By March 6, 2017 0 Comments Read More →

Perbezaan Kontraksi Braxton Hicks dan Kontraksi Sebenar

Assalammualaikum WBT. Salam ukhuwah buat semua.

Just nak sharing pregnancy kali nie. Sejak dua menjak dari kandungan 30 weeks hingga sekarang menginjak ke 38 weeks, perut Shiemz selalu mengeras. Tak tahu la samada baby MH tengah mengeliat ke ape. Kalau dia start mengeras, mula rasa sakit di bahagian uterus. Bila perut mengeras, mulalah tak boleh bernafas dibuatnya dan kalau tengah berjalan terpaksa berpaut pada dinding. Kadang-kadang bila pikir balik, dah sampai masa ke? Sebabnya kalau ikut pengalaman mengandung sebelum ini tanda awal nak bersalin masa zaman abglong dan kaklang, mesti kontraksi dulu kecuali masa kakngah pecah air ketuban.

Braxton Hicks

Bila jadi macam nie, rasa risau juga kan. Samada ia satu petanda nak bersalin atau sebaliknya walaupun anak nak masuk no 4. Hehe… Setiap anak kadang-kadang pengalaman berbeza-beza. Debaran berbeza-beza. Sesetengah ibu mengandung cepat gelabah, then ke hospital ada yang kena halau balik sebab belum sampai masanya dan tidak kurang juga yang kena tahan wad dan kena DEXA injection untuk mematangkan paru-paru baby dan juga untuk pemantauan. Jadinya, sebelum jadi macam tu baiklah kita prepare dengan ilmu dan persiapan yang perlu sebelum masa yang sepatutnya tiba. In sha Allah..

Bila jadi macam nie, Shiemz google juga tanda-tanda nak bersalin dan kenapa perut selalu mengeras dalam usia kandungan 30 hingga 40 weeks. So bila keadaaan seperti ini berlaku kemungkinan berlaku Braxton Hicks atau kontraksi ringan/latihan. 

Braxton Hicks adalah proses pengecutan otot uterus dimana si ibu akan merasakan perut mengeras. Ia boleh berlaku seawal pertengahan kehamilan hingga fasa akhir. Walaubagaimanapun kontraksi Braxton Hicks tidak mempunyai ritma pengerasan yang teratur. Kadangkala terjadi sewaktu berdiri, apabila ibu menukar posisi, kontraksi Braxton Hicks tadi akan berhenti serta merta. Kebanyakkan doktor percaya kontraksi Braxton Hicks ini lebih kepada ‘latihan’ yang mungkin menjadi petanda uterus anda sedang melatih otot peranakan.

PERBEZAAN ANTARA BRAXTON HICKS DAN KONTRAKSI SEBENAR :

Braxton Hicks 1

Kebanyakkan pakar ada menyatakan bahawa kontraksi Braxton Hicks boleh membantu bukaan serviks agar serviks menjadi lebih lembut dan lebih mudah ketika proses kelahiran yang sebenar. Tapi perlu diingatkan kepada ibu-ibu yang pertama kali merasai proses kelahiran, sekiranya kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap (pantau kekerapan kontraksi), ini kemungkinan proses kelahiran yang sebenar semakin hampir. Terutamanya skali kekerapan kontraksi berserta dengan tanda lain seperti keluar lendir bercampur darah atau cecair lendir yang mana jangan diambil mudah yek.

Tapi bagi pengalaman Shiemz, anak pertama dan ketiga Shiemz tak ada turun tanda cuma Shiemz rasa kontraksi yang agak konsisten. Shiemz tak terus ke hospital, tapi cuba kontrol kontraksi di rumah sambil berjalan-jalan sampai satu tahap Shiemz dah tak tahan sangat baru ke hospital. Selalunya selagi air ketuban tak pecah, masih boleh kontrol lagi kontraksi. Kecuali bila doktor dah pecahkan air ketuban tu memang tak terkawal sakit kontraksi tu. Kena plak masuk dlm LR, memang dah tak boleh bangun² lagi dah sebabnya segala wayar CTG kat perut. Mengelupur lah atas katil tu sampai bersalin. Pastu silih berganti nurse doktor dok selok kat VE check bukaan. Kalau bukaan 7,8 cm Alhamdulillah la boleh ready nak deliver. So bila kat rumah, tak ada la nurse nak selok² VE ke kan.. Boleh jalan² lagi dan tak stress tapi dalam masa yang sama pantau pergerakkan baby dan kira kekerapan kontraksi supaya tak bersalin kat rumah nanti. Hehe… Bila kekerapan sakit kontraksi tu agak klimaks, baru Shiemz ke hospital. Alhamdulillah.. selalunya bila doktor check bukaan dah 4,5 cm then terus check in LR. Tak perlu masuk wad. Itu yang best.. 

Walaubagaimanapun semasa kontraksi Braxton Hicks atau kontraksi sebenar sedang berlaku, korang perlu tahu teknik pernafasan yang betul untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian uterus. Ataupun ketika kontraksi sebenar sedang berlaku, teknik pernafasan sangat penting tau agar si ibu lebih tenang, mengurangkan kesakitan dan mampu menjimatkan penggunaan tenaga untuk digunakan ketika proses meneran itu nanti. Nanti nak meneran lagi banyak guna tenaga. 

Kadang-kadang ada juga ibu yang hendak bersalin, tidak dapat mengawal keadaan (terutamanya pertama kali) dan terlalu gelabah. Ini membuatkan jantung semakin berdebar dan berdegup kencang. Makanya nafas menjadi tidak teratur terutamanya ketika kontraksi kuat sedang berlaku. Akibatnya jumlah oksiden yang masuk ke paru-paru semakin berkurangan dan membuatkan si ibu kehabisan tenaga. Sekiranya kita kehabisan tenaga ketika meneran sedangkan proses bersalin belum selesai, ini akan memberi risiko kepada bayi. So take note k.

CARA BERNAFAS DENGAN BETUL / TERATUR

♦ Pejamkan mata dan tenang

♦ Tarik nafas melalui hidung

♦ Tahan pernafasan ketika kontraksi sedang berlaku

♦ Ketika kontraksi hampir reda, hembuskan nafas melalui mulut

* Lakukan teknik pernafasan ini sekerap yang boleh terutamanya ketika kontraksi sedang berlaku. Pastikan hembusan nafas lebih panjang dari ambil nafas.

Kesimpulannya, bila perut mengeras jangan mudah gelabah. Buat teknik pernafasan. Sekiranya ia berlanjutan, ada tanda-tanda kelahiran dan kesakitan yang amat boleh la pergi ke hospital secepat yang mungkin. Pantau pergerakkan baby dan kira kekerapan kontraksi. In sha Allah semoga dipermudahkan segalanya.

AMALKAN DOA PERMUDAHKAN BERSALIN SEPANJANG MENGANDUNG

Al Abasa: Ayat 20

Maksudnya: “Kemudian Jalannya dipermudahkan”

Surah Al-Anbiya’ : AYAT 87-89

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

Kontraksi Braxton Hicks

Kontraksi Braxton Hicks 3 

 

Related Post

About the Author:

Post a Comment