirawat?

Kebanyakan jangkitan telinga akan sembuh sendiri, namun baik juga jika anda bawa bayi anda berjumpa doktor jika:

  • bayi anda berusia kurang daripada tiga bulan;
  • simptom-simptomnya tidak berkurangan selepas 24 jam;
  • bayi anda dalam kesakitan yang teruk;
  • terdapat cecair keluar dari telinga bayi;
  • kedua-dua belah telinga bayi anda dijangkiti.

Jika bayi anda sangat tidak sihat dan jangkitan itu bukan disebabkan oleh virus, doktor mungkin akan mempreskripsikan antibiotik. Telinga bayi anda seharusnya mula sembuh dalam tiga atau empat hari, dengan atau tanpa antibiotik.

Based on experience : Bagi ubat selesema dan antibiotik untuk cepatkan penyembuhan dan cepat kering. Sekiranya selesema sembuh, kemungkinan lendir akan berhenti keluar dan gegendang telinga yang berlubang akan sembuh.

Mengapakah nanah meleleh dari salur telinga bayi saya?

Nanah atau cecair kuning bercampur berdarah keluar dari telinga bayi bermakna sudah terdapat lubang kecil dalam gendang telinganya. Ini selalunya pulih dengan sendirinya dalam masa lebih kurang dua minggu, namun hubungilah doktor supaya beliau boleh memeriksanya.

Based on experience : Selalunya selepas diberi ubat selesema/demam dan antibiotik, lendir dari telinga akan berhenti keluar dan cepat kering. Walau bagaimanapun, sekiranya masih belum sembuh rujuk pada doktor.

Telinga bayi saya masih belum sembuh. Apakah yang harus saya lakukan?

Jika jangkitan telinga bayi anda masih belum bertambah baik selepas empat hari, dengan atau tanpa rawatan dengan antibiotik, mintalah doktor memeriksa telinganya. Bayi anda mungkin mengalami jangkitan telinga yang lebih serius yang mungkin memecahkan gegendang telinga dan membanjiri salur telinganya. Kadang kala ini boleh menjurus kepada masalah seperti kemerosotan deria pendengaran. 

Anda juga seharusnya membawa bayi anda berjumpa doktor semula jika dia menunjukkan simptom-simptom baru seperti muntah, demam atau kurang selera makan. Simptom-simptom baru boleh jadi tanda bagi sepsis, yang beerlaku apabila badan bertindak balas terhadap jangkitan dengan menyerang dirinya sendiri. Kemungkinan besar dia tidak apa-apa, tetapi sepsis boleh jadi lebih teruk dengan cepat, jadi lebih baik anda ambil langkah berjaga-jaga dan bawa bayi anda untuk diperiksa doktor. 

Jika bayi anda mendapat jangkitan telinga yang berulang-ulang, ini juga boleh membawa kepada kehilangan pendengaran dan parut di dalam telinga. Ini jarang berlaku, tetapi penting bayi anda diberi rawatan sebaik sahaja dia mendapat jangkitan telinga supaya supaya dapat mencegahnya daripada menjadi lebih teruk. Ketahui apa yang perlu dilakukan jika bayi anda mengalami jangkitan telinga berulang. 

Based on experience : Nasihat Dr. Usha, sekiranya masih lagi keluar lendir dari telinga (jangkitan telinga) datang buat appointment semula. Sebab kalau berterusan takut barangkali jangkitan telinga tu akan menyebabkan pecah gegendang telinga dan akan menyebabkan kurang pendengaran. Cepat-cepat jumpa doktor. Takut juga kan.

Related Post

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment