Cara Betul Pangkah Undi Semasa Pilihan Raya Umum (PRU)

Cara betul Pangkah Undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke 14

Debaran 5 tahun sekali yang dinanti oleh semua rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun satu perkara yang sangat dirisaukan oleh semua orang selain dari memilih calon yang tepat bagi menerajui pucuk pimpinan yang akan datang ialah cara betul pangkah undi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Pelbagai spekulasi dan telah tular sekeping gambar cara betul pangkah undi yang TIDAK SAH.

Cara betul pangkah undi

Mengundi hanya 5 tahun sekali. Jadi sudah semestinya kita tidak mahu mensia-siakan pembuangan undi pada 9 Mei 2018 (Rabu) ini. Mana mungkin kita nak biarkan undi kita menjadi UNDI ROSAK kan. Berkongsi pengalaman Shiemz menjadi Kerani Pengundi Awal baru-baru ini (5 Mei 2018), ramai diantara mereka yang hadir tidak tahu cara betul pangkah ‘X’ undi. Ada diantara mereka, beranggapan bahawa jari yang dicatkan dengan dakwat kekal, perlu di’cop’ di kertas undi. Ya Rabbi.. Rupanya ramai yang tidak tahu. Tapi tak pastilah samada mereka nervous atau sebaliknya. Tapi itulah realitinya.

Cara betul pangkah undi

Jadinya Shiemz nak share sedikit apa penyebab yang boleh menyebabkan UNDI ROSAK berlaku. Antaranya :

  • Kertas undi tidak dicop dengan tanda rasmi atau tak ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM)
  • Undi lebih dari satu calon. Ingat, pangkah HANYA SATU calon sahaja tau!
  • Ada tulisan atau tanda dengan sesuatu yang membolehkan pengundi dikenal pasti
  • Tidak bertanda atau tanda selain di tempat yang sepatutnya. Pangkah di dalam box!
  • Tidak menunjukkan dengan jelas tujuan pengundi. Sengaja merosakkan kertas undi!

Pada tahun 2013, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya ketika itu iaitu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakankan bahawa sebanyak 332,297 kertas undi ditolak atau undi rosak, berbanding 324,120 pada tahun 2008.

Ini menunjukkan bahawa masih ramai rakyat Malaysia tidak faham mengenai cara mengundi semasa pilihan raya sehingga beratus-ratus ribu kertas undi terpaksa ditolak dan dikategorikan sebagai undi rosak. Rugi kan? Jadi pangkah  ‘X’ lah dengan betul dan berhati-hati. 1 Undi adalah penentu halatuju sesebuah negara berdemokrasi.

Cara Betul Pangkah Undi

Berkaitan dengan tersebarnya gambar cara pangkah undi ini, berlaku kekeliruan dan kerisauan banyak pihak tentang cara bagaimana pangkah undi yang SAH. Maklumlah semua orang sedang bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat berdemokrasi dan semestinya cara pangkah yang betul diharapkan agar tidak berlaku UNDI ROSAK.

Merujuk kepada gambar rajah di atas, ternyata ia TIDAK TEPAT dan TIDAK SAH. Kenyataan berkaitan cara betul pangkah undi telah dikeluarkan oleh Media Suruhanjaya Pilihan Raya : Orang Ramai Diminta Tidak Terpengaruh Dengan Mesej Palsu Berkaitan Proses Pilihan Raya Yang Tular Di Media Sosial. (Sumber daripada Facebook Rasmi PRU14)

Cara Pangkah Yang BetulCara Betul Pangkah UndiCara Betul Pangkah Undi

Dengan keluarnya kenyataan Media dari Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ini, maka terungkai segala kekeliruan dan kerisauan yang berlaku. Walaubagaimanapun pada tahun 2013 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pernah menjelaskan bahawa selain tanda PANGKAH ‘X’ pada kertas undi, tanda lain seperti titik juga boleh diterima sebagai undi.

Pengerusi SPR ketika itu iaitu Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.

“Tulis (perkataan) tak boleh, tapi kalau ‘dot’, ‘tick’ atau apa tanda yang dibuat dalam kotak kita boleh takrifkan bahawa dia punya ‘intention’ (niat) adalah untuk memilih calon itu,” katanya.

Sebaiknya, pangkah ‘X’ adalah lebih selamat. Kecik atau besar pangkah ‘X’ tu tak diambil kira, asalkan pangkah ‘X’ tidak melebihi kotak yang sepatutnya. Shiemz berharap, dengan adanya entry ini maka jelaslah CARA BETUL PANGKAH UNDI buat anda semua. Mengundilah dengan penuh berhemah dan rasa tanggungjawab. Bersama-sama kita memilih kerajaan yang tepat yang bakal mentadbir negara kita untuk lima tahun yang akan datang. Ini satu tanggungjawab bersama untuk kebaikan bersama. Firmam Allah yang bermaksud :

“… Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah Al-Maidah: 2)

 

Rujukan :

Related Post

About the Author:

Post a Comment