By February 28, 2017 0 Comments Read More →

Landmark Study Shaklee : Tidak Mahu Makan Suplemen

Tidak Mahu Makan Suplement – Think Twice

Kenapa Landmark Study Shaklee penting kepada pengguna suplement?

Bagi yang masih merasakan anda mampu mendapatkan SEMUA NUTRISI daripada makanan harian semata-mata, THE LANDMARK STUDY ini sangat PENTING untuk anda fikirkan secara mendalam. Terutamanya anda yang SKEPTIKAL dengan suplemen. Hadam betul-betul okey!

Landmark Study Shaklee

APA ITU THE LANDMARK STUDY

Shaklee salah satu company yang menjalankan landmark study keatas produk mereka. Kajian ini dijalankan oleh pihak ketiga yang tiada hubungan pun dengan Shaklee. Melalui keputusan Landmark Study ini, menunjukkan bahawa tahap kualiti bagi sesetengah penyakit menjadi penanda aras terbaik untuk kesihatan masa depan di mana 8 daripada 10 pengguna Shaklee yang diuji menunjukkan kesihatan mereka meningkat daripada `amat baik’ ke `cemerlang’. Jadi, hanya Shaklee sahaja yang berani menguji keberkesanan pengambilan produk Shaklee ke atas pengamalnya. Sebab apa? Sebab Shaklee sangat yakin produknya BERKESAN.

Landmark Study Shaklee
Kajian yang dibuat memakan masa selama 20 tahun juga kerana kajian dibuat adalah ke atas penyakit. Penyakit datang bukan hari ini bukan esok tetapi ia mengambil masa yang cukup panjang. Sebab tu kalau nak cari suplemen yang terbaik, pilih la suplemen yang dah digunakan lama oleh pengamalnya.

Sesetengah pengamal suplemen akan mengalami krisis penyembuhan (healing crisis) adalah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil nutrisi tambahan, terutama vitamin & mineral natural Shaklee. Ini berlaku bila tubuh kita yang yang mengandungi banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh, hasil dari pengambilan nutrisi tambahan bermutu Shaklee.

” … this reaction occurs when the body tries to eliminate toxins at a faster rate than they can be properly disposed of. The more toxic one’s bodily systems are, the more severe the detoxification, or healing crisis. It is characterized by a temporary increase in symptoms during the cleansing or detox process which may be mild or severe. You may feel worse and therefore conclude that the treatment is not working. But these reactions are instead signs that the treatment is working and that your body is going through the process of cleaning itself of impurities, toxins and imbalances.  ” – source

“… Reaksi yang berlaku apabila tubuh dalam proses menyingkirkan toksin dalam jangka masa yang lebih cepat dari biasa. Lebih banyak toksin dalam sistem tubuh, lebih banyak lagi detoksifikasi atau krisis penyembuhan yang akan berlaku. Ia adalah proses pembersihan dan detoksifikasi sementara yang boleh berlaku secara sedikit atau banyak. Anda akan berasa tidak sihat dan anda akan membuat andaian bahawa rawatan tersebut tidak berjaya. Sebaliknya, apa yang anda hadapi menunjukkan bahawa rawatan tersebut sedang bekerja dalam tubuh dan tubuh anda sedang menjalani pembersihan dari kotoran, toksin dan ketidakseimbangan.” – sumber

So tak boleh la kita nak claim baru sebulan mengamalkan suplemen Shaklee, terus kita nak cakap suplemen Shaklee tak berkesan untuk diri kita. Sedangkan setiap penyakit tu, nak develop akan ambil masa. Kadang-kadang dengan pengambilan suplemen Shaklee, baru badan kita bertindakbalas dan dari situ kita tahu bahawa kita mempunyai penyakit. Sebab itulah pentingnya landmark study ni. Bukannya dilakukan dalam masa 2,3 hari. Tapi berpuluh-puluh tahun lamanya. Barulah kita akan nmpak kesan positif atau negatif.

Landmark Study Shaklee

 

SIAPA YANG MENGENDALIKAN LANDMARK STUDY?

Bukan calang-calang orang yang terlibat dalam menjalankan kajian ini, tentu orang yang terbaik dalam lapangan nutrisi. Landmark study ini dijalankan oleh saintis terkemuka dari UC Berkeley, iaitu Dr Gladys Block. Dr Block telah mencadangkan kepada Shaklee untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh yang panjang. Kenapa beliau pun memilih Shaklee?


Ini kerana:

Reputasi Shaklee yang terkenal dengan integriti dan kualiti. Shaklee mempunyai kumpulan sasar yang bersesuaian kerana penggunanya terdiri daripada pengamal tegar yang telah mengamalkan suplemen dalam tempoh waktu yang panjang.

Apabila Dr Gladys memberikan cadangan, CEO Shaklee Corporation iaitu Mr Roger Barnett menerima dengan hati terbuka tanpa risau kerana beliau juga mahukan data saintifik untuk membuktikan Shaklee adalah produk terbaik berbanding suplemen lain.

CONTOH LANDMARK STUDY

Bagi orang yang sedang berdiet, Shiemz bagi contoh TRIGLYCERIDES. TRIGLYCERIDES adalah jenis lemak atau lipid yng biasa ditemui dalam darah. Ini bagi orang suka makan makanan yang tinggi kalori.

Apabila kita makan, badan menukarkan kalori yang berlebihan kepada TRIGLYCERIDES dan kemudian anda menyimpannya tanpa dibakar. Kalau TRIGLYCERIDES tinggi risiko untuk dapat strok atau penyakit berkaitan kardiovaskular. Kajian telah dibuat:blush:

Paras normal TRIGLYCERIDES adalah 150mg. Graf di bawah menunjukkan:

Bagi pengguna shaklee, paras TRIGLYCERIDES hanya 121 mg sangat bagus. Semakin rendah semakin bagus.

Bagaimana pula bagi pengguna tanpa suplemen?

Bagi anda yang hanya bergantung kepada makanan, TRIGLYCERIDES anda adalah di sekitar 180.1mg. Berbanding pengguna suplemen lain sekitar 145.3mg. Ini fakta tau. Penat Shaklee buat kajian dan fakta ini menunjukkan bahawa anda sepatutnya mengamalkan suplemen.

So suplemen mana sepatutnya menjadi pilihan anda? Sudah tentulah Shaklee. Tak payah fikir lain, tengok graf ni pun dah tahu Shaklee memang THORBAEK!

KESIMPULAN LANDMARK STUDY OLEH DR GLADYS

Dr. Gladys Block memperakui, hasil kajian mendapati pengguna Shaklee akan mendapat manfaat dari penggunaan suplemen untuk jangka masa yang panjang.

Apa yang saya boleh buat kesimpulan tentang Shaklee Landmark Study adalah:

  1. Kajian ini adalah yang PERTAMA seumpamanya dan bertujuan untuk melihat keselamatan dan keberkesanan pengambilan suplemen untuk jangkamasa panjang. Tiada syarikat lain yang pernah melakukan kajian seperti ini selain Shaklee.
  2. Pengguna Shaklee mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang baik. Ini menunjukkan produk Shaklee adalah bioavailable iaitu mampu diserap dan digunakan oleh tubuh dengan baik.
  3. Pengguna Shaklee mempunyai tahap biomarkers of disease risk yang lebih baik. Ini menunjukkan dengan menggunakan Shaklee, anda boleh mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.
  4. Pengguna Shaklee mempunyai kadar penyakit yang lebih rendah. Ini membuktikan penggunaan suplemen Shaklee boleh meningkatkan tahap kesihatan anda.
  5. Pengguna Shaklee memberi nilai kesihatan mereka lebih baik dan terbaik. Ini terbukti bilamana anda mampu hidup lebih sihat.
  6. Tiada risiko yang dikaitkan dengan pengambilan suplemen Shaklee. Adalah terbukti produk Shaklee adalah selamat untuk penggunaan jangkamasa panjang.

Semoga dengan perkongsian Landmark Study Shaklee ini, akan membuka ruang hati anda untuk mengamalkan suplemen terutamanya suplemen Shaklee yang telah terbukti keberkesanananya. Sekiranya anda berminat untuk menyertai keluarga Shaklee, boleh hubungi Shiemz. In sha Allah Shiemz cuba membantu anda sebaiknya.

 

Related Post

Posted in: shaklee

About the Author:

Post a Comment