By October 31, 2016 0 Comments Read More →

Ultrasound 3D/4D Murah

Hari ini Shiemz nak berkongsi tentang pengalaman buat Ultrasound 3D/4D semalam. Ultrasound 3D/4D murah yang Shiemz pernah buat selama nie.

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera. Didoakan semua semua sahabat yang menjengah ke Blog Shiemz.Com dirahmati Allah SWT hendaknya.

ultrasound-3d-4d-6

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibu bapa yang teringin nak buat Ultrasound 3D/4D. In Sha Allah.

Semalam ada appointment buat Ultrasound 3D/4D. Nama klinik tu Sonoworld Centre di Residensi Bistaria, Ukay Bistaria Ampang. Dah lama plan nak buat ultrasound sebab nak tengok jantina baby mama nie. Sebelum nie buat 2 kali dah Ultrasound kat Klinik Kesihatan Tangling (Monthly Check Up) tapi doktor tu tak pandai tengok la. Gitu-gitu je doktor scan. Dah 5 bulan (20 Weeks) masih tak tahu apa jantina baby mama nie.

ultrasound-3d-4d

ultrasound-3d-4d-4

Abanglong dengan kakngah dah tak sabar nak tahu jantina adik dalam perut mama nie. Masing-masing berteka teki. Masing-masing dah letak nama adik. Kalau perempuan nak letak nama ‘Warda Erina’ dan kalau lelaki nak letak nama ‘Ejaz Fakhri’ sempena dengan drama yang tengah hot sekarang nie #surihatimrpilot. Masing-masing excited sangatlah nak tahu! Semalam pegi Ultrasound 3D/4D pun, tak bagitahu pun. Diam-diam aje hinggalah kitaorang sampai kat Klinik Ultrasound 3D/4D Sonoworld Centre. Bersorak kemain masing-masing.

ultrasound-3d-4d-3

ultrasound-3d-4d-2

ultrasound-3d-4d-5

Sampai je kat Sonoworld Centre 3D/4D, tak ramai orang pun. Ada la sepasang parent to be kat situ menunggu turn. Dalam 15 minit macam tue je menunggu. Pastu turn kami plak la. Apa lagi menonong aje 3 beradik masuk ke bilik Ultrasound tue. Kemain excited. Sampai doktor tegur “ramainya, anak no berapa nie?”. Hahaha…. “anak no 4 doktor”. Doktor pun gelak tengok gelagat anak-anak.

ultrasound-3d-4d-11

Tapi sebelum start Doktor tanya, nak ambek pakej mana? Sebab ada 4 pakej Ultrasound 3D/4D. Shiemz mintak doktor suggest sebabnya baru 20 weeks. Shiemz pun bukan excited sangat nak buat 3D/4D tapi lebih nak tahu ‘jantina’ baby. Disebabkan Ultrasound 3D/4D Sonoworld Centre nie murah, saja la try. Actually, doktor cakap mcm tak sesuai lagi nak buat 3D/4D sebabnya baby masih kecik. Doktor cakap, kalau buat pun nampak kurus dan tak berapa comel. So, Shiemz pun cakap scan biasa je la tapi dalam masa yang sama doktor selit-selit juga tukar ke 3D/4D. Hehe.. Nampakla muka baby kesayangan mama dlm perut mama nie.

ultrasound-3d-4d-9

ultrasound-3d-4d-8

4 kali scan kat Klinik Kesihatan Tangling, 4 kali jugak dia tayang ‘montot’ kat mama. Tapi kali ni baby tutup muka pula. Malu ke sayang.. Hehe.. nasib baiklah doktor nie pandai sikit. Doktor gerak-gerakkan perut mama. Sampai la baby tak tutup sangat muka tu. Nampak la juga. Walaupun terselindung dengan tangan sikit dan duduk disebalik uri.  Jadila dari tak nampak langsung kan. Alhamdulillah…

ultrasound-3d-4d-10

Pastu doktor tanya dah tahu ke ‘jantina’ baby. Haaaa.. ini yang belum. Memang nak sangat tahu. Memang pro betul doktor nie.. skali kilas air di laut, tahu jantan betina nyer. haha… Skali jer doktor scan, terus nampak ‘bebird’ baby mama. Ape lagi menitik airmataku sambil mengucap syukur Alhamdulillah. Memang itu juga diharapkan. Apentah lagi suami Shiemz dan anak-anak. Kemain excited masing-masing. Kakngah siap bertepuk tangan. Haha… Alhamdulillah.. dah 2 pasang anak mama. Completed rasanya hidup mama. Dikelilingi dengan anak-anak yang comel dan macam-macam kerenah. Lepas nie kalau nak tutup kilang boleh kot kan? hehe.. Tapi tak berani janji, kalau Allah SWT nak bagi rezeki. Apelah dayaku menolak kan. Shiemz terima je tapi sebelum umur berganjak ke angka 40 tahun. In sha Allah.

ultrasound-3d-4d-7

Hi Semua! I’m Ejaz Fakhri..Hehe

Sebelum ini pun Shiemz pernah cakap dengan suami.

“Papa, mama rasa baby kali nie baby boy sebab instict dan ciri-ciri pregnantkan Hadzeq dulu lebih kurang sama”.

Tapi suami cakap “Yeke, saya tengok sama je 5 kali awak pregnant”.

Haha.. Itulahkan, instict ibu yang mengandungkan. Tambahan pulak dah kali ke 5 pregnant (sekali misscariage). Meh Shiemz listkan ciri-ciri mengandungkan anak lelaki dan perempuan.

  1. Jarang mual dan lebih bersikap seperti sebelum hamil – Bab nie Shiemz memang tak pernah kena ‘Morning Sicknes’. Alhamdulillah.. 5 kali preggy tak pernah kena. Cuma setiap kali preggy, suami akan demam muntah dan asyid tidur aje. Hihihi.. Best kan?

 

  1. Detak jantung bayi rata-rata antara 140/minit – Yang nie tak pernah pulak check. Hehe

 

  1. Perut bentuknya lebih bulat seperti bola – Kalau yang nie, perut masa mengandungkan Hadzeq dan kali nie lebih lonjong dan tak mengembang. Macam slim jer, ramping. Time Amiena dan Afiena, perut membulat dan satu badan mengembang.

 

  1. Cenderung menyukai makanan yang rasanya masin dan masam – Masa mengandungkan Hadzeq, suka makan tomyam dan seafood. Kali nie suka makan masam-masam dan seafood. Garam belacan memang tak hingat la makan sampai kembung perut dibuatnya. Tapi mengandungkan anak perempuan, suka manis-manis kot tapi tak ketara sangat.

 

  1. Cenderung menyukai makanan yang kaya dengan protein seperti keju, telur, daging dan lain-lain -Yang nie betul kot tapi sebelum pregnant pun memang suka makan. Hahaha

 

  1. Kaki terasa lebih sejuk dari biasa – Haa.. yang nie memang. Kat office nie kadang-kadang bergaduh dengan officemate sebab terasa sejuk sangat. Sampai ke tulang rasanya sejuk tue. Tapi kalau anak perempuan cepat sangat berpeluh.

 

  1. Arelo warnanya lebih gelap – Hehee.. rasanya sama je kot 5 kali preggy. Gelap aje.. Tak ada beza.. Sebab perubahan hormon menyusu kot kan.

 

  1. Bulu-bulu kaki dan tangan tumbuh memanjang dan lebih subur saat sedang hamil – Iskhhh.. yang nie memang tak adalah… Biasa jer..

 

  1. Kulit cenderung lebih kering – Preggy kali nie memang agak kering. So ghajin juga buat facial dan sapu moisturizer dan mengamalkan Fullset Pregnancy suppliment Shaklee. Alhamdulillah… Ada perubahan..

 

  1. Posisi tidur jika lebih suka arah utara dipercayai petanda anak lelaki, tapi sebaliknya jika lebih senang tidur ke arah selatan petanda anak perempuan – Ntah la.. Yg nie sama je posisi tidur. Kadang suka mengiring ke kanan kadang suka mengiring ke kiri.. Ikut keselesaan ketika itu. Hehe

 

  1. Urine cenderung bewarna lebih cerah – Warna kuning tapi sedikit cerah kot. Tapi sebab amalkan makan Bcomplek.. So air kencing pun jadi kuning.. Haha

 

  1. Hidung terlihat lebih mengembang. – Hidung memang dah sedia kembang. Bila preggy lagi la kembang.. Hahaha

 

  1. Berat badan cenderung membuatt tubuh melebar ke depan dan samping. – Pregnant anak lelaki selalu memang perut lebih membujur dibandingkan preggy anak perempuan lebih membulat dan mengembang. Baby suka duduk disebelah kanan tak silap kalau lelaki. Lupa dah.. Sebab kali nie perut sedikit kecil disebabkan badan pun tak segemuk dulu. Hehe

 

  1. Seringkali diserang sakit kepala – Jarang sakit kepala. Hari tu sakit kepala sebab kena Gstrik sebab terlebih makan mangga muda dan garam belacan. Hehe

 

  1. Janin lelaki akan mula bergerak dari arah kanan. – Ini betul kot. Masa abanglong dulu kedudukan baby suka duduk sebelah kanan perut. Kali nie pun ada jugak kadang-kadang Cuma tak ketara sebab baru 20 weeks.

So, ini je yang dapat Shiemz kongsikan buat tatapan rakan-rakan. Apa pun semuanya atas Izin Allah SWT. DIA yang menentukan segalanya. Kita hanya merancang kan. Setiap anak ada rezeki masing-masing. So, terimalah kita seadaanya.

SONOWORLD CENTRE, AMPANG

Kalau kawan-kawan berminat nak buat Ultrasound 3D/4D murah nie, boleh buat booking dulu. Tak silap Shiemz, derang tak terima walkin sebab list appointment derang sangat padat. Recommended!

ultrasound-3d-4d-12

DOA YANG BOLEH DIAMALKAN

Doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan zuriat. Shiemz selalu amalkan doa nie selepas solat. Alhamdulillah berhasil.

doa-dapat-zuriat-2

Surah Ai Imran 3:38

Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada Tuhannya, katanya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

“Ya Tuhanku, berilah Aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

Imam al Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah Allah swt memberikan Mariam a.s buah-buahan pada bukan musimnya.

Maka baginda meyakini bahawa Allah swt berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

doa-dapat-zuriat

Surah Al-Anbiya:21:89

 

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan Aku hidup seorang diri[tidak mempunyai keturunan yang mewarisi dan Engkaulah waris yang paling Baik”

 

Ini juga doa Nabi Zakaria. Menurut kitab A’maal e Qur’aani karangan Maulana Ashraf Ali Thanwi Rah, ayat di atas dibaca 3X selepas solat 5 waktu untuk dikurniakan anak yang soleh.

Suppliment Ketika Hamil

Pengambilan vitamin ketika hamil sangat penting untuk ibu dan juga tumbersaran bayi yang dikandung agar kedua-duanya mendapat nutrisi yang secukupnya.

Set Hamil Berpantang Menyusu Lengkap

trusted SID

 Konsultansi PERCUMA

Harga MAMPU MILIK

PELUANG PERNIAGAAN bersama SHAKLEE

Daftar Ahli Shaklee 1176644

Thanks for reading!!

Related Post

Posted in: parenting

About the Author:

Post a Comment