By January 25, 2017 0 Comments Read More →

8 Cara Hilang Mengantuk Ketika Memandu Kenderaan

Anda Selalu Mengantuk Ketika Memandu?
Dah Minum Kopi Pun Masih Mengantuk Ketika Memandu?

Mengantuk ketika memandu sudah menjadi perkara biasa terutamanya bagi mereka yang suka travel jauh ataupun semasa musim perayaan. Walaubagaimanapun ia bukanlah satu perkara yang perlu diambil mudah. Memandu ketika mengantuk sangat membahayakan diri dan penumpang malah juga membahayakan nyawa pemandu jalanraya yang lain. 

Chinch Tea Mix Mengantuk

Tahukah anda bahawa kemalangan jalanraya adalah punca kematian no 1 di Malaysia nak dibandingkan kematian berpunca daripada penyakit buah pinggang, serangan jantung, kanser dan sebagainya. Percayakah anda antara punca utama kemalangan jalanraya adalah MEMANDU KETIKA MENGANTUK? Ya betul, mengantuk ketika memandu antara punca utama kemalangan jalanraya di mana kebanyakkan pemandu kenderaan sanggup bersengkang mata demi sampai cepat ke destinasi yang ditujui.

Sanggupkah anda kehilangan orang yang tersayang gara-gara kesilapan anda sendiri? 

Chinch Tea Mix Mengantuk 2

Sumber :

Cawangan Perangkaan Trafik, PDRM Bukit Aman
Bahagian Korporat JPJ, Ibu Pejabat MIROS

Statistic WHO melalui laman web World Health Ranking, menunjukkan Malaysia berada dikedudukan yang ke 34 TERTINGGI KEMATIAN BERPUNCA DARIPADA KEMALANGAN JALANRAYA. Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan oleh kerajaan termasuklah mengadakan kempen-kempen, mengetatkan undang-undang, membaikpulih infrastruktur jalanraya dan sebagainya, namun jumlah kemalangan jalanraya pasti akan terus meningkat.

Chinch Tea Mix Mengantuk 3

Chinch Tea Mix Mengantuk 4

Salah satu punca yang boleh menyebabkan kemalangan jalanraya adalah mengantuk semasa pemanduan. Masalahnya ramai pemandu yang berpendapat mereka boleh menahan rasa mengantuk ketika memandu asalkan cepat sampai di destinasi yang ingin mereka tujui. Sebenarnya ia menyalahi cara pemanduan yang betul kerana mengantuk sebenarnya satu proses biologi yang sangat kuat sebagai tanda badan dan otak sudah keletihan dan memerlukan tidur sebagai rehat. Makanya pemanduan anda ketika itu sudah tidak stabil dan memerlukan rehat yang secukupnya untuk meneruskan perjalanan.

Antara perkara PENTING yang perlu anda titikberatkan untuk tidak meneruskan pemanduan ialah :

  • Tidak dapat fokus pada jalan dan berkhayal
  • Menguap dan mata berkelip-kelip
  • Susah mengingati beberapa batu perjalanan lepas
  • Terlepas jalan keluar
  • Kenderaan terkeluar dari garisan atau melanggar garis tepi

Chinch Tea Mix Mengantuk 5

8 TIPS HILANGKAN RASA MENGANTUK KETIKA MEMANDU

  1. Dapatkan tidur selama 7-8 jam terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.
  2. Berhenti tidur sekejap apabila rasa mengantuk. Pastikan tempat yang selamat seperti di R&R atau stesen minyak. Tidur 15-20 minit sudah memadai untuk meneruskan perjalanan.
  3. Bergilir-gilir memandu dengan pasangan setiap 2 jam. Cuba tidur apabila giliran anda tidak memandu. Berbual-bual ketika memandu. Pasangan juga memainkan peranan supaya pemandu tidak merasa jemu ketika memandu ataupun  memasang radio yang memberi impak kesegaran seperti lagu-lagu rancak, bacaan Al-Quran dan lain-lain.
  4. Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan jalanraya kerana kesesakan jalanraya antara punca anda mengantuk.
  5. Jangan terburu-buru hendak sampai ke destinasi. Bertolak awal dengan jangkaan tiba ke destinasi beberapa jam lebih awal.
  6. Bagi yang bukan muslim elakkan mengambil minuman keras. Kesan alkohol walaupun sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk.
  7. Cuba elak memandu diantara jam 12 malam sehingga 6 pagi sekiranya ini adalah waktu tidur anda. Jam biologi badan sudah ditetapkan untuk tidur dan anda akan rasa sangat mengantuk.
  8. Ambil minuman yang mengandungi kafein seperti minuman tenaga dan kopi. Kafein dapat meningkatkan daya fokus dan kecergasan untuk beberapa jam. Tapi saya mencadangkan anda untuk bertukar minuman berkafein kepada minuman yang boleh membantu berikan TENAGA SEGERA, MENGHILANGKAN MENGANTUK, MEMBANTU PEMBAKARAN KALORI (tingkatkan metabolisme badan) dan yang bestnya AWET MUDA serta SLIMKAN BADAN.

Minuman yang saya maksudkan adalah Green Tea Shaklee iaitu Cinch Tea Mix. Yang penting, Cinch Tea Mix ini tanpa kandungan gula tambahan dan juga bahan-bahan tiruan berbahaya seperti minuman tenaga keluaran lain tau.

Chinch Tea Mix Mengantuk 6

KEISTIMEWAAN CINCH ENERGY TEA MIX

  • Selamat tanpa bahan kimia dan pewarna yang merbahaya. Bebas gula
  • Menjadi penggalak tenaga semulajadi. Jadi, sangat sesuai untuk yang selalu penat bila blik kerja. Anda akan rasa lebih bertenaga selepas mengambilnya.
  • Enak diminum semasa panas dan sejuk.
  • Taurina yang dikaji secara meluas ditambah di dalam teh istimewaa ini dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Taurina ini baik untuk mata taw. ESP pun ada juga kelebihan untuk taurina ni. Jadi tak salah nak amalkannya setiap hari.
  • Pilihan terbaik untuk mereka yang gemarkan teh dan kopi. Bukan sahaja enak malah membantu mengekalkan kecergasan tubuh.
  • Cinch energy tea mix dipek dalam bungkusan kecil yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja
  • Tanpa gluten, tidak mengandungi perisa tiruan, pewarna dab bahan pemanis.
  • Teh hijau terdapat di dalam cinch energy tea mix
  • Ekslisif T-lift: Campuran Teh di dalam Shaklee cinch energy tea mix

KANDUNGAN CINCH TEA MIX

  1. Matcha Green Tea Powder

Sejenis teh hijau bagi istiadat ulung jepun. Dihasilkan secara semulajadi untuk memastikan semua nutrien, serat dan mineral yang terdapat di dalam daun tidak hilang. Matcha Greaan tea powder juga berfungsi sebagai antioksidan

  1. Ekstrak Teh Merah

Didalam tea merah terdapat antioksidan yang paling berkuasa iaitu polifenol yang bertindak sebagai penghalang kanser dan membantu menghalang kanser dari merebak. Polifnol membnatu menghalang kerosakan akibat serangan radikal bebas.

  1. Ekstrak Teh Putih

Juga dikenali sebagai teh hijau muda yang mempunyai kandunagn antioksidan yang lebih tinggi berbanding dengan teh hijau.

  1. Ekstrak Teh Merah Rooibos

Rooibos merupakan tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan. Ia kaya dengan sebatian polifenol yang berfungsi sebagai antioksidan.

TESTIMONI PENGGUNA CINCH TEA MIX

Walau apapun pilihan anda, Shiemz mendoakan kesejahteraan anda sepanjang perjalanan anda ke destinasi yang anda ingin tujui.
Sekiranya anda sangat-sangat berminat untuk mendapatkan Chinch Tea Mix Shaklee, anda boleh menghubungi Shiemz untuk mendapat Chinch Tea Mix Shaklee dengan harga yang berpatutan. boleh hubungi Shiemz seperti contact number di bawah atau boleh terus order ➳ KLIK SINI
(Ini adalah Harga Retail/Runcit. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE untuk mendapatkan harga yang mampu milik dalam masa yang sama anda mampu menjana income dengan Business Shaklee)

Related Post

Posted in: shaklee

About the Author:

Post a Comment