By May 18, 2018 0 Comments Read More →

Serangan sakit jantung – sayangilah jantung kita

Sayangilah jantung kita. Kebanyakan beranggapan penyakit serangan sakit jantung lebih cenderung menyerang lelaki tetapi hakikatnya serangan sakit jantung boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira jantina. Mengikut Institut Jantung Negara (IJN) sebanyak 300,000 pesakit jantung menerima rawatan sakit jantung sebagai pesakit luar sepanjang tahun lalu. Manakala berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan mencatatkan sebanyak 13.5 peratus kematian pada 2014.

sakit jantung

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub berkata, peningkatan pesakit jantung meningkat setiap tahun sebanyak 5 hingga 7 peratus. Peningkatan ini sangat membimbangkan kerana penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di negara ini yang melibatkan golongan berusia malah golongan muda sekitar seawal 20-an jugak sudah mengalami sakit jantung.

“Oleh itu, setiap orang perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan bertanggungjawab ke atas diri sendiri dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanan sejak awal,”

Sakit Jantung

Beberapa langkah yang perlu diambil berat bagi mengurangkan risiko mendapat serangan sakit jantung.

Antara penyebab utama sakit jantung adalah disebabkan tidak menjaga pemakanan, obesiti, merokok dan diabetes. Pendek kata mereka yang mengalami sakit jantung tidak mengamalkan gaya hidup sihat sejak dari muda lagi. Menjaga kesihatan jantung sebenarnya tidaklah sesukar mana jika kita menjalankan gaya hidup sihat.

  • Berjemur

Bagi meminimumkan pembentukan plak kepada pembuluh darah, sinaran matahari yang mengandungi vitamin D boleh membantu. Kajian telah dibuat di Universiti California bahawa wanita yang mendapat vitamin D yang tinggi kurang 31% risiko menghidap penyakit jantung. Maka berjemurlah pada waktu pagi iaitu sebelum jam 10 pagi selama 20 hingga 30 minit boleh membantu anda mendapat vitamin D yang mencukupi.

  • Pengambilan coklat

Pengambilan coklat dalam kuantiti yang betul mempunyai manfaat tersendiri bagi mengurangkan serangan sakit jantung. Coklat mengandungi magnesium yang dapat menurunkan kadar kolesterol. Kandungan salah satu lemak dalam coklat didapati baik untuk jantung. Pastikan coklat yang anda ambil mengandungi 70% koko untuk mendapatkan manfaatnya.

  • Olahraga atau bersukan

Kegiatan aktif seperti berjalan cepat, menari, berenang, joging atau bersukan dapat memberikan latihan terbaik buat jantung anda kerana jantung adalah otot yang perlu dilatih supaya berada di dalam keadaan yang baik.

Dengan melakukan senaman ringan seperti berjalan cepat selama dua hingga lima jam seminggu dapat mengurangkan satu pertiga risiko serangan jantung dan strok. – Jurnal Perubatan New England.

Aktiviti tersebut juga dapat meningkatkan kadar kolesterol baik dalam darah, namun anda perlulah merujuk kepada doktor sebelum melakukan sebarang olahraga terutamanya bagi mereka yang tidak pernah bersenam atau mempunyai masalah kesihatan.

sakit jantung

  • Pengambilan makanan laut

Makanan yang berasal dari laut dapat melindungi jantung kerana ia mengandungi lemak omega-3 yang dapat menurunkan risiko serangan jantung, kadar kolesterol jahat, tekanan darah tinggi dan penggumpalan darah. Namun perlu diingat, ambillah makanan ini dalam kuantiti yang sederhana supaya tidak terkena serangan penyakit lain akibat terlebih pengambilan makanan laut.

  • Berhenti merokok

Terdapat 600 bahan kimia yang boleh merosakkan sel salur darah. Hal itu menyebabkan peningkatan kolesterol dalam jantung. Selepas anda berhenti merokok, risiko untuk mendapat penyakit jantung menurun hingga 50 peratus.

  • Bergembiralah

Dengan ketawa atau bergembira anda dapat menghilangkan tekanan minda. Tekanan itu sendiri boleh menjadi antara faktor risiko mendapat sakit jantung atau menyebabkan faktor risiko lain menjadi lebih buruk.

Contohnya ketika dalam keadaan tertekan, tekanan darah meningkat, kita mungkin akan makan banyak, malas bersenam dan mempunyai kecenderungan untuk merokok yang semuanya menjadi faktor risiko sakit jantung. Jadi belajarlah mengawal tekanan dan cuba lakukan perkara yang menggembirakan setiap hari.

  • Jangan lupakan gigi

Bakteria boleh memasuki pembuluh darah melalui gusi yang tidak sihat. Ini adalah rujukan daripada Hospital Pergigian Sidney pada 2006. Hal ini menyebabkan radang yang merosakkan lapisan arteri. Beruslah gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan berjumpalah dengan doktor gigi anda secara teratur.

  • Tidak cukup tidur

Individu yang tidur kurang daripada lima jam cenderung mengalami pengumpulan mineral kalsium dalam pembuluh darah jantung dan ia boleh pecah dan menimbulkan serangan jantung dan strok. Waktu tidur yang sepatutnya adalah enam hingga tujuh jam sehari.

 

sakit jantung

Set Kesihatan Jantung

Fungsi CoQ10-TROLL Plus

  1. Menguatkan arteri dari kolestrol jahat LDL.
  • Membantu melancarkan peredaran darah.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Penting untuk kesihatan jantung mengawal angina – sakit dada
  • Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung.
  • Membantu menungkatkan penghasilan tenaga didalam otot jantung,menambah kekuatan mengepamnya.
  • Mengurangkan episode serangan angin dan mengurangkan palpitasi jantung.
    Mengurangkan risiko masa1lah serangan jantung .

Fungsi Omegaguard

  1. Omega 3 adalah asid lemak yang baik untuk pelbagai fungsi badan. Ada jugak sesetengah fungsi badan tidak dapat menghasilkan omega-3 sendiri dan itulah sebab mengapa anda mesti mendapat Omega 3 daripada sumber lain
  • Melindungi jantung kerana ia membekalkan asid lemak omega-3
  • Melancarkan darah
  • Menghalang pembekuan

Fungsi Phytocol-ST

  • Menurunkan kolestrol
  • Mrnghalang koksetrol jahat
  • Menghalang kolestrol baru terjadi

Fungsi Vivix

  1. Menurunkan kadar low-density lipoprotein cholesterol (LDL) yang dioksidasikan itulah yang akan membentuk plak-plak pada salur darah yang menyebabkan aterosklerosis ataupun pengerasan dan penebalan arteri-arteri.
  • Melindungi jantung.
  • Mengurangkan pelekatan antara platlet ( respon anti-radang)
  • Merencat sel kanser dari menjadi semakin serious.

Testimoni

Testi sakit jantung tersumbat 2 Testi sakit jantung tersumbat 2 Testi sakit jantung tersumbat 2 Testi sakit jantung tersumbat 2 Testi sakit jantung tersumbat 2

Jadi, bertindak segera bagi mencegah serangan sakit jantung. Merawat lebih baik dari merubati. Sayangilah diri dan keluarga anda.

Konsultansi PERCUMA

Harga MAMPU MILIK

PELUANG PERNIAGAAN bersama SHAKLEE

Whatsapp Sakit JantungDaftar ahli Sakit Jantung

Link berkaitan :

Related Post

Posted in: SET SHAKLEE, shaklee

About the Author:

Post a Comment