By January 9, 2017 0 Comments Read More →

Milk Booster Terbaik

Anda Nak Tahu MILK BOOSTER  yang terbaik, berkualiti dan selamat?

Dah cuba Pelbagai Cara Untuk mencari MILK BOOSTER Terbaik Tapi masih gagal untuk menambahkan susu badan?

Teringin mengumpul stok EBM yang banyak tapi tiada masa?

Keluhan dan kerisauan seorang ibu selepas melahirkan bayi tentang kekurangan susu ibu itu adalah satu kebiasaan yang kita dengari. Dengan kesukaran ini, ramai ibu-ibu yang baru melahirkan bayi cuba mencari penyelesaian dengan mencari petua dan Milk Booster Terbaik bagi membantu penghasilan susu ibu.

Milk Booster Terbaik 1

Sebenarnya semuanya ada penyelesaian. Jangan risau, dengan pengalaman menyusu yang Shiemz ada, Shiemz akan berkongsi dengan anda bagaimana cara terbaik untuk pengumpulan stock EBM dengan Milk Booster Terbaik yang Shiemz gunakan.

Bayi yang tidak mendapat kebaikan susu ibu dalam tempoh 6 bulan pertama penyusuan (Esklusif) adalah sangat rugi kerana pada peringkat awal penyusuan, kolostrum (Cecair kuning) akan terhasil yang mana Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein dan antibodi.

Jumlah penghasilan kolustrum juga berbeza-beza bagi sesetengah ibu. Walaubagaimanapun kolustrum sangat penting untuk bayi yang mana ia kaya dengan nutrient dan faktor imun yang melindungi bayi daripada jangkitan bayi.

Pada peringkat kematangan penyusuan iaitu 3-4 hari selepas bersalin, jumlah susu akan lebih banyak tetapi kelihatan sedikit cair. Jangan risau, itu kebiasaan berlaku bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pada peringkat ini.

Semasa penyusuan berlaku, komposisi susu ibu turut berubah yang mana kandungan lemak  akan meningkat pada penghujung penyusuan dan membuatkan bayi rasa kenyang dan akan berhenti menghisap. Jangan tak tahu, inilah cara bayi mengawal selera makannya.

Risiko Tidak Menyusukan Anak Dengan Susu Ibu

  1. Tidak membantu proses pengecutan rahim dan pengembalian ke saiz asal dengan cepat.
  2. Proses pembakaran kalori dalam badan bagi si ibu akan terganggu.
  3. Terdedah kepada risiko kanser payudara dan ovari.
  4. Tidak membantu dalam proses menjarakkan kehamilan yang seterusnya.
  5. Hubungan anda dengan anak jugak tidak serapat atau seakrab,berbanding anda menyusukannya.
  6. Anak tidak mendapat khasiat yang sepenuhnya secara semulajadi.
  7. Sistem imun badan mungkin menjadi lemah, tambahan tidak menerima kolustrum (susu awal) yang mengandungi segala khasiat yang lebih berbanding susu matang selepasnya.
  8. Hubungan dengan ibu menjadi kurang rapat.
  9. Bayi yang minum susu selain susu ibu juga terdeah kepada risiko terkena jangkitan telinga,cirit-birit, sembelit,pneumonia, SIDS (sudden infant death syndrome).
  10. Bayi juga mudah terkena colic atau kembung perut.

Pengalaman Anak Pertama (Muhammad Hadzeq)

Ramai yang kita dengar, selepas melahirkan anak pertama ramai ibu yang baru melahirkan anak tidak dapat menyusukan anak.

“Susu taknak keluar la”

“Anak macam tak kenyang la”

“Saya Czer, tak boleh susukan anak”

“Anak pre-mature, tak dapat nak menyusukan”

Shiemz antara mereka yang memberi alasan seperti yang di atas. Dengan ilmu penyusuan yang tidak seberapa seawal 2 bulan, Shiemz dah berikan ‘susu formula’ kepada anak pertama. Bukannya cuba mencari penyelesaian dengan mencari petua atau mencari Milk Booster nak tambhan susu badan tapi ambil jalan singkat dengan memberi ‘susu formula’ kepada anak. Once kita dah start bagi anak minum ‘susu formula’, mulalah anak kita ‘reject’ susu ibu. Betul ke betul?

Unfortunetly, Shiemz dapat menyusukan hanya 4 bulan sahaja. Keciwa betul rasanya, tapi Shiemz mengaku kesilapan ini datang dari Shiemz sebab tiada persediaan fizikal dan mental. Condition anak pun tidak stabil semasa 1-2 tahun kerana selalu batuk, selsema dan demam yang kerap. Tidak kurang juga selalu warded hospital gara-gara terkena jangkitan paru-paru (brocullitis).

Pengalaman Anak Kedua (Nur Amiena)

Belajar dari pengalaman lalu. Kali ini Shiemz berjaya menyusukan anak kedua selama hampir 1 tahun 8 bulan. Alhamdulillah. Persediaan seawal dari mengandung anak kedua, Shiemz dah buat persedian fizikal dan mental. Antara persediaan yang Shiemz buat ialah:

  1. Kumpul maklumat – cari sebanyak mungkin ilmu penyusuan susu ibu melalui website penyusuan, blog dan forum.
  2. Pemakanan sihat – cari petua dan cara pemakanan sihat untuk diamalkan semasa kehamilan untuk membantu pembentukan kelenjar-kelenjar susu bagi memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu.
  3. Peralatan penyusuan susu ibu adalah sangat penting untuk memastikan proses penyusuan anda berjalan dengan lancar terutamanya bagi ibu yang berkerja. Contohnya pam susu, bra penyusuan dan sebagainya.
  4. Milk Booster – mencari suppliment yang boleh membantu penyusuan. Contohnya Milk Booster Terbaik Shaklee
  5. Pasang niat – Niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sangat-sangat penting. Dengan niat dan azam yang kuat berserta mindset yang kukuh dapat menyuburkan motivasi dalam diri. In sha Allah.

Alhamdulillah, dengan persediaan di atas Shiemz berjaya menyusukan anak selama 1 tahun 8 bulan. Condition anak lebih baik, jarang terkena batuk, selsema dan demam. Kalau kena batuk, selsema dan demam pun 3,4 hari dah pulih dari penyakit tersebut.

Mungkin disebabkan pengambilan suppliment berterusan sebagai Milk Booster Terhebat semasa penyusuan. Sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan imunisasi dan antibodi badan anak.

Stock yang Shiemz kumpulkan semasa dalam pantang. Time nie masih di kampung halaman. So, guna fridge mama kat kampung. Terpaksa la bercampur dengan lauk pauk.

Milk Booster Terbaik 2

Nie susu yang Shiemz pam semasa kat office. Konsisten pam 2-3 kali sehari di Office sangat membantu sekiranya anda merancang untuk mengumpul stock EBM yang banyak.

Ini stock EBM Shiemz kumpul sepanjang pantang 60 hari di kampung. Alhamdulillah seronok tengok stock EBM banyak-banyak. Bersemangat tak? Memang semangat. Lega rasanya dapat kumpul stock banyak-banyak. Bila dah start kerja, tak adalah kita nak kena pulun beria nak kumpul stock EBM. Risau bila dah start kerja nanti, banyak pula kerja di pejabat.

Inilah rahsia Shiemz berjaya kumpul stock yang banyak semasa berpantang. Semangat yang kuat, konsisten masa mengepam dan pengambilan Milk Booster Terbaik Shaklee.

Pengalaman Anak Ketiga (Nur Afiena)

Pengalaman menyusu anak kedua diadaptasikan ke sesi penyusuan anak ketiga. Kali ini berjaya menyusu anak sehingga ke 2 tahun 4 bulan! Allahuakbar! Bersyukur sangat. Condition anak sama seperti anak kedua.

  • Jarang sakit (demam, batuk, selsema)
  • Antibodi lebih kuat
  • Kulit bayi lebih cantik

Mesti anda tertanya-tanya bagaimana cara Shiemz mengumpul stock sebanyak itu. Senang sahaja, Shiemz terangkan secara ringkas.

  1. Tandem Nursing / Pumping session Consistentcy
    Anda lihat pada gambar di bawah. Sesi mengepam dilakukan ketika anda sedang menyusukan anak. Dari anda membazirkan susu yang mengalir disebelah yang tidak menyusu, baik anda pam dan simpan susu tersebut walaupun 1 oz! Ketika bayi anda menyusu, ia akan merangsang pengeluaran susu yang dikenali sebagai Lex Down Reflex (LDR). Bila anda menyusukan bayi anda, anda boleh merasa satu denyutan pada payudara anda dan dengan secara tiba – tiba susu anda akan terkeluar dengan banyaknya. Itulah dia LDR.
  2. Schedule Pumping Session
    Jadual pengepam patut dibuat semasa anda sedang berpantang. Dalam pantanglah susu akan terhasil lebih banyak. Lakukan 3 jam sekali sekiranya bayi akan tidak menyusu terutamanya bagi ibu yang sedang berkerja.Contoh Jadual Mengepam. Walaubagaimanapun, ia perlu mengikut jadual anda sendiri mengikut keadaan masa dan tempat.
  3. Pam Malam Hari Setiap Hari
    Sekiranya bayi anda jenis tidur yang lama pada waktu malam, sebaiknya anda ambil peluang untuk mengepam agar payudara anda sentiasa kosong dan merangsang untuk menghasilkan susu badan yang baru.Anda kena disiplin dan jangan malas sekiranya anda berimpian untuk mengumpul stock EBM yang banyak. Untuk pengetahuan anda, pada waktu malam kadar hormon prolaktin dalam tubuh lebih tinggi dari waktu siang kerana pada waktu inilah badan kita lebih segar dan lebih relaks.

  4. Power Pumping
    Teknik inilah teknik yang sangat membantu dalam pengumpulan stock EBM dan sangat berkesan bagi merangsang pengeluaran susu badan. Teknik inilah teknik seakan kita meniru keadaan bayi sedang menyusu badan. 
    Teknik ini perlu dilakukan selama tiga hingga seminggu dan memerlukan masa selama sejam. Seterusnya apa yang ibu-ibu perlu lakukan ialah:– Pam selama 20 minit
    – Rehat selama 10 minit
    – Pam lagi selama 10 minit
    – Rehat lagi 10 minit
    – Pam lagi selama 10 minit
    – Selesai

  5. Disiplin dan Tekad 
    Sekiranya anda ingin niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun, anda WAJIB disiplin. Wajib tekad dalam diri. Ikut jadual seperti yang anda sudah buat. In sha Allah. Shiemz yakin anda akan berjaya. Sentiasa berpegang pada prinsip Supply and Demand. 

    Peringatan : Jangan biar payudara anda betul – betul penuh sehingga 4 atau 6 jam baru pam. Itu konsep yang SALAH!

Tak susah sebenarnya nak kumpul stock EBM nie kan? Dengan niat anda yang bersungguh-sungguh pasti segala urusan penyusuan akan menjadi mudah. In sha Allah.

Pengumpulan susu (stock EBM) semasa dalam pantang sangat membantu semasa ibu memulakan kerja. Dapat jimatkan masa dan tidak kelam kabut ketika sesi mengepam tidak dapat dibuat. 

Alhamdulillah.. pengalaman sepanjang menyusukan anak sangat indah. Sebagai seorang ibu, kita perlu kuat dan kentalkan hati untuk teruskan menyusukan anak. Memang sesetengah ibu tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya selama 2 tahun, walau bagaimanapun esklusif 6 bulan pertama sangat penting membantu sedikit sebanyak imunisasi dan antibodi bayi ketika membesar.

Dalam tempoh penyusuan kali ketiga ini Alhamdulillah Shiemz berjaya turunkan berat badan sebanyak 23 kg. Dengan ilmu yang diperolehi dari Group Now Everyone Can Kurus.

So, anda jangan give up dan teruskan mencuba. Sepanjang tempoh menyusu Milk Booster Terhebat yang Shiemz gunakan sangat-sangat membantu untuk menjayakan sesi penyusuan selama 2 tahun. I love Milk Booster Terhebat iaitu Set Menyusu Shaklee. Berbaloi-baloi konsisten mengamalkannya.

TESTIMONI LAIN



Vitamin Shaklee Hamil Bersalin Menyusu lengkap

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan Milk Booster Terhebat Shaklee, boleh hubungi Shiemz seperti contact number di bawah atau boleh terus order ➳ KLIK SINI (Ini adalah Harga Retail/Runcit. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE untuk mendapatkan harga yang mampu milik dalam masa yang sama anda mampu menjana income dengan Business Shaklee)
trusted SID

  • Konsultansi PERCUMA
  • Harga MAMPU MILIK
  • PELUANG PERNIAGAAN bersama SHAKLEE

Thanks for reading!!

Related Post

Posted in: shaklee

About the Author:

Post a Comment