By August 17, 2017 0 Comments Read More →

Cara Hilangkan Kuning Bayi Selepas Kelahiran

Assalammualaikum WBT, salam sejahtera. Kali ini Shiem ingin berkongsi dengan anda tentang pengalaman dan cara hilangkan kuning bayi selepas kelahiran. Untuk pengetahuan semua, kesemua 4 orang anak Shiemz mengalami demam kuning. Cuma demam kuning mereka dalam kategori biasa (tidak teruk). Alhamdulillah. Tapi ia sangat mengundang kerisauan pada Shiem sepanjang tempoh 2 ke 3 minggu selepas kelahiran.

                                                                                                                              Cara hilangkan kuning bayi 1 Cara hilangkan kuning bayi 5

Mana tidaknya, bila anak mengalami demam kuning level bilirubin sekejap naik sekejap turun. Boleh jadi tekanan juga la tapi positif. Apentah lagi mereka terpaksa warded hospital berhari-hari. Hati ibu mana yang tidak risau. Anak terpaksa warded dan diletakkan di bawah lampu biru tanpa pakaian. Ditambah pula, baby terpaksa ditinggalkan di wad gara-gara tiada katil untuk si ibu untuk warded bersama di hospital. Kalau sehari mungkin boleh terima lagi tetapi kalau terpaksa warded berhari-hari hingga ada yang berminggu-minggu. Cara Hilangkan Kuning Bayi

Cara hilangkan kuning bayi 4

Bagi kes macam Shiemz, memang keempat-empat anak-anak Shiem ada masalah demam kuning selepas kelahiran. Darah Shiemz suami isteri dan anak-anak, berdarah ‘O”. Memang posibble untuk dapat demam kuning memang ada. Cuma diperingkat yang boleh dikawal. Walaubagaimanapun, still under pemantauan. Sebab level biliburin boleh naik dan turun dan sekiranya tak dikawal, ia boleh menyebabkan level bilirubin menjadi lagi tinggi dan berisiko. Even kita menyusu anak sepenuhnya, level bilirubin masih tidak turun malah adakala meningkat. Itu yang membimbangkan. Bercerita tentang pengalaman yang Shiemz alami anak ke-4, sangat merisaukan. Sebab ape, sebab level bilirubin pernah meningkat dari 10 mg/dl ke 15.5 mg/dl dalam masa 1 hari. (rujuk gambar di bawah)

Cara hilangkan kuning bayi 2

Cara hilangkan kuning bayi 3

So, bila dah naik level bilirubin tu makanya memang wajib warded la. Cuma sehari semalam je warded. Sepanjang tempoh itu, memang baby duduk bawah lampu biru. Memang Shiemz tak angkat baby dari situ kecuali dia menangis nak susu. Tapi yang menyedihkan tue, susu badan Shiemz sangat-sangat la sendu nak keluar. Orang lain pam susu berbotol-botol tinggalkan di hospital, tapi Shiemz dapat beberapa oz je. Memang tak cukup untuk tinggalkan pada baby malam tu. Nak tak nak, terpaksa hospital bagi FM, macam nak menangis aje tapi simpan dalam hati. Kuatkan diri. Cara Hilangkan Kuning Bayi

Bayangkan ada ibu-ibu yang lain, pam susu ber’oz’. Penuh fridge kat wad kanak-kanak tue. Untung sungguh… Tapi masa tue, Shiemz pikir mungkin belum rezeki baby lagi nak dapat susu ibu sepenuhnya. Terpaksa… Tengok gambar di bawah tue. Dalam banyak-banyak susu tu, susu yang shiem dapat bekal pada baby malam tu 3 oz jer. Sob sob sob…

Cara hilangkan kuning bayi 103 oz je mampu tinggalkan untuk baby sehari semalam… So Nurse terpaksa bagi FM untuk baby. Esoknya Shiemz datang awal untuk susukan baby. Tengok baby dalam katil bawah lampu tu, alahai kesiannya anak mama. Hari-hari bercakap ngan baby, dah keluar wad mama bagi Hadzem susu puas-puas okeh. 

Cara hilangkan kuning bayi 11Banyakkan susu yang orang tinggalkan.. Wad kanak-kanak Hospital Tuanku Fuziah Kangar, memang bagus… Sediakan fridge dan ruangan utk ibu-ibu nak pam susu. Selesa…

Kesian dengan anak sebab tak dapat susu badan mama kan. Kenapa la susu taknak keluar nie.. Memang stress… Tapi tenangkan jiwa. Setelah sehari semalam tinggal baby kat hospital, esoknya baby boleh keluar tapi still kena ulang alik ambil darah SETIAP HARI! Kesian anak kena cucuk kat tangan kadang-kadang kat kaki. Bila kita serahkan anak kat nurse untuk ambil dara, dengar dari luar baby menangis. mama kat luar, menangis dalam hati.. hehhehe..

Lepas ambil darah, hati berdebar-debar nak tunggu result darah. Skali level billirubin naik lagi. Risau memang risau. macam-macam cara hilangkan kuning bayi yang telah Shiemz buat. Antaranya kaedah traditional seperti :

  • makan kurma
  • minum susu kambing
  • mandikan dengan daun kucai
  • makan sengkuang cina
  • beli ubat mandian kat kedai sensei

 Nak dijadi cerita, time jumpa nurse. Nurse tue tegur “Saya nak cakap, tapi saya tahu ia salah. Tapi saya nak cakap juga lah.” Time tu rasa berdebar, tapi Shiemz dengar dengan teliti. “Sebenarnya Breastfeeding pun boleh menyebabkan Jaundis. Jadi saya sarankan puan, campur dengan susu formula berunsurkan soya macam S26 ke Nan ke. Sebab ikut pengalaman saya memang berhasil”. Lepas dengar jer kata-kata nurse tu, Shiemz pun ajak mama pegi farmasi beli susu S26. Selama seminggu Shiemz bagi baby minum susu S26 nie dalam 2-3 kali sehari berselang-seli dengan susu ibu. Time nie susu badan tak banyak sangat. Makanya belum start kumpul stock EBM.Cara hilangkan kuning bayi 6

Alhamdulillah.. dalam tempoh seminggu tue, memang dari hari ke hari level billirubin semakin menurun. Alhamdulillah!! Lega rasa…. Lepas semingggu tu, dah tak perlu check demam kuning lagi. Cuma Shiemz kena usaha banyakkan susu badan. Set Menyusu Shaklee memang tak miss. Hari-hari amalkan tapi susu still berkurangan. Rupa-rupanya susu badan tak keluar sebab tersumbat di kelenjar susu bawah ketiak. Berketul-ketul. Dalam hati ketika nie risau sebenarnya.. Kelenjar susu ke, ketumbuhan ke ape… Dup dap dup dap! Jadinya, Shiem ambil inisiatif pergi mengurut. Bidan urut cakap, ini kelenjar susu. 3,4 kali mengurut, alhamdulillah… susu keluar mencurah-curah… rasa nak menangis!

Alhamdulillah..seronoknya bila dapat kumpul stock..

Alhamdulillah..hasil konsisten mengepam dan amalkan suplemen, berjaya kumpul stock EBM.. Rezeki anak..

Lega bila susu badan dah keluar banyak. So, Shiemz cepat-cepat start buat stock. Minggu ke 2 juga baru start buat stock. Dan paling penting, Shiemz susukan baby sekerapnya supaya demam kuning dia terus hilang. Alhamdulillah… So, korang yang ingin tahu detail tentang pengalaman demam kuning selepas kelahiran, ini yang dapat Shiemz kongsikan. Semoga ia memberi manfaat. Detail tentang demam kuning, korang boleh baca. Cuma ape yang Shiemz nak cakap, bila terjadi pada anak-anak korang jangan risau. In sha Allah pasti ada cara penyelesaiannya.

Apa Itu demam kuning?

demam kuning adalah Peningkatan kadar bilirubin pada minggu pertama kelahiran. Yang mana demam kuning akan  menyebabkan kulit bayi, mata dan mulut berwarna kuning. Walaubagaimanapun terdapat banyak Cara Hilangkan Kuning Bayi

Apa Itu Bilirubin?

Bilirubin berlaku apabila sel-sel darah yang telah tua dirembeskan oleh tubuh badan. demam kuning adalah proses normal yang terjadi pada setiap bayi yang baru lahir cuma yang membezakan bayi tersebut adalah kadar ketinggian bilirubin.

Kenapa Bayi boleh terkena penyakit kuning?

Siklus sel darah merah pada bayi lebih pendek daripada orang dewasa. Ini bermakna lebih banyak bilirubin yang dilepaskan melalui organ hati bayi anda. Kadang-kadang hati bayi belum cukup matang untuk mengatasi jumlah birubin yang berlebih.

demam kuning terjadi ketika organ hati bayi tidak mampu menghilangkan bilirubin dari darah secara cepat. Bilirubin yang berlebih yang tidak dapat keluar dari tubuh kemudian berkumpul pada kulit bahagian putih bola mata.

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:

  • Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)

Oleh itu pemeriksaan awal (ambil darah) perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Jenis-jenis demam kuning
Terdapat beberapa jenis demam kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

  • Demam kuning normal (physiological jaundice).
    Demam kuning normally berlaku pada bayi yang baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

  • Demam kuning pra-matang.
    Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

  • Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice).
    demam kuning boleh juga disebabkan oleh penyusuan. ia hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Terutama sekali bayi yang mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi. Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi.Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.


Cara hilangkan kuning bayi

  1. Penyusuan perlu kerap
    Penyusuan adalah rawatan Jaundis yang sangat bagus tetapi adakala penyusuan juga boleh menyumbang kepada demam kuning. Perlu melihat pada keadaan.
  2. Phototherapy (Terapi lampu)
    Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm.
  3. Exchange Transfusion (ET)
    ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah.

Boleh merujuk kepada pakar => Dr. Azwan


Cadangan produk Shaklee yang boleh membantu cara hilangkan kuning bayi selepas kelahiran

1)  Vita Lea : Mengandungi mineral dan vitamin semulajadi yang lengkap dalam 1 botol! Vitalea mempunyai zat besi yang penting untuk membentuk sel darah merah yang sihat selepas proses penguraian tadi. Vitalea juga lengkap dengan khasiat spirulina dan alfalfa yang membantu hati berfungsi dengan baik untuk detoksifikasi bilirubin yang berlebihan dalam badan bayi. Serat dalam Vitalea membantu proses pelawasan agar bayi anda mudah untuk membuang air besar.

2)   ESP: Protein soya yang membantu pembentukan organ janin yang sihat, membina antibody dan sel darah merah yang sihat. Ia membantu ibu lebih bertenaga dan membantu memekatkan dan membanyakkan susu badan! Susu berkualiti, maka anak pun cepat kenyang dan lawas!

3)   Vit B com: Mengandungi asid folik yang membantu mencegah anemia.

4) A lfalfa: Ia adalah tumbuhan herba yang membantu memperbaiki sistem hati manusia dengan tujuan detoksifikasi. Ia membantu proses penyingkiran bilirubin dan melawaskan pembuangan najis. Jangan ambil sebarang dos ye. Kena ada guideline tau. Sesetengah bayi tak sesuai dengan Alfalfa nie.

Shiemz harap entry ini boleh membantu anda dalam menghadapi masalah anak demam kuning. Apa pun keadaan dan keputusan anda sekiranya anda menghadapi masalah seperti ini adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan dan cara anda mengawal keadaan bayi anda sendiri. Wallahualam.

Cara hilangkan kuning bayi 7

Cara hilangkan kuning bayi 8

Carian yang berkaitan :

  • petua hilangkan kuning bayi
  • cara hilangkan kuning bayi
  • petua hilangkan kuning bayi dengan cepat
  • demam kuning
  • jaundis
  • jaundice

Related Post

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment