By September 13, 2018 0 Comments Read More →

Cara banyakkan susu badan ibu. Mudahnya!

SETIAP IBU YANG NAK MENYUSUKAN ANAK PASTI MENCARI CARA BANYAKKAN SUSU BADAN

Impian seorang ibu di dalam dunia ini ialah mampu menyusukan anak selama yang boleh. Disini dikongsikan kepada mommies semua bagaimana cara banyakkan susu badan agar impian anda itu tercapai sehingga 2 tahun lamanya.

cara banyakkan susu badan 1

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan pada hari pertama penyusuan akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan penyakit. Ibulah orang yang paling teruja bilamana bayi yang dilahirkan menghisap susu buat kali pertama. Lekapan dan hisapan bayi membuatkan si ibu berasa teruja.

Walaubagaimanapun, pada peringkat berpantang pasti mommies di luar sana mengalami masalah kurang susu badan, nipple luka kerana lekapan bayi tidak betul dan sebagainya hingga mommies berasa stress ketika penyusuan. Inilah antara punca yang menyebabkan susu badan mommies semakin drop. Mulalah mommies mencari-cari cara banyakkan susu badan.

Jadi mengikut pengalaman saya, antara yang perlu dititikberatkan ketika diawal penyusuan ialah :

1) KERAP PAM DAN MENGIKUT JADUAL PAM

Kerap pam dan mengikut jadual pam adalah cara banyakkan susu badan. Lebih banyak anda pam susu / anda susukan anak lebih banyak susu akan dihasilkan. Sebab itu anda perlu faham konsep “supply dan demand” yang mana rata-rata topik penyusuan pasti menekan tentang konsep ini.

Untuk faham konsep “supply dan demand” anda juga perlu faham apa itu HORMON PROLAKTIN (Pekerja yang akan hasilkan susu) dan HORMON OKSITOSIN (Kenderaan berperanan sebagai pelancar pengaliran susu). Anda boleh baca dan faham melalui entry ini Cara Tambah Susu Badan.

Penjadualan sesi mengepam/menyusu badan sangat penting bagi membantu memperbanyakkan susu badan. Semakin kerap bayi menyusu/pam susu, semakin banyak susu terhasil. Jangan ingat anda surirumah, anda tak perlu pam susu. Kekerapan menyusu badan (direct feeding) tidak boleh mengosongkan breast anda. Jadi anda perlu pam selepas menyusukan anak anda agar tidak berlaku ‘susu drop’ dikemudian hari. Kenapa susu akan ‘drop’ sekiraya breast tidak benar-benar kosong kerana berkemungkinan ada baki-baki susu yang akan menjadi ketulan di dalam breast anda yang di panggil (DUCTUS) ianya akan menyekat liang-liang susu untuk keluar dengan lebih banyak di masa akan datang.

Sekiranya DUCTUS ini terjadi, breast anda akan berasa sakit dan akan menyebabkan anda demam. Hati-hati yer mommies semua ductus ini akan jadi lebih parah sekiranya anda tidak merawatnya. Selalunya ductus ini terjadi kepada ibu-ibu yang kurang berdisplin dalam masa mengepam.

BAGAIMANA CARA NAK KOSONGKAN BREAST

  • BUAT JADUAL PUMPING – PUMP susu mengikut jadual dengan berdisplin
  • PUMP susu selepas menyusukan anak anda supaya breast betul-betul kosong.
  • Pastikan breast anda benar-benar kosong selepas anda mengepam, dengan melakukan marmet.


SPECIAL TIPS TINGKATKAN PRODUCTION SUSU

  • 3x pump – susu susah nak naik
  • 4x pump – susu akan maintain
  • 5x pump – susu akan naik
  • 6x pump – susu badan TERPAKSA NAIK

2) PENGAMBILAN BAHAN MENTAH YANG BERKHASIAT

Susu ibu adalah sumber pemakanan utama dan terbaik untuk tumbesaran bayi. Jadi setiap apa yang dimakan oleh mommies, bayi akan mendapat khasiatnya daripada susu badan yang diminum. Jadi, pengambilan bahan mentah terdiri dari protein dan karbohidrat adalah sangat penting bagi menyumbang kepada cara banyakkan susu badan. 

Bagi anda yang sedang berpantang, selain dari penjagaan bayi, kesihatan mommies juga perlu dititikberatkan. Pemakanan yang sihat dan seimbang perlu dirancang supaya bahan mentah yang diambil boleh mengembalikan tenaga, rasa segar dan memperbanyakkan susu badan yang berkualiti untuk bayi mommies. Antara pemakanan yang digallakan ialah :

  • Bawang putih bagus diambil ketika tempoh berpantang. Ia bukan sahaja berfungsi untuk memulihkan luka dalam dan membuang angin dalam badan juga.
  • Ikan salmon bagus untuk pemakanan ibu berpantang kerana kandungan DHA iaitu lemak semulajadi sihat yang amat tinggi. DHA memberi kesan yang memberangsangkan buat perkembangan saraf bayi. Susu badan juga mempunyai kandungan DHA yang tinggi. Ia juga boleh didapati di dalam Omega Guard Shaklee.
  • Produk tenusu seperti susu, yogurt, dan keju kaya dengan vitamin D dan kalsium bagi membantu menguatkan tulang yang sedang berkembang dalam badan bayi.
  • Sayur berdaun hijau seperti sawi, bayam, dan brokoli kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C dan zat besi. Ia juga membantu ibu untuk mendapatkan semula bentuk badan ideal selepas bersalin kerana kandungan kalorinya yang rendah. Keperluan vitamin tersebut boleh juga didapatu di dalam Multivitamin Vitalea.
  • Susu soya yang sihat juga membantu memperbanyakkan susu badan. Susu soya yang mudah, siht dan berkualiti boleh didapati didalam ESP Shaklee.cara banyakkan susu badan

3) EMOSI YANG HAPPY DAN CERIA

Kalau mommies diluar sana mengepam, perasan tak bila mommies mengepam dalam keadaan kelam kabut susu badan akan dapat kurang berbanding mengepam dalam keadaan tenang? Emosi yang happy dan tenang boleh menentukan pengeluaran susu badan tau.

Jadi disini bermaksud tahap pengeluaran susu badan bergantung kepada sejenis hormon yang dikenali sebagai Hormon Oksitosin di mana hormon ini dirembeskan apabila mommies pam dalam keadaan happy dan tenang. Bila emosi tengah baik, hormon oksitosin akan terhasil. (HORMON OKSITOSIN=hormon yang melancarkan pengaliran susu).

Jadi, saya cadangkan mommies ketika sesi perahan, pasanglah lagu atau alunan ayat-ayat suci Al-Quran. Secara tidak langsung, hasil susu badan tersebut lebih berkualiti. Ditambah pula mommies sedang melihat gambar anak atau membayangkan kerenah bayi mommies sambil tersenyumkan. Bertambah-tambah ‘Let Down Reflex’ mommies..memancut-mancut susu badan keluar. Best kan?

cara banyakkan susu badan

Fikirkan susu badan sentiasa ada untuk anak kita. Apa yang kita fikir, apa yang kita rasa, apa yang kita cakap & apa yang kita buat menentukan apa yang kita dapat. Just relax je k. In sha Allah emosi yang mommies rasai saat itu akan merembeskan hormone Oksitosin lebih banyak hingga membawa kepada pengeluaran susu yang lebih lancar. Inilah cara banyakkan susu badan paling baik.

Jadi sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Milk Booster Terhebat Shaklee, boleh hubungi Shiemz seperti contact number di bawah atau boleh terus order ➳ KLIK SINI

(Ini adalah Harga Retail/Runcit. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE untuk mendapatkan harga yang mampu milik dalam masa yang sama anda mampu menjana income dengan Business Shaklee)

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan pada peringkat hari terawal akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi melawan penyakit.

Carian berkaitan :

  • cara tambah susu badan
  • milkbooster
  • cara banyakkan susu badan

Related Post

Posted in: Breastfeed

About the Author:

Post a Comment