By September 14, 2017 0 Comments Read More →

Review Set Menyusu Shaklee Terbaik

Review Set Menyusu Shaklee

Hari ini Shiemz nak berkongsi dengan anda beberapa review sebenar tentang Set Menyusu Shaklee dan pengalaman Shiemz sendiri mengamalkan Set Menyusu Shaklee sejak 6 tahun yang lepas. Bagi anda yang mengalami masalah dalam penyusuan susu ibu, inilah cara terbaik untuk membantu. IKHTIAR adalah jalan yang terbaik.

“Para ibu bendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tabun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuannya. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tabun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu bila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketabuilah bahwa Allah Mahamelihat apa yangkamu kerjakan.” (QS. Al-Baqarah: 233)

Ini adalah review dari para pengguna Set Menyusu Shaklee.

 

 

Dan ini adalah review dari Shiemz sendiri yang berjaya menyusukan anak dengan mengamalkan Set Menyusu Shaklee. Alhamdulillah.. 2 orang anak Shiemz berjaya menyusu sehingga 2 tahun. Inilah yang dinamakan Shaklee effect. Hasil konsisten mengamalkan Set Menyusu Shaklee sejak dari hamil lagi.


Ini adalah hasil kumpulan stock EBM yang dapat Shiem kumpul setiap hari. Sejak dari dalam pantang Shiemz dah mula mengumpul stock seawal 2 minggu berpantang. Bagaimana Shiemz berjaya mengumpul stock banyak seperti ini? Untuk pengetahuan anda semua, Set Menyusu Shaklee sangat membantu kita menghasilkan stock EBM. Walaubagaimanapun, sistem atau penjadualan pengepaman perlu teratur. Mari Shiemz share tips untuk memeriahkan susu.

TIPS MENYUSUKAN DI AWAL KELAHIRAN.

  1. Susukan bayi seawal mungkin, dalam sejam selepas kelahiran sekiranya tiada apa-apa komplikasi.
  2. Biasakan anak baring di dada supaya anak kenal bau ibu. Bonda bonding orang kata.
  3. Susu putih tidak akan keluar di awal kelahiran-yang ada cuma kolostrum-cecair kekuningan yang sangat kaya antibodi. Ada sesetengah orang akan keluar air jernih sahaja. Itupun kolustrum juga. Tapi jangan pulak bila picit-picit breast tak keluar susu putih, then kita claim ‘susu tak ada’
  4. Hari-hari pertama, perut anak sebesar kacang je. Kolostrum yang ada cukup untuk anak kita.
  5. Sekiranya bayi anda menangis kerana banyak sebab. Tenang dan jangan stres-bayi boleh merasa emosi kita. Tenang dalam melayan kerenah si bayi.

TIPS MENGEPAM SEWAKTU BERPANTANG

  1. Mula mengepam seminggu atau dua minggu selepas kelahiran. Masa ni mungkin pam tak dapat banyak susu, tapi yang penting kita perlu create demand setiap masa supaya susu dapat dihasilkan.
  2. Susukan anak mengikut demand dia. Bayi dalam pantang selalunya kuat menempel. Tapi harus diingatkan bahawa bayi bukannya nak mneyusu sangat tapi hormon yang ada pada badan ibu, membuatkan dirasa tenang. Sebab itu setiap kali menyusu, si bayi akan tidur nyenyak walaupun baru 5 minit menyusukan mereka. Sebenarnya mereka menyusu main-main dan tidak bersungguh pun. Jadi, selepas mereka menyusu, sebaiknya kita pam susu dan kosongkan breast kita supaya kita dapat create susu baru.
  3. Pam susu setiap 2 jam mesti ada demand.
  4. Belajar untuk tandem nursing. Sebelah menyusu sebelah pam. Rugi kalau kita biarkan susu menitik sampai basah baju kita. Kan elok, kita tadah susu dengan collector atau lebih baik pam sekali.
  5. Jadualkan waktu mengepam. Sebenarnya, waktu mengepam yang paling baik ialah waktu pagi sesudah subuh/sebelum subuh.
  6. Ketika berpantang elakkan stress. Bila kita stress, penghasilan susu sangat terhad. Sebab hormon emosi ibu memainkan peranan penting juga untuk menghasilkan susu.

Untuk memastikan susu sentiasa meriah kita perlu ada jadual yang sistematik supaya ada garis panduan untuk diikuti secara konsisten. Apabila kita mengikuti jadual mengepam secara konsisten hormon prolaktin yang merangsang penghasilan susu dapat dikekalkan pada kadar yang sama banyak setiap hari.

Sebab itu jadual mengepam sangat dititikberatkan. Jika kita tidak create ‘demand’atau tidak konsisten, hormon tersebut akan berkurangan untuk menghasilkan susu badan. Kita kena
faham konsep demand vs supply. Makin banyak demand makin banyak supply. Konsisten mengikut jadual pam bertujuan untuk menghantar signal pada otak untuk penghasilan susu. Sekiranya kita tidak konsisten mengepam, otak akan jadi komfius berapa oz susu yang kita perlukan. Sebab itu production susu merundum.

Berikut adalah jadual mengepam yang dicadangkan. Walaubagaimanapun ia adalah guideline sahaja. Anda perlu mengatur jadual mengikut kesesuaian masa anda.

JADUAL MENGEPAM SEWAKTU BERKERJA
(Pastikan setiap sesi mengepam minum air suam/panas sebelum dan selepas)

  • Sesi Pam 1 : 6 pagi (30 minit, boleh tambah 20 minit dalam stimulation mode untuk kosongkan breast)
    Breakfast ESP + Chinch Shake + Oat
  • Sesi Pam 2 : 9 pagi (30 minit, boleh tambah 20 minit dalam stimulation mode untuk kosongkan breast)
    Snack : minum milo + biskut jacob wheatmeal/biskut cracker
  • Sesi Pam 3 : 12 tengahari (30 minit, boleh tambah 20 minit dalam stimulation mode untuk kosongkan breast)
    Lunch : Nasi putih + ikan/ayam + sayur hijau/tempe/tauhu + air suam
  • Sesi Pam 4 : 3 petang (30 minit, boleh tambah 20 minit dalam stimulation mode untuk kosongkan breast)
    Snack : Milo /horlick + biskut cracker/wheatmeal/roti
  • Sesi Pam 5 : 7 petang (tandem nursing)
    Dinner : Nasi putih (1 senduk) + ikan/ayam + sayur hijau/tempe/tauhu + air suam
  • Sesi Pam 6 : 9 malam (tandem nursing)
  • Sesi Pam 7 : 11 malam (30 minit, boleh tambah 20 minit dalam stimulation mode untuk kosongkan breast)
    Supper : ESP + oat
  • Power pumping 1-2 kali seminggu (Sebaiknya 2,3 pagi sebab ketika itu hormon segar sedang berfungsi untuk menghasilkan susu)
  • Jadual pemakanan lengkap akan diberikan sekiranya anda membeli milkbooster Set Menyusu Shaklee. Harus diingatkan bahawa Nutrisi Tambahan sangat membantu dalam penghasilan susu ibu disamping mengikut jadual pam yang konsisten. 

Ini antara hasil tuaian yang Shiemz pam setiap hari di office atau di rumah. Alhamdulillah.. Hasilnya semakin meningkat dengan teknik mengepam dan amalan Set menyusu Shaklee secara konsistan. Walaubagaimanapun, emosi ibu menyusu kena sentiasa stabil, happy dan ceria supaya hormon yang menghasilkan susu dapat dihasilkan. In sha Allah.. Ingat, 3 perkara penting bagi menjayakan penyusuan selama 2 tahun.

  • Sesi mengepam mengikut jadual
  • Pengambilan Nutrisi Tambahan
  • Emosi ibu menyusu

Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee

In sha Allah sekiranya anda faham teknik supply and demand dijamin penghasilan akan terus meningkat dari masa ke semasa. Shiemz yakin, pasti anda akan berasa gembira dengan hasil yang akan anda dapat. Shiemz doakan semoga penyusuan anda akan lebih mudah dan mencapai target yang anda impikan. Happy breastfeeding!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Menyusu Shaklee, boleh hubungi Shiemz seperti yang tertera di bawah.

Set Menyusu Shaklee

Related Post

Posted in: shaklee

About the Author:

Post a Comment