By June 11, 2018 0 Comments Read More →

INGATKAN ADAB ANAK DAN DUIT RAYA

Adab anak dan duit raya. Kalau Hari Raya mesti tak lupa dengan Duit Raya kan? Terutamanya anak-anak kita memang akan ingat pasal duit raya. Tak meriah hari raya tanpa duit raya. Tak gitu?
Adab anak dan duit raya
Kadang-kadang kita ni lupa nak ajar anak dengan adab menerima duit raya. Tau sajalah anak-anak bila dapat duit raya, terlalu seronok dan teruja sampai mereka tak sedar cara penerimaan tu tidak kena pada tempatnya. Dengan cara anak-anak tu buat pemberi duit raya dan kita sebagai parent ter’malu’ dengan perangai anak-anak kan. Tapi itu bukan salah mereka pun cuma mereka tak diingatkan.

Jadi meh la kita berpesan pada anak-anak kita. Hari-hari pesan tau, kadang-kadang mereka terlupa sebab terlalu teruja. Hehe

  1. Jangan meminta-minta duit raya “Nak duit raya!”.
  2. Bila orang keluarkan duit, jangan terus rampas atau ambil. Tunggu sampai orang hulur duit raya tu baru mereka ambil.
  3. Ambil dengan tangan kanan, salam, cium tangan dan cakap terima kasih. Kalau boleh senyum sekali. Barulah si pemberi tu pun happy.
  4. Doakan yang baik-baik kepada si pemberi agar sentiasa dimurahkan rezeki, tahun depan dapat duit raya lagi.
  5. Dapat sampul duit raya, jangan terus buka! Masuk dulu dalam poket atau dalam beg duit. Nanti dalam kereta baru buka, baru boleh tengok dapat berapa ringgit. Kadang ada yang buka depan pemberi “Alah seringgit je?!”. Jatuhlah air muka si pemberi tu kan.
  6. Ajar anak-anak tu jangan komplen. Berapa RM pun dapat, biasakan menyebut ‘Alhamdulillah’ tanda mereka bersyukur dengan apa yang mereka dapat.
  7. Satu lagi lepas dapat duit raya tu, sampul jangan direnyuk dan terus dicampak ke lantai merata-rata. Simpan elok-elok sampul tu, kadang-kadang sampul raya ni boleh bagi pada orang lain pula duit raya atau nak bagi sedekah duit untuk masjid ke kahwin ked an sebagainya.
  8. Akhir sekali, simpan duit raya tu baik-baik. Jangan gunakan duit raya tu untuk beli benda-benda yang tidak berfaedah seperti mercun. Kalau beli alat tulis atau simpan di dalam bank kan bagus macam SSPN. Ada juga faedahnya kan. Kalau parent yang ‘pinjam’ duit raya anak tu, jangan lupa ganti. Hehe

Adab anak dan duit raya

Jadi marilah kita sama-sama memperingati. Kadang benda yang simple itulah yang kita ambil mudah. Anak-anak ni belum tahu adab, maka kita sebagai parentlah yang tolong nasihatkan. Bukannya susah pun kan.

Sila share jika bermanfaat.

Link Berkaitan :

Related Post

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment