By November 2, 2016 2 Comments Read More →

Kolestrol Tinggi Pembunuh Senyap Anda

Sebenarnya kolestrol boleh dicegah sebelum menjadi kolestrol tinggi dalam tubuh badan yang mana ia dapat mengancam nyawa seseorang. Banyak cara untuk mencegah dan menurunkan kolestrol tinggi tanpa ubat atau bahan kimia.

Walaubagaimanapun kolestrol tinggi dalam darah akan semakin meningkat sekiranya seseorang mengamalkan pemakanan yang berlemak atau dengan erti kata lain mengamalkan gaya hidup yang tidak seimbang. Jangan ambil mudah dengan adanya kolestrol dalam badan, jika kita terleka kolestrol tinggi akan menyerang sesiapa sahaja tidak kira tua atau muda. Kolestrol tinggi pembunuh senyap anda!

kolestrol-tinggi

Walaubagaimanapun tak semua kolestrol itu berbahaya. Ada juga kolestrol yang diperlukan dalam badan bagi membentuk dinding sel sebagai bahan asas sumber tenaga. Secara asasnya kolestrol dihasilkan oleh tubuh yang berasal dari organ hati sebanyak 80% dan 20% daripadanya adalah berasal daripada sumber pemakanan yang diamalkan setiap hari.

Umumnya, tiada gejala yang ditunjukkan ke atas mereka yang mengidap kolestrol kecuali mereka membuat pemeriksaan darah di mana-mana pusat kesihatan. Sekiranya kolestrol dalam darah meningkat naik secara mendadak, serangan jantung atau pembuluh darah tersumbat boleh menyerang secara tiba-tiba. Jadi jangan dipandang remeh dengan kolestrol tinggi yang mana ia tidak hanya terjadi kepada orang yang lebih tua tetapi boleh juga terjadi kepada remaja.

kolestrol tinggi 2

BAGAIMANA PEMBULUH DARAH TERSUMBAT / SERANGAN JANTUNG TERJADI

Atherosclerosis atau pembuluh darah tersumbat pula terjadi apabila terlalu banyak lemak atau kolestrol jahat yang menempel di dinding pembuluh darah yang mana ia menyukarkan oksigen masuk ke otot jantung. Sehingga ia boleh menyebabkan rasa sakit dibahagian dada yang mana boleh menyebabkan serangan strok atau kematian secara tiba-tiba kerana serangan jantung.

kolestrol tinggi pembulu darah

Serangan jantung atau dikenali sebagai infark miokard pula terjadi apabila oksigen dari darah berkurangan disebabkan oleh pengumpalan darah, lemak atau kolestrol serta unsur lain. Secara tidak langsung akan berlaku gangguan aliran darah ke jantung.

kolestrol tinggi serangan jantung

Antara gejala penderita sakit jantung ialah :

  • Sesak napas.
  • Sakit atau nyeri di bahagian dada.
  • Merasa lemah dan pening kepala.
  • Sangat gelisah atau cemas.

CARA MENGATASI KOLESTROL TINGGI

Kebanyakkan yang mengalami masalah kolestrol tinggi adalah cara pemakanan yang diambil setiap hari tidak seimbang. Terutamanya makanan berlemak dan berminyak mampu meningkatkan kadar kolestrol tinggi dalam badan. Oleh itu amalkan pemakanan yang sihat mengikut piramid pemakanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

kolestrol tinggi nama makanan

Makan makanan yang direbus, dipanggang dan dibakar mampu mengurangkan masalah kolestrol dalam badan. Kurangkan pemakanan yang bergoreng sebaiknya.

kolestrol tinggi rokok bahaya

Ramai remaja zaman kini mengalami masalah kolestrol tinggi disebabkan oleh rokok, yang mana merokok mampu memberi kesan penurunanan fungsi kolestrol yang baik dan merokok mampu membawa kolestrol jahat ke hati disebabkan oleh bahan kimia rokok tersebut. Sebaiknya, berhentilah merokok yang mana rokok membahayakan kesihatan.

kolestrol tinggi cara mengurangkan

Selain itu, kurangnya aktiviti riadah / kurang pergerakan. Sudahlah pemakanan yang diamalkan tidak sihat, kuat merokok ditambah pulak kurang membuat pergerakkan. Secara tidak langsung kolestrol yang tidak sihat tadi akan semakin bertambah. Lakukan senaman ringan secara konsisten setiap hari dan tidak perlu senaman berat atau ke gym. Cukup sekadar bersenaman hanya di rumah.

Link berkaitan :

Bagi mengatasi masalah kolestrol tinggi, selalulah membuat pemeriksaan darah di mana-mana klinik kesihatan suapaya kita tahu kondisi tubuh badan kita. Lakukan secara berkala agar kita dapat memantau kondisi tubuh badan kita secara keseluruhan.

kolestrol tinggi check darah

Terutamanya bagi mereka yang memiliki berat badan yang berlebihan, tekanan darah tinggi, diabetis, perokok ataupun bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga sakit jantung atau strok.

SUPPLIMENT KOLESTROL TINGGI

Bagaimanapun apa jenis penyakit pun, baiklah kita ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Saya nasihatkan anda agar sentiasa merujuk kepada doktor dahulu sebelum mengambil sebarang suppliment. Ini adalah kerana bimbang suppliment mempunyai tindakbalas negetif kepada ubat-ubatan yang anda ambil.

Bagi mencegah dan mengawal kolestrol dalam badan, anda harus ingat bahawa suppliment bukanlah ‘ubat ajaib’ boleh menjadikan anda sihat sekelip mata.

Walaubagaimanapun, pengambilan suppliment terutamanya suppliment Shaklee secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat yang disebutkan boleh membantu anda.

 kolestrol tinggi set shaklee

TESTIMONI SEBENAR PENGHIDAP KOLESTROL

Sekiranya anda sangat-sangat berminat untuk mendapatkan Set Kolestrol Shaklee setelah anda mengetahui kandungan dan nilai sebenar Set Kolestrol Shaklee, anda boleh menghubungi Shiemz untuk mendapat Set Kolestrol Shaklee dengan harga yang berpatutan. boleh hubungi Shiemz seperti contact number di bawah atau boleh terus order ➳ KLIK SINI

(Ini adalah Harga Retail/Runcit. Walaubagaimanapun, anda disarankan untuk mendaftar sebagai AHLI SHAKLEE untuk mendapatkan harga yang mampu milik dalam masa yang sama anda mampu menjana income dengan Business Shaklee)

THANKS FOR READING!!

Related Post

Posted in: SET SHAKLEE

About the Author:

2 Comments on "Kolestrol Tinggi Pembunuh Senyap Anda"

Trackback | Comments RSS Feed

Post a Comment