By November 10, 2016 0 Comments Read More →

6 Cara Mudah Nak Kurus Dengan Karbohidrat

Nak kurus dengan karbohidrat tapi takut gemuk? Pernah anda terfikir bagaimana cara mudah nak kurus dengan karbohidrat?

Adakah anda merasakan nak kurus dengan kaibohidrat sehari amat mengerikan anda?

Secara jujurnya, perkara ini bukan menjadi satu kesalahan buat anda yang NAK KURUS DENGAN KARBOHIDRAT sebab dah bertahun lamanya anda hidup dengan adanya KARBOHIDRAT dalam pemakanan seharian anda. Sebenarnya KARBOHIDRAT memang terkandung dalam segala pemakanan kita seharian samada anda mahu mengiyakan atau tidak, itulah realitinya. Termasuklah nasi, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain.

nak kurus dengan karbohidrat

Jadi mana mungkin kita boleh hidup tanpa karbohidrat sehariankan? Nak kurus dengan karbohidrat itu boleh tapi perlu tahu caranya. Tanpa karbohidrat badan kita sudah tentu lesu tidak bermaya (sumber tenaga).

Bagaimana cara anda nak kurus dengan karbohidrat? Anda perlu bersedia nak kurus dengan karbohidrat demi kesihatan yang lebih baik, saya akan bantu anda yang nak kurus dengan karbohidrat. Macamana? Adakah anda bersedia?

Sekiranya anda memilih jalan nak kurus tanpa karbohidrat, sangat kesian. Sebenarnya ada cara mudah nak kurus dengan karbohidrat. Kalau anda tahu caranya sudah tentu anda akan dapat banyak faedah yang mana faedah yang anda lihat ini akan memotivasikan anda untuk terus berada di laluan gaya hidup yang sihat.

APAKAH KARBOHIDRAT

Sebelum anda nak kurus dengan karbohidrat anda kena faham, apa itu karbohidrat. Karbohidrat adalah sejenis nutrisi yang diperlukan dalam tubuh badan kita untuk member tenaga. Masyarakat sebenarnya kurang memahami sumber karbohidrat yang sihat sehingga mereka beranggapan karbohidrat punca kegemukan.

Karbohidrat ada 2 jenis iaitu karbohidrat kompleks dan karbohidrat sederhana.

Karbohidrat kompleks ialah makanan berkarbohidrat berindeks glikemik rendah. Yang mana karbohidrat jenis ini mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan sukar terurai menjadi glukosa. Jadi, karbohidrat jenis ini membuat kita berasa lebih kenyang.

Contohnya : beras merah, jagung, kekacang, oatmeal, kentang, pisang

Karbohidrat sederhana ialah makan berindeks glikemik tinggi. Yang mana ia cepat dicerna dan mudah terurai menjadi glukosa.

Contohnya : gula, donut, kuih muih, mee instant

KELEBIHAN KARBOHIDRAT

Ini penting untuk anda tahu betapa pentingnya nak kurus dengan karbohidrat. Karbohidrat yang sihat mempunyai kelebihan bagi menentukan kejayaan diet anda. Antara kelebihan karbohidrat dalam diet anda ialah :

  • Memberi sumber tenaga bagi tubuh

Kelebihan utama  karbohidrat sebagai bahan bakar tubuh untuk memberi tenaga (energi) untuk melakukan sebarang aktiviti harian. Tanpa sumber tenaga dalam badan, sudah tentu kita sukar melaksanakan tugasan seharian disebabkan lemah dan kelesuan.

  • Untuk proses metabolisma

Tanpa kalori dari karbohidrat, metabolisma tidak boleh berkerja dengan baik. Kebanyakkan orang yang berdiet, beranggapan mengurangkan pengambilan karbohidrat dapat membantu mereka menurunkan berat badan secara lebih cepat. Realitinya tanggapan mereka salah.

Walaupun anda boleh menurunkan berat badan tanpa karbohidrat tapi sebenarnya ia melambatkan peningkatan metabolisma dalam badan dan proses kenaikan berat badan menjadi cepat sekiranya anda berhenti dari kawal pemakanan (diet).

Jadi, anda perlu bijak memilih karbohidrat yang sihat ketika kawal pemakanan untuk dijadikan sumber tenaga dan peningkatan metabolisme lebih baik.

  • Meningkatkan kualiti tidur

Pengambilan karbohidrat dari sumber yang sihat boleh mengimbangi kadar gula dalam darah dan insulin dalam badan agar ia tidak menggangu hormon dan kualiti tidur anda.

  • Membantu fungsi otak

Walaupun karbohidrat bukan nutrisi utama bagi otak tetapi ia memberi energi kepada otak berfungsi lebih baik. Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, beras merah semuanya makan yang mempunya karbohidrat yang sihat membantu dalam fokus mental dengan lebih baik malah membuatkan anda berdiet dengan lebih baik.

Kekurangan karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan anda berasa pening, hilang fokus dan cepat merasa tertekan.

6 CARA MUDAH NAK KURUS DENGAN KARBOHIDRAT?

  • CARA 1 : Mindset/focus

Sekiranya anda nak memulakan sesuatu, mindset sangat penting bagi menentukan samada berjaya atau tidak sesuatu target anda. Maka, sekiranya anda target nak kurus dengan karbohidrat, anda perlu kenal karbohidrat sihat anda.

nak kurus dengan karbohidrat mindset

Pengambilan karbohidrat secara berlebihan boleh menyebabkan anda berkecenderungan untuk menaikkan selera anda dan meninggikan keinginan untuk makan sesuatu yang lebih manis. Ini akan membuatkan anda berasa mahu, mahu dan mahu lagi.

Oleh itu, mindset kena ubah dan focus kepada keperluan diet anda dengan mengurangkan semua jenis pemanis seperti madu, crimer, 3 in 1 dan lain-lain lagi.

  • CARA 2 : Jadualkan waktu pemakanan anda dari 3 kali sehari ke 5 kali sehari

 Selalunya kita dengar orang berdiet, makan 3 kali sahaja sehari tetapi kenapa saya cadangkan anda makan 5 kali sehari? Amacam, best tak? Kalau anda tak makan gemuklah jadinya. Bertambah susahlah anda turunkan berat badan.

meal-plan

Ha,  macamana tu ye? Macam tak percaya..

Sebenarnya konsep diet yang betul ialah makan kerap dalam portion yang kecil tetapi kita akan sentiasa berasa kenyang nak dibandingkan anda jarang makan tapi portion banyak. Memang anda sentiasa craving. Jadual waktu cadangan ialah :

  1. Breakfast 7-8 pagi
  2. Snack 10 pagi
  3. Makan tengahari 12 tengahari – 2 ptg
  4. Snack 4 petang
  5. Dinner 7 – 8 malam

Kekerapan jadual pemakanan boleh meningkatkan lagi metabolisma tubuh anda dan badan anda mampu berkerja membakar kalori dengan lebih baik. Paling penting jadual pemakanan anda ini mesti mengikut Jadual Piramid Pemakanan yang disarankan KKM.

piramid makanan

  • CARA 3 : Makan sarapan yang rendah kadar karbohidrat yang tinggi lemak dan lebihkan protein

Untuk sarapan haruslah yang dipenuhi dengan lemak yang sihat dan tanpa lemak, low-salt protein seperti: telur putih, avocado, ayam. Ini kerana penambahan lemak yang sihat, akan memberi anda tenaga dan membuat perut anda sentiasa kenyang.Tetapi perlu diingatkan anda perlu berhati-hati untuk tidak mengambilnya secara berlebihan perlu mengikut kalori intake sehari.

nak kurus dengan karbohidrat low carb

  • CARA 4 : Buang sebarang makanan yang tidak diperlukan dalam diet anda

Makanan yang tidak sihat seperti fastfood, instant food, 3 in 1 dan sebagainya perlu dibuang di rumah anda. Sentiasa memeriksa label pada pacakaging makanan anda.

Ini salah satu situasi yang mana ramai orang tidak sedar ia adalah perangkap gula yang lengkap.

nak kurus dengan karbohidrat no fastfood

Kerana kebanyakan makanan telah diproses dengan gula dan pemanis tiruan yang hanya menjadi toksik untuk kesihatan anda. Banyak makanan yang kelihatan sihat tetapi sebenarnya tidak.

Jika anda terasa untuk makan sesuatu yang manis, buatlah sendiri. Anda boleh menyukat atau mengawal jumlah bahan-bahan yang tidak sihat. Ini juga boleh memberikan anda peluang untuk mengurangkan kandungan karbohidrat sewajarnya. Sekiranya anda teringin untuk minum kopi/teh, cubalah minum tanpa gula. 

  • CARA 5 : Pilih buah-buahan yang mempunyai jumlah karbohidrat paling rendah

Anda perlu untuk makan makanan yang kaya dengan pelbagai buah-buahan untuk mengoptimumkan pengambilan nutrien anda. Gantikan gula dengan manis-manisan dari buah-buahan.

nak kurus dengan karbohidrat fruit

Dengan kata lain, amalkanlah buah-buahan yang rendah karbohidrat seperti beri (strawberi, blueberi, rasberi, dan blackberry), Avocado, Epal, Buah peach dll.

  • CARA 6 : Bertukar beras putih kepada beras merah/perang/hitam

Sebagai rakyat Malaysia, masakan kita tak boleh makan nasi kan? Jadi untuk menentukan kejayaan nak kurus dengan karbohidrat, anda perlu tukarkan beras putih kepada beras perang/merah/hitam, kerana beras perang/merah/hitam mempunyai kandungan karbohidrat dan kalori yang rendah serta serat yang sangat tinggi. Walaupun rasanya tidak sesedap seperti nasi beras putih tetapi ia mengenyangkan dengan lebih lama.

nak kurus dengan karbohidrat beras

Hadkan pengambilan nasi sehari sekali terutamanya di waktu makan tengari.

Link berkaitan :

Sekarang anda sudah tahu cara nak kurus dengan karbohidrat kan, cuba anda buat 6 CARA NAK KURUS DENGAN KARBOHIDRAT selama 44 hari. Orang kata kalau kita nak tahu kita boleh istiqomah atau tidak, lakukan selama 44 hari. 

Sekiranya selama 44 hari anda berjaya lakukannya, bermakna anda boleh teruskan berdiet dengan karbohidrat. Ok? Saya doakan anda berjaya laksanakan dan semoga kurus dan sihat selamanya. GOOD LUCK!!

SAYA NAK BELI SET SHAKLEE

Untuk mendapatkan suplimen Shaklee untuk Set Kurus (Basic) Shaklee, anda boleh klik di ambar di bawah.

SET TURUN BERAT BADAN

Ataupun anda boleh menghubungi Shiemz segera dengan konsultansi percuma dan pendaftaran ahli Shaklee. Hubungi di no talian di bawah.

trusted SID

 Konsultansi PERCUMA

Harga MAMPU MILIK

PELUANG PERNIAGAAN bersama SHAKLEE

 Daftar Ahli Shaklee 1176644

Thanks for reading!!

Related Post

Posted in: shaklee

About the Author:

Post a Comment