Pengalaman Bersalin – Overdue (41 Minggu)
Assalammualaikum dan salam sejahtera bagi semua rakan blogger yang sudi menjengah ke Blog Shiemz. Shiemz doakan agar kalian semua dirahmati Allah SWT hendaknya. Amin.
Kali ini Shiemz nak ambil peluang dan masa untuk update blog yang dah lama bersawang. hihi.. Nak bercerita tentang Pengalaman Bersalin Overdue dan melahirkan anak yang ke-4 kali ni memang lain macam! Haha.. Githueww… Lagi lama ku peram nanti, lagi luput dari ingatan. Maklum la sejak menjadi #momfourkids nie, banyak urut-urat ingatan terputus. Suka sangat terlupa. Hehe.. Orang kata, lagi ramai anak lagi mudah bersalin kan. Tapi Shiemz anak keempatdapat merasai Pengalaman Bersalin Overdue. Hehe
ESTIMATED DUE DATE (EDD) 15-03-2017
Alkisah mengandungkan baby no 4 kali ini penuh dengan cabaran. Kalau dengar orang kata, ‘lagi ramai anak lagi mudah bersalin’ TAPI MITOS bagi Shiemz. Meh Shiemz senarai history kelahiran anak-anak Shiemz.
- Muhammad Hadzeq – 2 Feb 2007 (Awal 5 hari) seberat 3.12 kg
- Nur Amiena – 11 Julai 2011 (tepat) seberat 3.25 kg
- Nur Afiena – 20 Julai 2014 ( Overdue 1 hari) seberat 3 kg
- Muhammad Hadzem – 26 Mac 2017 (Overdue 1 MINGGU) seberat 2.91 KG
Best bersalin kali nie, hospital bersalin baru.. selesa
Menu kat hospital nie, mengandung ke selepas bersalin ke sama je.. Hehe
Katil tidur pun selesa tapi tak sempat tidur pun sebab malam tu dah bersalin
Banyak info penyusuan. Bagus..
Empat orang anak, empat orang bersalin gomen hospital. FOC.. Alhamdulillahhh… ♥
Haa…. tudia nak dijadikan kisah mengandung dan bersalin anak no 4. Dah la overdue pastu dia paling ringan. Shiemz siap ambil cuti awal seminggu, last-last bersalin selepas seminggu EDD. Selepas EDD tu macam-macam Shiem buat untuk cepatkan bersalin. Berjogging, berjalan, squat, makan nenas dan macam-macam lagi termasuklah amalkan pengambilan VCO, GLA dan Ostematrix setiap hari. Haha… Boleh dikatakan sepanjang tempoh 2 minggu akhir sebelum bersalin tue macam-macam doa, setiap hari baca Al-Quran dan zikrullah sentiasa di bibir semoga dipermudahkan. Tapi apakan daya, caturan Allah SWT tu adalah yang TERBAIK. Shiemz sentiasa bersangka baik dan enjoy pregnancy.
Kembang setaman muka momyong.. 41 weeks pregnancy
Abah melayan cucu-cucu time menunggu hari nak bersalin.. Thanks abah!
Masa balik kampung dan buat check up kat Klinik Desa Abi, doktor bagi date untuk check in hospital Tuanku Fauziah Kangar sekiranya tak bersalin lagi hingga 25hb Mac dan akan di INDUCE. Sebenarnya sepanjang tempoh 2 minggu di kampung halaman, memang dah rasa mild contraction tapi belum kuat dan masih boleh bertahan lagi. Nak dipendekkan cerita 24hb tu dah ada tompokan darah. Tapi masih releks di rumah. Layan mild contraction sehingga 25hb (Sabtu) dan masih belum ada tanda-tanda bersungguh nak bersalin. Makanya nak tak nak terpaksa la check in wad pada 25hb pagi tue. Dalam hati berdebar-debar laju dan kepala asyid terpikir nak kena INDUCE. Kalau baca pengalaman blogger-blogger yang lain, INDUCE memang sakit dari normal! Haih laa… tawakal aje la… Sebelum masuk wad, kena check bukaan dan CTG dulu kat bhgn luar wad. Nak dijadikan cerita, masa check bukaan tu dengan DOktor lelaki. Bayangkanlah jarinya besar mana dengan badan yg agak sado doktor tu. Skali bila doktor check bukaan, dia kata kepala baby jauh lagi. Iskh iskh… bertambah berdebor. Then check CTG pulak, macam tak berapa cantik. Sekejap ok sekejap tak. Aihh.. lagi mendebarkan… Tapi buat-buat cool ajelah.
Kembang setaman.. 41 weeks.. hehe
My lovely princees.. love u both
Lepas pecah air ketuban.. Nurse ajak check CTG (pergerakkan jantung baby)
Selepas check bukaan dan CTG, baru boleh masuk wad. Time tu dah tengahari. Ingat ke boleh terus induce tapi rupanya esok pagi baru boleh induce. Jawabnya tak dapat bersalin lagi la. Kena tunggu esok pagi selepas Subuh. Walaubagaimanapun, Shiemz ditolak dgn wealchair nak masuk wad. Alahai.. macam orang skait plak rasa. Haha… Tapi bila masuk ke wad, rasa best plak sebabnya Hospital Bersalin Kangar dah baru. Katil baru, bilik baru dan belaka-belakanya baru. So bermulalah cabaran mak buyung berbaju pink. Duduk dalam wad pun tak boleh nak releks. Mana tak nya, keluar masuk wad orang yang nak bersalin. Ada yang mengerang menahan kesakitan. Alahai….. Tetiba rasa macam tak kuat. Hahaha…
Jadi, nak relekskan jiwa layan tidur dan jejalan dalam wad. Mana la tau malam tu boleh bersalin TANPA INDUCE. Sepanjang dalam wad, bermessage dengan mama dan suami. Semua bagi kata-kata semangat dan tak kurang rakan taulan disekeliling. Rasa sebak sepanjang malam.. Seolah-olah nak pergi berperang. Tapi memang pun, bersalin nie seperti kita nak berjihad ke jalan Allah SWT. Kena kuatkan semangat. Sampai tengah malam dalam jam 10 mlm, tengah-tengah baring nak tidur TIBA-TIBA, air ketuban pecah! Yeahhh!! Tak perlu INDUCE cakap dalam hati. Budak sebelah katil pun ada cakap “wah kak, dah pecah air ketuban tak payah induce la”. Alhamdulillah… Terus call mama. “Mama, air ketuban dah pecah”. Terus mama cakap kat suami yang ketika tue kat rumah. Suami gerak dari rumah ke hospital.
Bagi ibu-ibu yang bakal melahirkan anak di luar sana dan ingin tahu Pengalaman Bersalin Overdue, pesananku ialah jangan risau jangan pikir sangat. Tempuhilah saat itu dengan sabar dan tawakal pada Allah SWT. Dunia ini milik NYA. Sakit pedih, susah senang melahirkan itu adalah hak DIA. Kita banyakkan berdoa. Tak ada siapapun yang nak lalui Pengalaman Bersalin Overdue nie. Penat sebenarnya mengandung nie. Bukan senang tapi kita enjoy our pregnancy. Tak tahu bila lagi Allah SWT nak kurniakan saat indah macam nie lagi kan. Sakit sangat-sangat tapi nikmat puas tu hanya kita yang dapat rasai. Wallahualam.
Nanti Shiemz story kisah seterusnya berkaitan DEMAM KUNING @ JAUNDIS.