By June 11, 2018 1 Comments Read More →

Antara Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Adab dan kesalahan berhari raya jangan diambil mudah.

Eid Ul-Fitri atau Hari Raya Puasa adalah hari perayaan bagi semua umat Islam di atas kesyukuran dan nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hambaNYA yang berjaya melakukan Rukun Islam yang ke 4 iaitu berpuasa di Bulan Ramadhan.

Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Walau bagaimanapun menyambut Hari Raya haruslah berpandukan kepada Adab dan Panduan sunnah Rasulullah SAW antaranya ialah :

  1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

  1. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid ul-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar (kurma) dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar (kurma), makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446]. Adab dan Kesalahan Berhari Raya

  1. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya Eid ul-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya. Adab dan Kesalahan Berhari Raya

  1. Takbir Hari Raya

Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar. Adab dan Kesalahan Berhari Raya

  1. Ucapan Pada Hari Raya

Mengucapkan ucapan Selamat Hari Raya atau ucapan yang baik sesama muslim di atas kejayaan berpuasa di Bulan Ramadhan. Adab dan Kesalahan Berhari Raya

  1. Berpakaian baru/cantik di hari raya

Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (disebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya:

“Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj (perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seorag wanita sehingga menarik perhatian orang ramai tanpa membuka aurat) berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Kalau berada di dalam kalangan wanita sahaja tidak mengapa. Adab dan Kesalahan Berhari Raya

  1. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986].

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini :

  • Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
  • Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
  • Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT.
  • Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim.
  1. Solat Hari Raya.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa. Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya :

  • Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.
  • Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW.
  • Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:

“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

  • Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari:

“Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.”

  1. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya.

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”]

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.”

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari masjid tidak mengapa naik kenderaan. Adab dan Kesalahan Berhari Raya

  1. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya.

Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah).

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha, wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.”

  1. Zakat Fitrah.

Nabi SAW menyuruh membayar zakat Eid ul-Fitri sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat Eid ul-Fitri) sebelum hari raya sehari atau dua hari.” Adab dan Kesalahan Berhari Raya

 

BEBERAPA KESALAHAN BERHARI RAYA

Antara beberapa adab dan Kesalahan Berhari Raya yang kita perlu ambil berat antaranya  :

Adab dan Kesalahan Berhari RayaBermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya hingga berlaku pembaziran.

Adab dan Kesalahan Berhari RayaBeria-ria bersolat sunat Hari raya tetapi tidak solat Subuh dan Zuhur. Walaupun Hari Raya adalah hari bergembira namum ia tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan solat. Ia adalah satu kelalaian yang serius dan berdosa.

Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Bersalaman dengan lelaki dan perempuan ajnabi (bukan muhrim) atau pergaulan bebas tanpa rasa malu. Budaya masyarakat melayu tidak lari dari amalan bersalaman sama ada sesama keluarga mahupun tetamu. Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam kita seharusnya peka dengan batas sentuhan dengan orang lain (bukan muhrim).

Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Tabarruj (berlebih-lebihan dalam berhias) bagi perempuan. Seperti yang kita sedia maklum, wanita sering menjadi perhatian dan ini menyebabkan agama memandang serius mengenai aspek pemakaian wanita khususnya dalam musim perayaan.

Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Mengambil juadah Hari raya berlebih-lebihan hingga berlaku pembaziran.

Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Bersalaman dan memohon kemaafan hanya pada Hari raya sahaja.

Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Tidak menziarahi jiran tetangga, sanak saudara, jiran tetangga terlebih dahulu malah sibuk menonton TV di rumah terutamanya bagi generasi muda.

Adab dan Kesalahan Berhari Raya

Berhari Raya hingga terlupa untuk berpuasa Sunat enam dalam bulan Syawal. Sedangkan fadilat dan kelebihan mengerjakan puasa enam ini adalah sangat besar dan istimewa.

Semoga pengisian ini memberi manfaat buat semua. Ramai diantara kita mengambil mudah dengan perkara ini. Hari Raya bukan ‘Hari kebebasan’.

 

Link Berkaitan :

Related Post

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

1 Comment on "Antara Adab dan Kesalahan Berhari Raya"

Trackback | Comments RSS Feed

Inbound Links

  1. ADAB ANAK DAN DUIT RAYA - Shiemz : Shiemz | June 11, 2018

Post a Comment