Baby Kecil Dari Usia Kandungan 36 Minggu
Refer ke Hospital Kuala Lumpur gara-gara baby kecil dari usia kandungan 36 minggu. Macam seramkan bunyinya kan? Hehe.. Actually 7hb Shiemz ade monthly check up di Klinik Kesihatan Tangling. Biasa la bila perut dah masuk 8 ni, check up 2 kali sebulan. So next check up 14hb pula.
Nak dijadikan kisah, masa 7hb check up tu kena jumpa dengan doktor. Bermakna doktor akan scan tengok perkembangan baby la. Zaman sekarang check up kat gomen dah tetiap bulan. Dulu masa zaman abglong dan kak ngah, scan bila dah dekat due dan zaman kaklang plak dah start scan cuma tidaklah sekerap sekarang nie. Dulu sampaikan kena scan kat private, baru boleh tengok perkembangan baby. Hehe.. Sekarang tidak lagi. Dah tetiap bulan plak kena scan.. bagus lah kan. Satu perkembangan yang baik.. Alhamdulillah..
So, nak dijadikan cerita. Masa scan tu doktor cakap baby dalam perut nie kecik pula. Sebelum nie scan tak ada masalah. Scan perut, kepala, tulang peha bagai perkembangan baby baru 33 weeks. so secara tak langsungnya doktor pun buat gelabah la suh refer ke HKL untuk double scan. Herm…. Momyong yang anak 3 nie terasa gelabah juga la tapi dalam hati kuat mengatakan tak ada apa-apa sebabnya :
➡️ Makan kemain berselera
➡️ Setiap bulan check up memang ‘excellent’ result (HB, MGTT, etc) – sticker buku merah ‘putih’
➡️ Baby aktif
➡️ History 3 orang anak yang bagus
➡️ Suppliment konsisten (Set Bersalin Shaklee)
Walaubagaimanapun momyong pun pasrah aje la dengan keadaan itu, siapalah kita nak menidakkan ketentuan Allah SWT kalau apa-apa jadi kan. Oleh disebabkan itu, nurse bagi surat refer ke HKL esoknya jam 8 pagi (8hb) dan esoknya Shuben hantar ke HKL jam 8 pagi. Sesampai kat Hospital Bersalin, HKL terkejut tengok, ramainyalah ummat manusia yang nak menambah ummat. Memboyot-boyot memasing termasuklah Shiemz. Haha… So, routine di hospital sama macam di klinik kesihatan check air kencing, timbang berat, check HB then baru jumpa doktor dari bilik ke bilik.
Rujukan : Blog Dr Siti Scan
Masa scan tu ingat ke jumpa doktor terus rupanya tidak. Yang scan tu Pegawai Perubatan, lelaki plak tue. Momyong pasrah. Tadah aje la perut. Mase scan tu, banyak kali juga dia dok ukur kepala, perut dengan tulang peha. Result sama mcm semalam di Klinik Kesihatan. Memang la sama kalau pakat scan ikut ‘TARIKH AKHIR PERIOD’ sedangkan period Shiemz nie tak pernah regular atau bak kata omputih ‘irrigular’ sejak dulu lagi. 2,3 bulan tak period tu biasa. Memang dari anak pertama hingga ketiga memang doktor akan ikut ‘TARIKH PERTAMA SCAN’. Tarikh period dengan tarikh pertama scan memang akan lari 2-3 minggu. So, no wonder la bila scan baby kecil dari usia kandungan mengikut last periodkan. Itu yang membuatkan hati Shiemz berkata, tak ada apa-apoa masalah. Sepatutnya doktor lebih tahu tentang perkara nie. Tapi macam Shiemz pula jadi doktor. Hehe
Meh Shiemz story sedikit history kandungan kali ke 5 nie. Sebab apa ke 5, sebab kandungan kali ke 3 gugur.
History Kandungan kali ke 5 (1 kali gugur)
- Tarikh last period ➡️ 31 Mei 2016
- Tarikh EDD (Pertama scan) ➡️ 19 Mac 2017
- Tarikh EDD (Kedua scan 5 Sept 2016) ➡️ 19 Mac 2017 (12 weeks)
- Tarikh EDD (Ikut tarikh 1st scan) ➡️ 19 Mac 2017
- Tarikh EDD (Ikut tarikh last day period) ➡️ 5 April 2017 ( 36 weeks)
Jadi, bila dilihatkan perbezaan Tarikh 1st Scan dan Tarikh Last Date Period hanya lebih kurang 2 minggu. Sekurang-kurangnya Shiemz boleh estimate sekiranya baby nak lahir awal dari 19 Mac 2017 atau kalau baby lahir dalam tempoh seminggu selepas tarikh tersebut pun tak ada masalah. Senang la nak plan nak balik kampung nanti kan. Nasib baik time tu anak-anak baru start cuti sekolah. Seronok la 3 beradik tu dapat tengok baby MH nanti. In sha Allah.
Selepas scan dengan Pegawai Perubatan tue, baru Shiemz berjumpa dengan Doktor Pakar. Doktor Pakar pun interview Shiemz tentang tarikh last date period dan sebagainya. Doktor pakar pun cakap :
“Ooooo… Period tak regular, patut la”.
“Kenapa tak cakap kat doktor KK?”
“Kalau gitu EDD awak tak boleh ikut Last Date Period, kena ikut Tarikh 1st Scan”
“Tak ada apa² nie, sebab anak dulu² pun ok je kan?”
Jadiiii… nampak tak? So konklusinya memang kena ikut EDD 1st Scan. Walaubagaimanapun doktor cakap, still nak pantau tengok perkembangan baby. Doktor bagi next tarikh appointment check up di HKL pada 24 Feb 2017. Lega rasanya bila doktor cakap macam gitu. In sha Allah.. semuanya akan ok. Doa-doakan jela ye kawan-kawan semua. Janji baby keluar sihat sempurna tubuh badan, menjadi anak yang soleh dan handsome mcm Nabi Yusuf. Hehe
Bagi semua pembaca blog Shiemz, Shiemz nak bagi korang tengok special video dari baby MH. Harap korang terhibur. Hehe
Sekiranya anda sangat-sangat berminat untuk mendapatkan Set Hamil/Bersalin/Menyusu Shaklee, anda boleh menghubungi Shiemz untuk mendapat Set Hamil/Bersalin/Menyusu Shaklee dengan harga yang berpatutan. boleh hubungi Shiemz seperti contact number di bawah.
THANKS FOR READING!!