By March 27, 2018 0 Comments Read More →

Produk Timbang Kati atau Rebranding Produk

Produk timbang kati yang dikeluarkan oleh pengilang sangat banyak tumbuh bagaikan cendawan.

Sebab itu ramai wanita diluar sana ingin menjadi founder produk skincare tanpa memikirkan atau menyelidik bahan yang dikeluarkan oleh pengilang produk kecantikan. Sebenarnya produk-produk timbang kati yang banyak yang dikeluarkan di Malaysia kebanyakkan skincare ‘Rebrand’ atau penjenamaan semula produk. Jadi siapa pun boleh mengeluarkan produk sendiri dengan ‘brand’ sendiri.

Produk Timbang Kati atau rebranding produk

Selain dari itu, terdapat juga produk yang dibawa masuk secara tidak sah dari negara jiran seperti Thailand, China dan Vietnam. Kebanyakkan produk yang di bawa masuk menggunakan bahan kimia berlebihan dan berbahaya, termasuk berisiko untuk mendapat kanser. Kebanyakkan produk berkenaan dibungkus semula menggunakan pelbagai jenama.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata “Barang kosmetik terbabit dijual dengan harga murah secara dalam talian dan ia menarik minat pembeli terutama apabila hasil yang diinginkan diperoleh dalam tempoh singkat”.

“Apa yang membimbangkan, kebanyakan produk kosmetik yang diseludup itu biasanya tidak mempunyai notifikasi, malah diakui mempunyai bahan kimia berlebihan yang boleh menghakis kulit wajah pengguna”.

Untuk makluman anda kebanyakan produk timbang kati yang dijual murah dan senang didapati, disyaki produk tiruan yang dikesan mengandungi paraben selain hidrokuinon, merkuri dan tretinon yang mengundang bahaya terhadap mereka yang memakai.

Contoh produk timbang kati yang mempunyai paraben. Paraben sebenarnya bertindak menggalakkan perubahan hormon yang boleh mengganggu masalah hormon dan ia biasa digunakan dalam syampu, pencuci muka, pencuci bahagian intim, krim kecantikan dan buih mandian.

Penggunaan berterusan melebihi tempoh enam bulan boleh mengakibatkan penyakit tiroid, kanser payu dara, pangkal rahim dan ovari serta turut memberi kesan kepada penyakit kulit.

Produk Timbang Kati atau rebranding produk 3Kesan penggunaan produk timbang kati yang tidak mendapat kelulusan KKM

Sebab itu anda perlu diingatkan apabila membeli produk kecantikan untuk kulit muka, anda perlu membaca setiap bahan kandungan produk terbabit dan perlu bukti ujikaji klinikal agar anda tidak salah membeli produk kecantikan terutamanya terhadap produk kosmetik yang terdapat dalam pasaran, baik di laman sosial atau yang dijual secara terbuka di kios atau pasar malam.

Ada setengah produk muka nampak perubahan ketara dalam jangka masa pendek. Yang mana perubahan yang sangat cepat ini  bergantung kepada kandungan bahan di dalam produk tersebut. Seeloknya elakkan produk yang mengandungi bahan terlarang seperti bahan-bahan berikut :

  • Midazolidiny urea dan diazolidinly urea

Ia adalah kandungan yang paling umum digunakan untuk bahan pengawet selepas paraben. Bahan utamanya adalah formaldehid yang dikenali untuk mengawetkan mayat dan sangat berbahaya bagi kesihatan manusia. Boleh menyebabkan radang kulit, luka bakar, keradangan, dan pengeluaran air mata.

  • Methly, proply, butly dan ethyl paraben

Digunakan sebagai penghambat pertumbuhan bakteria dan untuk melanjutkan had masa luput produk. Walaupun diketahui beracun, kandungan ini masih banyak digunakan. Kesan yang mungkin berlaku adalah timbul banyak reaksi alahan dan ruam kulit.

  • Petrolatum

Elakkan petrolatum atau wangian berbahan petrolatum kerana ini adalah byproduct daripada pengeluaran minyak bumi atau petrol.

  • Proylene glycol

Ini adalah gliserin sayursayuran yang dicampur dengan alkohol dan diperbuat daripada gandum. Propylene glycol ditemui pada beberapa produk kosmetik dan pembersihan wajah. Zat ini boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan radang kulit. Kajian terkini menunjukkan zat ini juga boleh merosakkan buah pinggang dan hati.

  • PVP/VA Coloymer

Zat kimia yang menghasil keluaran minyak bumi ini digunakan pada produk semburan rambut dan kosmetik lain. Dianggap boleh beracun kerana partikelnya boleh menyebabkan kemasukan bendasing pada paru-paru yang sensitif.

  • Stearalkonium chloride

Ia dibangunkan oleh industri tekstil sebagai pelembut kain. Zat kimia ini juga terkandung dalam perapi dan krim rambut. Bahan ini boleh menyebabkan alahan.

  • Sodium lauryl sulfate (SLS)

Zat sintetik ini biasanya digunakan pada produk syampu untuk membersihkan dan mencipta banyak buih. Kesan yang ditimbulkan zat ini adalah kegatalan pada mata, ruam kulit, rambut gugur, kelemumur pada kulit kepala dan alahan.

  • Warna sintetik

Bahan sintetik warna diyakini sebagai penyebab kanser. Jika dalam produk kosmetik tertera kandungan ini dan jangan sekalikali menggunakannya.

  • Haruman sintetik

Wangian sintetik yang digunakan dalam produk kosmetik mengandungi banyak bahan kimia berbahaya. Apabila anda menggunakan produk wangi, semua bahan kimia berbahaya boleh diserap dalam aliran darah melalui kulit. Bahan kimia ini boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit kepala, pening, ruam, hiper pigmentasi, batuk, muntah dan gatal kulit.

  • Triethanolamine

Sering digunakan dalam kosmetik untuk menetapkan PH dan sebagai asas bagi banyak produk pembersihan. Triethanolamine boleh menyebabkan alahan, termasuk masalah mata.

Label kandungan tidak terperinci pada produk kecantikan juga semakin berleluasa di negara ini dan banyak produk kecantikan wajah dijual menawarkan pemutihan dalam tempoh singkat yang dijual di laman sosial.

Kebanyakannya tidak menyatakan kandungan pada label. Produk seperti pembersih muka, krim pemutih, krim jerawat, jeragat dan krim malam turut dijual pada ‘harga berpatutan’. Namun, produk ini diragui keberkesanan malah kandungan bahan kimianya, ia terus dijual secara berleluasa dan tiada tindakan diambil pihak berkuasa. Produk biasanya yang dibekalkan dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Filipina itu digunakan secara berleluasa. Ia boleh menghakis kulit dan sesetengahnya menggunakan lemak khinzir.

Rangkaian penjagaan kulit (skincare) YOUTH Shaklee

Bagi anda yang merasa tidak selamat dengan produk skincare atau produk timbang kati yang anda guna sekarang, kini ada botanical produk iaitu Produk YOUTH Shaklee Skincare yang sangat berkesan merawat wajah anda tanpa kesan sampingan.

penjagaan kulit YOUTH Shaklee

Rangkaian penjagaan kulit (skincare) YOUTH Shaklee berasaskan teknologi NANO. Teknologi NANO adalah teknologi yang mampu meningkatkan kadar serapan kulit dengan lebih cepat dan serapan tahap maksimum hingga ke akarnya serta mampu melambatkan penuaan kulit. Rangkaian Penjagaan Kulit (Skincare) YOUTH Shaklee juga mampu menumbuhkan sel kulit baru supaya kulit wajah kita tampak lebih muda dan jelita berbanding usia sebenar kita.

Ini  7 jenis produk yang sangat amazing di dalam Rangkaian Penjagaan Kulit (skincare) YOUTH Shaklee iaitu:

  1.     YOUTH® Activating Serum
  2.     YOUTH® Perfecting Skin Toner
  3.     YOUTH® Age Defense Mineral Moisturizer SPF 30
  4.     YOUTH® Luminous Gel Oil Cleanser
  5.     YOUTH® Advanced Renewal Night Cream
  6.     YOUTH® Activating BB Cream
  7.     YOUTH® Radiance C + E

Jom ORDER SEKARANG. Selagi stock masih ada! Sekiranya korang nak beli Set YOUTH Shaklee dengan harga TERMURAH, boleh hubungi Shiemz SEGERA!

Harga YOUTH Shaklee Whatsapp

Link berkaitan :

Related Post

Posted in: shaklee, YOUTH SHAKLEE

About the Author:

Post a Comment