By March 21, 2017 0 Comments Read More →

Air Selusuh Terbaik Air Tangan Suami

Air selusuh merupakan air yang digunakan untuk memudahkan dan melancarkan wanita ketika hendak melahirkan anak.

air selusuh

Samada ia berkesan atau tidak, Shiemz kurang pasti. Sebenarnya Shiemz sendiri belum pernah praktikkan amalan air selusuh ini dari anak pertama hingga anak yang ke tiga. Hanya bergantung kepada air zam-zam, kurma, air bunga kembang Fatimah dan GLA Shaklee sebagai inisiatif lain untuk memudahkan dan melancarkan ketika bersalin.

In sha Allah untuk kali keempat kelahiran nie, Shiemz minta suami buatkan air selusuh dari air tangan suami hasil rujukan dan petua dari Ustaz Don. Semoga kelahiran kali ini lebih cepat dan dipermudahkan.

Walaubagaimanapun, bagi pendapat Shiemz pengambilan air selusuh adalah satu perkara tidak salah selagi ia tidak memudaratkan kepada ibu dana anak serta tidak bercanggah dengan hukum hakam agama dan menjadi satu ikhtiar bagi memudahkan dan melancarkan ketika bersalin, apa salahnya kalau diamalkan.

Dari pembacaan Shiemz, jika air selusuh diambil atas tujuan sebagai ikhtiar maka hukumnya HARUS dengan syarat air selusuh tersebut dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa agar proses kelahiran dipermudahkan. Sekiranya air selusuh diambil atas khidmat tok bomoh dan dibaca dengan ayat-ayat jampi serapah yang menyesatkan, maka hukumnya akan menjadi HARAM.

Sebenarnya untuk mendapatkan air selusuh sangat mudah terutamanya di kampong-kampung yang menggunakan khidmat bidan kampong dan lain-lain TETAPI yang lebih afdal dan lebih baik adalah air selusuh dari air tangan suami anda sendiri. Ia sebagai doa dari suami kepada seorang isteri yang sedang berjuang untuk melahirkan zuriatnya. Air selusuh suami yang di baca dengan ayat-ayat suci Al-Quran memohon bantuan daripada Allah SWT dan berikhtiar agar segala proses kelahiran berjalan dengan lancar.

Air selusuh dari suami ini telah dikongsikan oleh Ustaz Don sendiri di Majalah Mingguan Wanita keluaran Jun 2014.

Inilah step by step untuk membuat air selusuh oleh suami kepada isteri untuk kelancaran proses bersalin. Sebelum itu sediakan air di dalam botol yang bersih dan diisi dengan air serta dibuka penutupnya ketika proses membuat air selusuh dibuat.

STEP 1

Baca Surah Al-Fatihah (1 kali)

STEP 2

Bacakan Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24

Terjemahan Ayat 21:

Kalau sekiranya Kami turunkan AL-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnyatunduk terpecah belah di sebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Terjemahan Ayat 22:

Dialah Allah tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Terjemahan Ayat 23:

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang Mengurniakan Keamanan, yang Maha Memelihara, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa, yang memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Terjemahan Ayat 24:

Dialah Allah yang Menciptakan, yang Mengadakan, yang Membentuk Rupa, yang Mempunyai Asmaul Husna, Bertasbihlah kepadaNya apa yang di langit dan Bumi. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 

STEP 3

Bacakan Selawat Syifa’

air selusuh

STEP 4

Bacakan Ayat Air Selusuh

Terjemahannya:

” Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya Surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.

STEP 5

Baca Doa Pemudah

Terjemahannya:

“Ya Allah, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang Maha Memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin.

 

Syarat menyimpan air selusuh

  • Menyimpan di tempat yang lebih tinggi dan elok sebelum minum
  • Diminum ketika minggu ke 38 dan ke atas dan ada juga ketika bermula kontraksi
  • Diminum dengan selawat dan doa pemudah sebelum minum
  • Tawakal pada Allah SWT

AMALKAN DOA PERMUDAHKAN BERSALIN SEPANJANG MENGANDUNG

 

Al Abasa: Ayat 20

Maksudnya: “Kemudian Jalannya dipermudahkan”

Surah Al-Anbiya’ : AYAT 87-89

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”

Ikhtiar lain

Air Selusuh

Walaubagaimanapun, sebagai seorang suami bantulah dan berikan sokongan kepada si isteri sepenuhnya semasa proses kelahiran. Mereka sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat anda. Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Kita sebagai hambaNYA perlu memohon diberi yang terbaik.

Nak lagi best, hadiahkan mereka Set Hamil Berpantang Menyusu Shaklee untuk membantu mereka agar cepat sembuh dan sentiasa bertenaga sepanjang tempoh berpantang. In sha Allah usaha yang terbaik dan hasilnya pasti yang baik-baik. Wallahualam.

Related Post

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment