By January 17, 2018 0 Comments Read More →

Ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga

Assalammualaikum WBT dan good morning untuk semua pengunjung ke Blog Shiemz. Hari nie Shiemz nak share sikit berkaitan masalah ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga anak ke-4 Shiemz baru-baru ini. Macamana boleh jadi ear discharge atau Cecairan kekuningan dari telinga? Dari apa yang Shiemz perhatikan, ear discharge @ cecairan kekuningan dari telinga nie berlaku kerana terlalu kerap selsema, terlalu panas dan berlaku infection hingga mengeluarkan cecair seperti ‘hingus’ berwarna kekuningan dari salur telinga.

Kadang-kadang ear discharge @ cecairan kekuningan dari telinga nie terjadi dalam pelbagai jenis seperti nanah, darah, cairan jernih atau sekadar tahi telinga. Jadi perlu berjumpa dengan Doktor Ear, Nose, Troat (ENT) untuk mengenalpasti permasalahan tersebut. Bila berjumpa dengan ENT Specialist, pemeriksaan lanjut pada struktur telinga lebih detail. Selain itu juga, doctor dapat mengesan jika terdapat lubang atau ‘pit’ pada permukaan luar telinga melalui ‘otoscope’ bagi memeriksa ruang dalam telinga termasuk gegendang telinga.

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 1Gambar sumber dari google. Lupa nak snap gambar telinga Hadzem.
ear discharge @ telinga berair kekuningan

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 7

Sebenarnya dah hampir 2 minggu ear discharge tu berlaku. Masa first time jadi, Shiem bawa Hadzem jumpa doktor di Poliklinik Mediprima. Time tu Hadzem ada sedikit demam, batuk dan selsema. Ada sedikit ear discharge atau telinga berair kekuningan. Doktor cakap, mungkin disebabkan terlalu kerap selsema. Cecair seperti ‘hingus’ tu tak keluar ke hidung tetapi ke telinga. Kalau nanah, sudah tentu berbau tetapi ini tidak. Jadinya doktor bagi antibiotik, ubat selsema, batuk dan demam.

Ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga

Ubat selsema, antibiotik dan ubat titik dalam telinga

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 2Suka menempel dengan mama kan. Mama bergerak sikit, menangis macam ape je. hehe

Last week, Hadzem jadi demam dan selsema lagi tapi tidak la teruk. Lepas bagi ubat demam, alhamdulillah dia dah lega. Cuma selsema @ hingus berwarna jernih je yang keluar dari hidung. Shiem pun tak nak biasakan dia ambil ubat. Just bergantung kepada susu badan untuk tingkat imunisasi badan Hadzem. Lagipun Shiem ambil suplemen Shaklee sebagai nutrisi tambahan yang boleh disalurkan ke susu ibu. Seriously bila konsistan ambil suplemen Shaklee macam Nutreferon, Omega Guard, Vitamin C, Vitalea dan ESP, memang jarang kena sakit. Tapi mungkin Allah SWT dah tetapkan ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga berlaku ke atas Hadzem, makanya ia boleh menjadi rujukan pada orang lain kan. Walaubagaimanapun weekend baru nie ada ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga lagi dan kadang-kadang nampak macam coklat. Shiem agak risau jugak takut infection pada telinga. Nanti lagi parah. Risau infection tu berlaku pada gegendang telinga Hadzem.

Shiemz pun bawa Hadzem ke Poliklinik Mediprima sekali lagi. Jumpa dengan doktor cina. Selalunya jumpa dengan Dr. Yoges ataupun sorang lagi lupa namanya. Dengan Dr Cina tu Shiemz first time jumpa. Bila dia tanya apa masalah, Shiemz story la kat doktor. Doktor tu punya buat muka suspen, muka terkejut hingga aku rasa kan macam teruk sangat. Padahal bukan tak biasa jadi macam nie kan tapi dengan reaction doktor tu, Shiem pun turut suspen jugalah. Hehe… Doktor Cina tu cakap, “saya nak tengok telinga dia”. Doktor tu pun tengok telinga Hadzem dengan Otoscope equipmet. Dia punya tengok kat telinga Hadzem, Shiem rasa agak kuat juga sampai Hadzem pun merengek dan tak selesa. Pastu Doktor Cina tu cakap, “Aiya.. Sangat teruk aa.. Saya rasa nampak macam berlubang itu gegendang telinga dia. Saya refer you ke ENT specialist”. Doktor Cina tu buat muka cuak… Shiem pun rasa cuak juga tapi buat cool. Hehe

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 4Tunggu GL siap baru boleh jumpa Dr.Usha.

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 5Kasi kenyang dulu then baru boleh jumpa Dr.Usha. Nyenyak kemain kalau mama peluk kan. Manja mama nie…

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 6Tunggu Dr.Usha kat depan bilik dia. Nasib baik tak ramai.

Lepas doktor buat Refference Letter, esoknya (Isnin) Shiem decide nak ke KPJ Tawakal. Bingung juga pikir bila encik suami ada training dan Shiem terpaksa pergi ENT specialist berdua je dengan Hadzem. Apapun keadaan, nak tak nak Shiemz terpaksa pergi jugak berdua dengan Hadzem. Esoknya sebelum Shiem ke KPJ Tawakal, Shiemz call dulu dan buat appointment. Takut nanti susah nak jumpa doktor kan. Shiemz terpaksa drive dengan keadaan Hadzem yang taknak duduk diam dalam carseat sebab dia nak melasak. Huhu… Tawakal aje la… Parking kat luar KPJ Tawakal pun penuh, Shiemz decide parking je dalam bangunan Tawakal tu.

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 7Duduk dalam carseat sekejap je, pastu mengamuk nak lepas.. Hehe

Appointment jam 10 tapi 1030 Doktor baru ada. Dr Usha Devi Arumainathan. Tak lama pun tunggu Q, tak ramai orang tapi nak handle si kenit yang lasak nie, mencabar jugak. Sekejap nak berdiri, sekejap nak menempel minum susu, sekejap nak makan biskut dan sekejap berak. Lenguh jugak pinggang mama dibuatnya. hehe.. Bila sampai turn jumpa doktor Usha, sekejap je.

Doktor Usha just tanya,
“Bila start demam, batuk, selsema?”.
“Bila ada keluar cecair dari telinga?”.
“Mari saya tengok…”
Pastu Dr Usha pun tengok guna Otoscope equipment yang canggih tue. Dr.Usha cakap “Ada berlubang sedikit dekat gegendang telinga dia sebab itu cecair itu keluar dari telinga”. Jadi Dr.Usha sedut cecair tu dan ambil sample cecair dari telinga Hadzem untuk hantar ke makmal kemudian dia bagi ubat selsema dan antibiotik. Dalam tempoh 10 hari, follow up balik dengan Dr.Usha then Dr. harap cecair tu akan kering dalam tempoh terdekat ni. Bila kering, lubang kecil tu akan baik sendiri. Alhamdulillah rasa lega bila dengar apa yang Dr.Usha cakap. Pesanan Dr.Usha, pastikan mandi jangan terkena telinga dan make sure cuci telinga bersih-bersih dengan cotton buds yang lembut.

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 8

ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga 9

So, korang kalau anak-anak kena ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga. Jangan gelabah. Terus pergi klinik atau jumpa ENT Specialist terus pun ok jugak. Pastikan masa korang pergi jumpa doktor tu bersama suami/isteri korang. Sebab time nak sedut/cuci ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga tu, anak korang akan berasa tidak selesa dan akan bergerak-gerak dan menangis. Risau bila terlalu bergerak nanti tercucuk gegendang telinga pulak kan. Lain pula jadinya nanti.

Meh Shiemz jelaskan sikit berkaitan ear discharge atau Cecairan kekuningan dari telinga berlaku ke atas bayi/kanak-kanak disebabkan beberapa faktor.

1) Jangkitan kuman pada salur telinga luar (Otitis Externa) dan struktur telinga tengah (Otitis Media),sama ada berlaku secara akut atau kronik dan berulang. Organisma yang boleh meyebabkan jangkitan kuman ini termasuk kuman bakteria, virus dan fungus. Otitis Media boleh membawa kepada “kebocoran” gegendang telinga, jika tidak dirawat dengan sempurna.

2) Tahi telinga berlebihan. Kadangkala menjadi “keras” dan mengakibatkan rasa sakit dan kurang pendegaran.

3) “Kebocoran” gegendang telinga dari jangkitan kuman atau sebab-sebab lain seperti trauma.

4) Eczema atau alahan kulit dan jangkitan kulit pada struktur cuping telinga/ telinga luar boleh turut mengakibatkan cairan telinga.

5) Penggunaan ‘cotton buds’ yang terlalu kerap tanpa pemantauan

Jadi, semoga pengalaman ear discharge atau cecairan kekuningan dari telinga ini dapat memberi pengetahuan dan meningkatkan pemahaman agar kita dapat memberi rawatan yang terbaik untuk anak-anak kita. Apepun, cara pemakanan dan pengambilan nutrisi tambahan membantu kita meningkatkan imunisasi badan kita dan anak yang kita susukan. In sha Allah.

 

Carian berkaitan:

 

Related Post

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment