By November 5, 2016 2 Comments Read More →

Kurus Dan Sihat Selepas Turun Berat Badan 18 Kg

Pada mulanya tiada usaha dan sikap ambil mudah terhadap kenaikan berat badan ketika usia menginjak 34 tahun mengundang masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan bengkak hati.

Gara-gara kenaikan berat badan sikit demi sedikit dari 65 kg ke 85 kg selama 10 tahun selepas perkahwinan, seorang bekas peserta Program Now Everyone Can Kurus Batch 3 yang dikenali sebagai Azlan (34 Tahun) telah disahkan menghadapi masalah bengkak hati dan tekanan darah tinggi (hypertension).

Penyakit bengkak hati dan tekanan darah tinggi bukanlah penyakit yang boleh diambil mudah. Sebab itulah Azlan betul-betul tekad untuk kembali sihat dan ingin menurunkan berat badan.

Testimoni Azlan Turun Berat Badan

Sebelum 83 kg dan selepas 65 kg

Turun Berat Badan High Blood

“Sikap saya yang tidak mengambil berat mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada saya. Yang paling kritikal, pada usia muda saya ada masalah tekanan darah tinggi”. – Azlan
Turun Berat Badan Keluarga
“Selain itu, doktor juga memaklumkan kepada saya, saya mungkin ada masalah bengkak hati. Masya Allah. Takutnya saya pada waktu itu hanya Allah yang tahu.
 
Mata putih saya tidak berwarna putih. Tetapi berwarna putih kekuningan. Saya sangat takut pada waktu itu. Doktor menasihatkan saya untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan.

Pada waktu itu, saya hanya terbayang anak isteri saya sahaja”. 
– Azlan

turun berat badan Azlan 1

Turun Berat Badan Azlan 2

KEHIDUPAN MULA BERUBAH

Begitulah permulaannya kisahnya Azlan. Beliau tekad untuk menurunkan berat badan sehinggalah beliau menemui Program Now Everyone Can Kurus. Kehidupan beliau mula berubah apabila beliau menyertai Program Now Everyone Can Kurus Batch 3 yang bermula pada 1 April 2015 selama 100 hari (ketika itu).

Turun Berat Badan Senaman

“Saya mula ubah gaya hidup saya. Saya mula bersenam. Yang best mengenai NECK ini, kami hanya bersenam dari rumah. Tak perlu pergi gym, tak perlu keluar rumah. Saya bersenam dari dalam rumah sahaja. Kami digalakkan oleh coach untuk pakai baju hujan dalam rumah ketika bersenam. Disamping itu, kami juga akan bawa beg yang diisi dengan pemberat. Semua ini untuk memberi kesan maksima dalam senaman yang kami lakukan”. – Azlan

makanan

“Ini makanan kegemaran saya. Saya akan bawa bekal ke pejabat untuk makan pada pukul 10 pagi. Untuk makluman anda, dalam program NECK, kami diajar untuk makan 5 kali sehari mengikut kalori yang diperlukan oleh badan. So, kami boleh makan apa sahaja yang kami nak makan asalkan masih dalam kalori yang betul”. -Azlan

PUNCA DAN PENYELESAIAN KENAIKAN BERAT BADAN

  • Makan berlebihan tanpa mengira keperluan kalori seharian

Penambahan berat badan seseorang juga berlaku apabila kita mengambil makanan secara berlebih-lebihan tanpa mengikut keperluan kalori dalam sehari. Faham-faham sajalah bila makan masakan isteri, sedap pula tu. Mampukah seorang suami menolak? Sudah tentulah tidak.

Ditambah pula tanpa ilmu pemakanan yang sihat, si isteri mungkin masak masakan yang berunsurkan minyak, santan, goreng dan sebagainya. Manakala si suami pula makan tidak mengikut jadual, sudah tentu ia penyumbang utama penambahan berat badan.

  • Tekanan di tempat kerja

Tekanan juga berhubungkait dengan penambahan berat badan kerana apabila berlakunya tekanan dalam diri seseorang terutamanya mereka yang berada dalam keadaan stres yang berpanjangan, ia cenderung untuk makan lebih banyak tanpa kawalan.

Secara psikologinya, masyarakat beranggapan apabila stres perlu makan banyak. Sebenarnya itu tidak sepatutnya berlaku dan amat merugikan.

Kawal emosi tekanan (stress) dengan melakukan perkara yang berfaedah dan fokus kepada perkara yang lebih positif.

  • Tidak bersenam

Senaman dan pemakanan adalah salah satu prinsip yang tidak boleh kita pisahkan. Prinsip penurunan berat badan sebanyak 1 kg memerlukan pembakaran sehingga 7,700 kalori (rujuk Calorie Counter).

Apabila kita mempunyai asas pengetahuan dalam pengiraan kalori ini, kita boleh mengambil makanan mengikut nilai kalori dan bersenam mengikut jumlah kalori diambil. Dengan cara ini, lebih mudah untuk kita menurunkan berat badan.

Maka, jadikanlah senaman sebagai satu rutin yang mana ia mampu menjana kehidupan yang lebih sihat. Lakukan senaman secara konsisten hanya dari rumah. Senaman banyak membantu dalam penurunan berat badan.

Rujuk Link berkaitan :

SERTAI PROGRAM NOW EVERYONE CAN KURUS (Program Turun Berat Badan Secara Online No 1)

Kebanyakkan peserta berjaya menurunkan berat badan dengan menyertai Program ini dan program ini telah pun berada di Batch 22 sejak Feb 2015. Program ini dijalankan secara ONLINE dan dikendalikan oleh seorang Coach dan beberapa orang crew. Jadi di dalam program ini Azlan dan peserta lain diberi ‘task’ untuk melakukan beberapa jenis senaman setiap hari hanya di rumah (tak perlu ke gym) dan segala pemakanan juga dipantau sepenuhnya.

Kelebihan Program Now Everyone Can Kurus ialah :

  • Wajib makan NASI setiap hari.
  • Wajib waktu makan 5 kali sehari
  • Menggunakan Formula Mudah M.E.S.T.I Kurus
  • Tak perlu pergi ke Gym – boleh kurus dari rumah
  • Tak perlu ke kelas / seminar – 100% Online Coaching (Telegram)
  • Ada COACH & CREW yang akan Monitor Progress dan support 24/7
  • Peserta diajar memilih dan menyediakan Makanan Sedap dan Sihat
  • Ada Kawan2 Positif yang High Energy untuk Kurus
  • Group Support KHAS untuk Breastfeed Mom & Special Case & Injury (SCI)

Alhamdulillah sejak join Program ini, Azlan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kg selama 100 hari. Beliau semakin faham cara untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya sekiranya kita tahu dan faham, memang mudah menurunkan berat badan tanpa ubat kurus pun.

Malah badan semakin sihat dan fit sebab sentiasa bersenam dan tidak bergantung harap dengan hanya menjaga pemakanan sahaja.

Perkara paling penting yang perlu kita faham ialah 70% jaga pemakanan dan selebihnya 30% senaman bagi menentukan kejayaan dalam menurunkan berat badan. Kalau kita bersenam bagai nak rak pun tapi pemakanan kita tak jaga, tiada maknanya.

SUPPLIMENT SET TURUN BERAT BADAN SHAKLEE

Suppliment ini yang kami cadangkan untuk para peserta dalam proses menurunkan berat badan. Sebenarnya kalau nak turunkan berat badan, kita mungkin tak perlu ambil suplemen. Kecuali orang itu benar-benar berjaya turunkan berat badan tanpa suppliment dan dia benar-benar komited.

Namun, saya nak tanya anda satu persoalan. Bolehkah anda betul-betul bagi komitment 100% untuk menjaga pemakanan dengan mengambil makanan yang sihat sahaja dan melakukan senaman setiap hari?

Kalau betul anda boleh, saya akan katakan pada anda “anda tak perlu suppliment untuk turunkan berat badan”. Tapi perlu diingatkan suppliment Shaklee bukan ubat kurus tetapi lebih kepada supplimment kesihatan. Anda nak kurus dan anda wajib sihat.

Tapi saya yakin, anda cakap sahaja anda boleh kurus dan sihat tanpa suppliment sebab anda tidak mahu labur untuk beli suppliment. Tapi diingatkan ‘IF YOU THINK WELLNES IS EXPENSIVE THEN TRY ILLNESS’. Apepun saya doakan anda kurus dan sihat.

set-turun-berat-badan

CARA PEMBELIAN

Sekiranya anda komited untuk turunkan berat badan dan berminat untuk menyertai Program Now Everyone Can Kurus (NECK) bolehlah menghubungi Shiemz untuk mengetahu syarat-syarat penyertaan program dengan kadar segera. Ingat, SIHAT paling utama dan KURUS itu adalah BONUS.

free-green-backgrounds-free-300x188

Related Post

About the Author:

2 Comments on "Kurus Dan Sihat Selepas Turun Berat Badan 18 Kg"

Trackback | Comments RSS Feed

Post a Comment