By February 6, 2018 0 Comments Read More →

Proses Ketika Ujian Pap Smear “Sakitnya!”

 

Proses Ketika Ujian Pap Smear “Sakitnya!”, itu yang membuatkan kita sebagai wanita akan rasa berdebar kan?

Sebenarnya tak sakit pun. Seriously, tak sakit. Shiemz dah lakukan 3 kali Ujian Pap Smear sebelum ini. Alhamdulillah. Memandangkan Shiemz sudah 10 bulan lepas bersalin, memang plan nak buat ujian Pap Smear ni. Kalau check up dekat Klinik Kesihatan Kerajaan, kebanyakkan dah lalui proses ujian ni. Tapi Shiemz selalu check up anak di klinik swasta, jadi tidak disediakan ujian pap smear kepada ibu melainkan kita sebagai wanita mencari inisiatif sendiri untuk melakukan ujian pap smear ni di mana-mana klinik yang berdekatan.

Korang nak tahu tak LPPKN tengah buat promosi sekarang nie sehingga 15 Februari 2018.

Ujian Pap Smear

Rugi siapa yang tak ambil peluang nie. FREE je Ujian Pap Smear (Papanicolaou) nie. kalau tidak berbayar juga tau. Siapa yang tak pernah buat Ujian Pap Smear, boleh la terjah ke mana-mana Klinik Nur Sejahtera dan Klinik Subfertiliti di bawah LPPKN. Setiap negeri ada Klinik masing-masing. Alamat Klinik Nur Sejahtera. Jadi Shiemz pergi LPPKN Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Ujian Pap Smear

Ujian Pap Smear

Mula-mula sampai je di Klinik Nur Sejahtera tue, registration dulu. Isi form apa yang patut kan. Orang pun tak ramai. Shiemz pergi pun time office hour kan tapi Shiemz cuti. Shiemz ajak encik suami teman. Urusan Ujian Pap Smear tu sekejap je pun. Tak sampai setengah jam. Alhamdulillah…

Nie alatan untuk Ujian Pap Smear. Liquid cytology, glass slide, broom dan Speculum


Sebelum nak buat Ujian Pap Smear tue, nurses check dulu tekanan darah dan timbang berat badan. Alhamdulillah semuanya baik jer. Masa nak buat Ujian Pap Smear tue, segan juga lah walaupun nak masuk 3 kali buat Ujian Pap Smear nie. Sebab nak kena kangkang kat nurse tu kan. Tergelak-gelak juga dibuatnya tapi nurse tu cakap ‘dia dah biasa dah’. Jadinya tak perlu la risau atau malu ngan nurse tu yek. Macam-macam rupa dah nurse tengok (tak faham tak apa). Sekejap je proses Ujian Pap Smear tu, tak sampai 2 minit dah settle. Sekejap je kan.

Nak buat Ujian Pap Smear tu, korang kena baring kat katil nie. Macam orang nak bersalin. Kaki kena kangkang letak kat atas, pastu dia akan masukkan speculum. Korang tarik je nafas dalam-dalam. Releks je. Jangan risau. Kalau kita releks, Ujian Pap Smear tu akan sekejap je settle. Tau-tau dah siap. Hehe.. Mudah je kan? So, apa yang korang nak takut. Tak sakit pun!


Lepas dah siap Ujian Pap Smear tu, nurse minta jawab soalan soal selidik. Jawab semua yang baik-baik ajelah kan sebab proses Ujian Pap Smear tu sekejap sangat! Shiemz bagi 5 bintang untuk Klinik Nur Sejahtera, LPPKN Jalan Raja Laut. Hehe.. Apapun, korang baca info tentang kenapa pentingnya lakukan Ujian Pap Smear bagi setiap wanita yang telah berkahwin.

Apakah itu ujian Pap Smear?

  • Merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.

Adakah ujian Pap Smear itu menyakitkan?

  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.

Siapakah yang harus menjalani ujian Pap Smear?

  • Wanita berumur diantara 20 – 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
  • Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut?
  • Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.

Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian Pap Smear dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu ‘wooden spatula’ dan berus yang kecil ‘cytobrush’ dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskop dimana laporan akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.

Apakah persediaan awal sebelum ujian Pap Smear dilakukan?

  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?

  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan ‘duoche’ atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly ‘lubricant’ 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Bilakah saya mendapat keputusannya?

  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.

Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?

  • Sekiranya anda berumur antara 20 – 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.

Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian Pap Smear?

  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)

Apakah makna keputusan tersebut?

  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
  • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat (‘benign’ – bukan menunjukkan kanser)
  • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).

Apa yang patut dilakukan seterusnya :

  • Rawatan susulan
  • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  • Jalani pemeriksaan kolposkopi

Apakah itu kolposkopi?

  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan ‘electro coagulation’, ‘laser’ atau ‘cryosurgery’ untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.

Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?

  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
  • Tidak bersama dengan suami malam sebelumnya atau dalam tempoh 24 jam sebelum ujian dijalankan.

SEBAB KENAPA SETIAP WANITA YANG TELAH BERKAHWIN PERLU LAKUKAN UJIAN PAP SMEAR

Ujian tersebut dapat mengenalpasti ketumbuhan pada peringkat awal.

Dalam tempoh berkala, Ujian tersebut perlu dilakukan bagi mengesan perubahan pada sel serviks di peringkat awal sebelum ia dapat merebak menjadi sel kanser. PENCEGAHAN itu adalah sangat PENTING!

Menurut Dr Ayu Akida melalui Malaysian Medical Gazette, dengan melakuan ujian itu boleh mengesan ketidaknormalan pada serviks atau pangkal rahim. Keputusan abnormal kadang-kadang tidak bererti kita menghadapi kanser serviks tetapi ia mungkin menunjukkan terdapat jangkitan lain yang memerlukan rawatan lanjut.

Jadi, istilah lebih baik mencegah dari mengubati adalah sangat tepat. Sebelum apa-apa terjadi, bagi kita mencegah kan.

Amacam? korang faham kan kenapa perlu lakukan Ujian Pap Smear nie? Jadi, dah ada peluang buat Ujian Pap Smear secara PERCUMA, apa kata korang pergi je okeh.
Ujian Pap SMear

Ujian Pap Smear
Carian berkaitan :

  • Kanser serviks
  • Pemeriksaan Pap Smear
  • Kanser Rahim

Related Post

Posted in: shaklee

About the Author:

Post a Comment