By March 13, 2018 0 Comments Read More →

My New Passion – Run!!

Malaysia Women Marathon 2018

Assalammualaikum WBT!
Selamat pagi dan salam ceria buat semua rakan-rakan blogger yang dikasihi.

Just nak sharing dengan korang, semalam Shiemz join Malaysia Women Marathon 2018 di Stadium Shah Alam dengan rakan Shiemz. Layan 5KM jer. Starting kan… Jangan gelojoh. Walaupun rajin juga Shiemz jogging tapi Shiemz selalunya layan 2.8KM jer dalam 26 minit macam tu.

 

So semalam cabar diri la berlari sejauh 5KM. Best giler… selama 3.5KM tu Shiemz berlari strait tanpa henti. Kalau berhenti pun sekejap je, itu pun briskwalk. Ape yang Shiemz praktik sepanjang larian tu, Shiemz cuba konsisten berlari laju then berlari slow beberapa kali. Once kita berhenti dan berjalan, kita akan rasa malas nak teruskan. Jadinya, semalam dapat berlari 4.6KM selama 38 minit. Kira ok lan kann? Haha…

Shiemz ke Shah Alam tu dengan Aida (Crew Slimfit) merangkap jiran kat rumah Shiemz. So, pepagi pergi dengan dia. Senang sikit bila sharing kereta kan. Jam 615 pagi gerak ke Shah Alam. Sampai kat Stadium Shah Alam dalam jam 7. Kira okla kan.. Sedang-sedang elok sampai. Guna waze aje..

Pagi tu, tak sempat nak makan pun. Just teguk air sikit nak hilangkan dahaga. Tak boleh teguk air banyak-banyak, nanti time lari nak terkencing pula kan. Hahha… Settled apa yang patut sebelum run. Alhamdulillah sepanjang berlari tu, tak ada masalah. Even tak rasa dahaga pun. Hehe.. Kiranya rasa enjoy je run kali nie.


So pasni dah register untuk Krispy Joy Run 5 April (5KM) dan KL Book Run 1 April (7KM). In sha Allah semoga diberi kekuatan. Rasa seronok pulak layan running. Semakin hari semakin best. Badan rasa fit. Berlari 3KM tanpa henti. Target selepas ini, setiap minggu nak lari 5KM. Nak kasi firm sket badan yang gelebeh sekarang nie.

Dengan department sekarang nie, dah susah nak workout. Jadi Shiemz nak layan running je setiap minggu. Hoyeah!





Lepas je run, kitaorang lepak kedai mamak. Layan capati ngan roti canai sambil-sambil borak ibu-ibu citer pasal anak-anak. Apelah sangat bila mak-mak menyembangkan. Mesti bab nak kurus, bab anak-anak.. Hehehe… Sampai jam 11, kitaorang pun gerak. Suami dan anak-anak menunggu di rumah kan.. Hehe..

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment