By November 28, 2016 0 Comments Read More →

My Review : Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

Salam Isnin buat semua rakan blogger. Shiemz doakan kalian dirahmati Allah SWT hendaknya.
Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 1
Semalam berkesempatan bawa anak-anak tengok movie ‘Upin Ipin Jeng Jeng Jeng’. Memandangkan dah start cuti sekolah kan. Anak-anak ajak tengok Movie Upin Ipin. So, tak nak mengecewakan diorang, ku pun order je la online. Senang mudah dan tak payah nak beratur kan. Anak ramai-ramai nie kena cari inisiatif yang paling cepat dan mudah. HeheSemalam booking tiket petang jam 4.30 dekat Wangsa Walk paling dekat dengan rumah. 
upin-ipin-jeng-jeng-jeng 2

Movie ‘Upin Ipin Jeng Jeng Jeng’ nie diarahkan oleh Erma Fatima. Manakala barisan pelakon terdiri daripada Asyiela Putri (pelakon suara Upin Ipin), Puteri Balqish (Aqish), Awie (Awie), Sara Ali (Noreen), Remy Ishak (Bo), dan Gambit (Zaman).

852118755_6565_3334954849211369327

SINOPSIS Movie ‘Upin Ipin Jeng Jeng Jeng’

 

Mengisahkan kehidupan seorang anak yatim, Aqish yang tinggal di Rumah Anak Yatim bersama rakan-rakan yang lain. Aqish sangat meminati watak animasi kembar Upin Ipin sehingga tanpa disangka, Upin Ipin muncul di depan mata Aqish. Hanya Aqish boleh melihat Upin Ipin.

Setiap kali Upin Ipin muncul, mesti bersama perkataan, “Jeng, Jeng, Jeng”.

Rumah Anak Yatim ini dikendalikan oleh Noreen yang mendapat amanat daripada arwah Ayahnya untuk meneruskan pengendalian rumah tersebut dan tidak sesekali memisahkan semua kanak-kanak dalam rumah itu.

Tragedi berlaku apabila Zaman datang untuk mengambil alih hak tanah Rumah Anak Yatim kerana dia merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut. Sebenarnya, Zaman dikejar oleh penuntut hutang along dan dengan cara menjual tanah itu saja mampu untuk membayar hutangnya kepada along.

Aqish mula berbincang dengan rakan-rakannya untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim mereka. Dan ketika ini, muncul Awie dan Bo. Awie adalah penyanyi rock yang terkenal suatu masa dahulu dan kini turut mengalami masalah kewangan. Bo pula kawan merangkap PA Awie.

 
852110618_63668_8678965535134886329
 

Awie, Bo, dan Noreen bersama-sama berusaha untuk menyelamatkan Rumah Anak Yatim. Zaman menjadi abang yang baik kerana turut sama-sama untuk menyelamatkan rumah tersebut.

Mereka berempat bekerjasama mencari sponsor untuk mengadakan satu konsert amal bagi mendapatkan dana untuk membayar hutang Zaman kepada along tersebut.

Akhirnya, konsert rock Awie berjaya diadakan bersama penampilan istimewa Upin Ipin.

 

REVIEW “Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng”

Secara ikhlasnya, Shiemz suka dengan movie ‘ Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng’ walaupun kelihatan watak Upin Ipin seperti watak pembantu sahaja.

Sebab apa Shiemz cakap seperti watak pembantu, sebabnya watak Upin Ipin nie keluar ketika Aqish atau scene dalam kesusahan je. Tapi bagi Shiemz, not badlah. Anak-anak pun happy dan tengok kanak-kanak dalam panggung pun happy. Siap bergelak-gelak dan ada juga follow menyanyi sama-sama bila ada scene menyanyi.

Shiemz dan husband pun tak jugak boring tengok movie nie. Kita orang pun tumpang gelak jugak layan movie nie. Shiemz ada baca review dari beberapa blog dan dengar komen dari kawan-kawan, movie ‘Upin Ipin Jeng, Jeng, Jeng’ tak best dan mengecewakan. Maybe terpulang cara penerimaan masing-masing.

Gabungan animasi dan watak sebenar sangat bagus. Menunjukkan bahawa, teknik animasi di negara kita semakin improve. Nampak agak real dan ia nampak sebati. Terbaik!

Last movie ada trailer filem Upin Ipin The Movie, released tak pasti bila. Nampak macam best!  Ini mesti anak-anak ajak pegi tengok jugak nie. Hehe.. So, keseluruhan Shiemz nak bagi berapa bintang yaaaa?? hehe..

 

Dengan ini, Shiemz nak bagi

3.8 / 5

BINTANG

 

Okla kan, tak boleh bagi fullmark. Nanti tak ada improvement. Lepas nie kena buat lagi best dari yang ini. In sha Allah

852117123_6611_9365029625190661066

852108695_63531_7246870087569047136

Okla kan, tak boleh bagi fullmark. Nanti tak ada improvement. Lepas nie kena buat lagi best dari yang ini. In sha AllahNampak tak happy anak-anak mama papa nie bila bawa datang tengok movie. Kemain lagi kaklang Afiena berposing ikut style kakngah. Abanglong pulak dah nampak big boy sangat, posing ala syarat aje. Haha.. Tahun depan ada lagi sorang tak tahu la macamana perangai. Haha… Mama papa happy bila tengok anak-anak happy.

Lepas tengok movie, papa bawa pegi makan. Pekena Nasi Briyani Vanggey. Fuh kenyang.. Sebab last makan time breakfast je. Hehe.. Alhamdulillah….

852115826_6318_4636375866437886178

 

 

Related Post

Posted in: Kisah Kehidupan

About the Author:

Post a Comment