By November 22, 2016 0 Comments Read More →

Pengalaman Minum Air Gula dan Ujian Darah

Risiko kencing manis (diabetis) di kalangan ibu hamil sangat tinggi, sebab itu semua ibu hamil disarankan untuk minum air gula dan menjalani Ujian Darah (MGTT).

APAKAH UJIAN DARAH (MGTT)?

Ujian Ujian Darah (MGGT – Modified Glucose Tolerance Test) digunakan untuk mendiagnosis penyakit kencing manis (diabetis) terutamanya wanita yang sedang hamil. Ujian ini akan mengesan samada mereka menghidap kencing manis (diabetis) ataupun tidak.

minum air gula dan Ujian Darah (MGTT) 1

SIAPAKAH YANG PALING BERISIKO MENGHIDAP KENCING MANIS (DIABETIS)?

Terdapat beberapa faktor yang boleh meletakkan mereka dalam risiko menghidap kencing manis (diabetis). Antara berikut faktor-faktor bagi ibu-ibu hamil yang berkemungkinan menghadapi kencing manis (diabetis) :

  • Obes (dengan BMI lebih daripada 30);
  • pernah melahirkan bayi besar dengan berat 4kg atau lebih;
  • pernah menghidap kencing manis (diabetis) dalam kehamilan sebelum ini; atau
  • sejarah keluarga yang sedang menghidapi penyakit kencing manis (diabetis).

minum air gula dan Ujian Darah (MGTT) 2

KESAN KEPADA IBU

  • Hyper/hypoglycaemia (kandungan glukos yang berlebihan atau berkurangan dalam darah)
  • Jangkitan kuman di bahagian vagina
  • Keguguran
  • Polihydramnios (air ketuban berlebihan)
  • Preeclampsia (hypertension)
  • Komplikasi retinopati dan buah pinggang

KESAN KEPADA ANAK

  • Berat bayi melebihi 4kg
  • Mati dalam kandungan (lemas semasa lahir)
  • Kurang glukos dalam darah
  • Kecederaan pada saraf

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN SEKIRANYA MENGHIDAPI KENCING MANIS (DIABETIS)

  • Pemantauan rapi dari Klinik Kesihatan
  • Mematuhi segala temujanji dan rawatan yang ditetapkan
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Pemeriksaan paras glukos berperingkat di rumah

minum air gula dan Ujian Darah (MGTT) 3

PENGALAMAN (MINUM AIR GULA & UJIAN DARAH MGGT)

10 jam sebelum Ujian Darah (MGGT), setiap ibu hamil perlu berpuasa. Jadi Shiemz diwajibkan berpuasa bermula jam 10 malam agar keberkesanan Ujian Darah (MGGT) pada jam 9 pagi esoknya berhasil. No makan no minum. So menahan kelaparanlah sepanjang 10 jam tu.

Sampai je di Klinik Kesihatan Tangling, perkara yang pertama prosedur yang Shiemz kena buat ialah ambil darah sebanyak 5 ml di bahagian lengan. Nak kata sakit tu tak adalah sakit sangat ketika ambil darah tu. Tapi boleh tahan rasa seperti ibu semut api gigit. Heheminum air gula dan Ujian Darah (MGTT) 4

Selepas prosedur ambil darah, bermulalah episod minum air gula. Sepanjang 4 kali minum air gula (4 anak), inilah pertama kali Shiemz kena minum air gula perisa oren. Sebelum nie plain je. Apepun, perisa oren ke plain ke yang pasti, air gula tu memang betul-betul manis dan pekat. Nasib baik Shiemz boleh minum tanpa rasa bersalah! Hehe.. Sekali teguq je. Kejap lagi Shiemz bagi tips minum air gula.

Selepas minum air gula, Shiemz kena tunggu selama 2 jam pula untuk ambil darah seterusnya. Sementara menunggu dalam tempoh 2 jam tu, Shiemz tak dibenarkan kemana-mana. Mungkin nurse takut ibu-ibu hamil pengsan ke kan. Sebab sesetangah orang akan rasa pening selepas minum air gula tu. Alhamdulillah.. Shiemz tak ada rasa apa-apa pun selepas minum air gula tue. Steady!

minum air gula dan Ujian Darah (MGTT) 5

Dalam tempoh 2 jam, Shiemz dah standby majalah. Kononnya nak baca. Tapi sepanjang tempoh 2 jam tu, Shiemz dah ada appointment dengan nurse untuk check HB, berat, scan heartbeat baby, ujian air kencing dan juga pemeriksaan gigi. Jadinya sudah tentulah dalam 2 jam tu terisi dengan pelbagai aktiviti kan. Alhamdulillah…

minum air gula dan ujian darah (mggt)

Selepas 2 jam, prosedur ambil darah sekali lagi. Kali ni nurse ambek 3 kali cucuk!! Sebabnya cari urat tak kena. Menahan aje lah. Nasib baik Shiemz seorang ibu yang hebat! haha.. Selepas ambil darah kali kedua, makanya prosedur minum air gula dan Ujian Darah (MGTT) pun selesai dan Shiemz pun dibenarkan makan. Ape lagi, pekena ikan bakar Tangling lah.. Laparkan! Lebih dari 10 jam kot.. Hehe

image_2

Gambar (Hasil google)

Hasil ujian minum air gula dan Ujian Darah (MGTT), next check up baru tahu. Tapi ikut sejarah 3 kali pregnant Alhamdulillah LULUS semua Ujian Darah (MGGT) tue. Jadi, anda nak TIPS MINUM AIR GULA tak? Sebab ada sesetangah orang ambil masa dekat sejam nak habiskan air gula tue dan ada juga sesetengah orang akan muntah balik air gula yang di minum tu. Kena ingat! Sekiranya anda muntah selepas minum air gula dalam tempoh 2 jam tu, anda WAJIB ULANG minum air gula pada hari yang ditetapkan. Jadi kena berhati-hati tau!

TIPS MINUM AIR GULA

  1. Jaga pemakanan – sebelum jam 10 anda berpuasa tu, hadkan pengambilan makanan. Makan makanan seimbang agar anda terasa kenyang dan minum air kosong sebanyak yang boleh.
  1. Minum dengan cepat – ketika nak minum air gula tu, minum dengan cepat. Jangan minum sikit-sikit dan terlalu banyak berfikir. Kalau boleh minum sekali harung! Tutup hidung kalau tidak tahan bau.
  1. Kumur mulut selepas minum dan teguk air kosong sedikit – Rasa manis gula sudah tentu kita akan merasa loya, jadi selepas minum air gula pastikan anda berkumur dan kemudian teguk sedikit air kosong untuk menghilangkan rasa manis di tekak.
  1. Berehat di tempat yang selesa – Kalau anda rasa pening atau nak pitam, cari kedudukan tempat yang bersesuaian. Cari tempat yang ada udara yang sedikit segar dan tidak berbau agar ia dapat menghindarkan anda untuk merasa ingin muntah.
  1. Fokus Minda dan Rasa – selepas minum air gula, fokuskan minda anda dengan perkara-perkara yang boleh menghindarkan dari berasa tidak selesa. Baca majalah atau berjalan membaca poster-poster kesihatan di dinding dalam Klinik Kesihatan.

Anda pernah minum air gula dan menjalani dan Ujian Darah (MGTT)? Jom kongsikan! Semoga perkongsian dan pengalaman Shiemz dalam menjalani prosedur minum air gula dan Ujian Darah (MGTT), memberi manfaat buat semua ibu hamil yek. Happy reading!

Ingin Set Hamil, Bersalin dan Menyusu Shaklee?

Boleh hubungi Shiemz dengan kadar segera.

set-hamil-berpantang-menyusulengkap

 

trusted SID

 Konsultansi PERCUMA

Harga MAMPU MILIK

PELUANG PERNIAGAAN bersama SHAKLEE


Daftar Ahli Shaklee 1176644

Thanks for reading!!

 

Related Post

Posted in: shaklee

About the Author:

Post a Comment