By September 8, 2017 0 Comments Read More →

16 Healing Crisis kerana suplemen tambahan

16 Healing Crisis kerana suplemen tambahan dan Petandanya sebagai Rujukan buat anda

Healing Crisis kerana suplemen tambahan adalah kesan yang dirasai oleh mereka-mereka yang mengamalkan suplemen atau nutrisi tambahan. Ini adalah kerana apabila tubuh badan yang mempunyai radikal bebas bertindak balas mengeluarkan toksin dan hasil pengambilan nutrisi tambahan, sel-sel baru tubuh badan terbina dengan sendirinya.
healing crisis kerana suplement tambahan
Menurut ‘Hering’s Law of Cure’, healing crisis kerana suplement tambahan ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan iaitu pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Manakala menurut Ketua Saintis Shaklee pula, Dr Bruce Daggy, akan berlaku fasa ‘body-adjustment’ apabila mengambil supplemen Shaklee.

Ini adalah kerana tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin dari badan. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrisi tambahan ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, anda tidak perlu risau dengan healing crisis kerana suplemen kerana apa yang dialami bukanlah kesan sampingan tetapi proses penyembuhan yang baik untuk tubuh dan menandakan bahawa suplemen tambahan yang anda makan itu memberi tindakbalas yang baik. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti tangki yang berkarat. Bila kita bersihkan karat di tangki tersebut, barulah air yang bersih mengalir keluar. Itulah ibarat badan kita. Apabila kita amalkan nutrisi tambahan secara konsisten, maka semua toksin-toksin akan keluar dari badan melalui sistem perkumuhan seperti peluh, pembuangan najis dan sebagainya. Maka mudahlah badan kita menyerap nutrisi tambahan yang kita amalkan.

Antara contoh Healing Crisis kerana suplemen tambahan

Healing Crisis #1: Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses menyahtoksin

Healing Crisis #2: Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Merangsang fungsi imunisasi badan

Healing Crisis #3: Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Healing Crisis #4: Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah

Healing Crisis #5: Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat

Healing Crisis #6: Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin

Healing Crisis #7: Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin tanda anda kekurangan darah

Healing Crisis #8: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit

Healing Crisis #9: Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan

Healing Crisis #10: Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah

Healing Crisis #11: Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon

Healing Crisis #12: Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan anda ada penyakit Buasir

Healing Crisis #13: Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)

Healing Crisis #14: Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati

Healing Crisis #15: Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang

Healing Crisis #16: Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat

healing crisis kerana suplement tambahan

Penyelesaian Healing Crisis kerana suplemen tambahan

Bagi mengurangkan healing crisis kerana suplemen tambahan, kita perlu minum air kosong yang banyak sekurang-kurangnya 3 Liter sehari bagi memastikan healing crisis kerana suplement yang kita alami semakin berkurangan. Healing crisis kerana suplemen tambahan  bukan petanda anda tidak serasi dengan nutrisi tambahan tersebut tetapi ia adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan nutrisi tambahan yang anda amalkan untuk menyingkirkan toksin dari badan. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengambil makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran supaya toksin dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan seperti pembuangan najis. Banyakkan berehat dan bersabar teruskan pengambilan nutrisi tambahan secara konsisten seperti biasa kerana kesannya selepas itu sangat-sangatlah berbaloi-baloi.

Untuk makluman anda, proses penyembuhan berbeza bagi setiap orang. Ada yang 2-3 hari, berminggu dan ada juga berbulan-bulan. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi panduan dan manfaat buat anda semua.

healing crisis kerana suplement tambahan

Carian yang berkaitan :

  • healing
  • sakit kepala
  • meditation
  • detoks
  • healing crisis kerana suplemen tambahan

Related Post

Posted in: shaklee, Uncategorized

About the Author:

Post a Comment