By January 18, 2018 0 Comments Read More →

Aktiviti Hujung Minggu Bersama Keluarga

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera bagi semua pengunjung ke blog Shiemz.

Hari ni Shiemz nak story aktiviti hujung minggu bersama suami dan anak-anak baru nie. Baru nak update, kiranya macam throwback la. Hehe.. Sabtu baru nie selalunya kalau Sabtu, suami Shiemz ada aktiviti menganyuh basikal di Putrajaya Challenge Park (CPC), Putrajaya. Tapi memandangkan keadaan pagi tu hujan, makanya aktiviti berbasikal ditukar kepada aktiviti bersama keluarga. Haha… Best jugak kalau hujan setiap hari minggu. Boleh jugak keluar bawa anak-anak.

Ayam bakar + Sambal..Pergh sedap! Lemang pun sedap! Apentah lagi dimakan dengan rendang daging dan ayam. hehe

Sebelum keluar tu Shiem sempat la layan workout 30 minit. Sebab sebelum nie susah juga nak curi masa. Baby Hadzem tak bangun lagi, jadi mama kena guna peluang bersenam. Alah bukan nak kena keluar pun. Sekadar buka youtube je, layan PopSugar Fitness selama 60 minit. Bila settled workout encik suami cakap “Jom breakfast”. Seolah-olah tahu Shiem tengah lapar kan. Shiemz pun whatsapp kat Nadia, kawan baik Shiemz. Ajak breakfast sekali. Dia dan Din (suami) pun setuju. Shiemz pun siapkan anak semua.

Mula-mula plan nak breakfast ke Janda Baik, ada satu port best. Lupa pula nama kedainya. Selalu kami order lempeng pisang kat situ. Memang sedap. Tapi suami ajak ke Lemang To’ki pula. Lagi la best.. Hehe.. Jadi kami gerak ke sana dalam jam 10 pagi. Dalam 1 jam lebih jugak nak sampai ke Lemang To’ki tu. Sampai je sana, ramai betul orang. Nasib baik ada meja kosong, so cepat-cepat duduk. Suasana kat Kedai Lemang To’ki pun meriah. Siap ada live band lagi.

Sampai sana, anak-anak makan careal, lemang rendang dan ABC. Shiemz dan suami makan ayam bakar. Shiemz layan jugak rendang lemang, sekadar merasa walaupun cheat kan. Takut menyesal nanti menangis di bucu meja. Hehe… Jadi makan beragak-agak la walaupun dah layan workout sebelum keluar rumah.

Bagus juga ada makanan macam nie khas untuk anak-anak.

 Nak makan lemang rendang dan ayam bakar, memang kena beratur lah. Tapi tak lama pun.

Nasi campur pun ada. Pilih jer… Datang jauh-jauh makan bagi kenyang yek..

Sekarang dah ada live band. Dulu tak ada. Dengar cerita, siapa yang nak menyanyi pun boleh. Free je..

Nie ABC ke cendol, Shiemz pun tak tahu. Rasa macam cendol pun ada macam ABC pun ade. Haha

Untuk anak teruna si kecik tu, Shiemz bagi je makan lemang. Haha.. Biasa kan perut tu sikit supaya tahan lasak. Kemain suka lagi dia makan. Hahaha… Kena pula ada geng yang sama baya dengan dia, Umar. Tapi Umar tak pandai makan lagi. So Umar makan biskut baby bite. Hadzem pun dapat sebab mummy Umar bagi. Hehe… Comel je budak 2 ketul nie.. Beza dalam 3 minggu je tapi Umar nampak berisi sikit. Ikut saiz keturunan. hahaha…

Elok je 2 ketul nie duduk. Tak merengek tak meragam. Alhamdulillah… Dah makin besar kan. Nanti boleh jadi geng main badminton. Hehe.. Sama-sama sekolah tu nanti… In sha Allah.

 Geram tengok budak 2 ketul nie…. Gigit kang!

 Budak tembam mama nie. Dia suka tenung muka mama sebab mama idola dia. Kalau dia lapar, dia terkam mama. hahahha

 Ha.. nampak? Ini namanya keturunan.. Sama saiz, sama muka… Kopipes habis! hahaha…. Sejibikk!

Ha.. Yang nie pulak sama macam papanya. Tak besor tak kurus. Sedang-sedang elok. Besar nanti tak susah nak diet macam mama. Hehe

Bila uncle Din pegang kedua²nya. Hadzem dengan uncle Din memang nampak beza la kan. Haha… Dengan Umar nampak lebih kurang je besarnya cuma Hadzem rasa lebih ringan. Umar pula badan jenis padat. So agak berat sikit. Takpe, yang penting sihat.

Lepas je lepak kat Lemang To’ki, kitaorang pun gerak balik ke KL. Tapi Shiemz dan family singgah ke Melawati Mall. Mall tu baru buka. Bawa anak-anak jalan-jalan. Sesambil survay speck mata abanglong. Masa sampai tu, sepanjang jalan nak masuk tu nampak lukisan kat dinding macam kat Penang Street Art. Boleh ambil gambar. Jadi layankan aja. Janji masing-masing tak meragam dan tak buat perangai.

Lepas tu kitaorang pun terus cari kedai speck mata. Memang itu yang abanglong minta. Kesian abanglong, speck mata dah buruk sangat dah nampak. So buat baru. Papa pun buat speck baru jugak. Bila dah rabun nie, faham-faham la. Jumpa kedai speck mata kat situ. Murah jugak.. buy 1 get 1 Free. Beli yang murah-murah je, budak-budak bukan pandai jaga sangat. Shiem pun beli yang murah aje. Bukan pakai 24 jam pun. Bila nak tengok komputer, tengok TV atau nak drive baru nak pakai.

 Handsome anak mama sorang nie.. Semoga dengan pakai speck mata nie, bertambah cerah nampak apa yang cikgu ajar. Jadi anak yang bijak. In sha Allah

Suka la tue.. Dah berapa kali buat dah speck mata nie. Rasanya dekat 10 bingkai dah buat. Hehe

Papa pun buat jugak. Tapi papa pilih bingkai yang macam nie. Papa dan abanglong buat speck ‘transitions’. Bila kena cahaya terang @ matahari, akan bertukar gelap. Tapi gelap yang sedang-sedang aje. Harga mampu milik. Less than RM100 pastu consultation pun bagus. Kalau korang plan nak buat spec mata boleh datang sini. Lupa pula nama kedainya. hehe.. Nanti korang cari okeh.

Lepas buat speck mata, kitaorang dah kelaparan. Terus pergi makan. Suami cakap teringin nak makan seafood kat Seoul Garden. Memandangkan Shiemz baru dapat bonus, makanya Shiemz pun belanjalah mereka makan kat Seoul Garden. Makanlah sepuasnya. Boleh tahan juga harganya => pricing. Dewasa dalam RM40+ dan kanak-kanak RM20+. So total dalam RM170+. Gulp… Hahhaa… Takpelah… Rezeki mama pun rezeki dari anak-anak dan suami. Jangan mereka happy.

Nampak tak.. kemain lagi papa ambil seafood. Macam melepaskan geram. Haha… Shiemz pulak dah nampak sushi, memang tak lepas peluang. Makan Shushi aje la. Memang kekenyangan sampai tersandar. Hahaha… Lepas makan dan dah kenyang perut, kitaorang pun baliklah. Dari pagi sampai nak senja baru balik. Dah kepenatan dah. Malam dah tak makan sebab dah terlalu kekenyangan. Haha… Alhamdulillah…. Apepun, semoga bertambah rezeki buat keluar Shiemz. Boleh bawa anak-anak makan dan jalan-jalan. Doakan tau! 😉

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment