By October 24, 2016 1 Comments Read More →

PEDIH ULU HATI @ GASTRIK SEMASA HAMIL

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

ANDA SEDANG HAMIL?

BERLAKU ‘PEDIH ULU HATI’ @ GASTRIC SEMASA HAMIL?

DAH CUBA UBAT KLINIK TETAPI MASIH LAGI PEDIH ULU HATI?

Sebenarnya memang ramai wanita mengalami masalah pedih hulu hati @ gastrik semasa hamil. Memang agak menyakitkan tetapi pedih ulu hati @ gastrik ketika hamil selalunya memang akan berlaku kepada ibu yang sedang hamil. Adakah ia membahayakan? Sebenarnya ia tidak membahayakan ibu dan bayi yang dikandung.

Shiemz sendiri memang 4 kali hamil akan berlaku  masalah pedih ulu hati @ gastrik semasa hamil nie. Memang rimas, sakit di bahagian dada, rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan di bahagian bawah tekak hingga ke bahagian bawah tulang dada.

Pedih ulu hati @ gastrik berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esophagus. Bila terjadi, mulalah mulut akan menjadi payau dan pahit.

Doktor, sebelum hamil saya tidak pernah terkena gastrik tetapi selepas hamil saya kerap pedih ulu hati sehingga terkena gastrik “

gastrik-semasa-hamil-pedih-ulu-hati

Dari pembacaan Shiemz, pedih ulu hati @ gastik semasa hamil berlaku akibat perubahan hormone dan fizikal dalam badan ketika hamil. Otot-otot lembut dalam uterus (rahim) melonggar semasa hamil kerana berlaku peningkatan hormone progesterone. Pakar ada mengatakan bahawa hormone progesterone menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab. Selain itu ia melonggarkan injap seterusnya mengasingkan esophagus daripada perut. Maka asid dalam perut melonjak naik ke atas melalui usus dan menyebabkan si ibu berasa pedih dan panas di dada.

Apabila kandungan menjadi semakin besar, proses pembungan menjadi lambat makanya ia memaksa asid dalam perut naik ke dalam esophagus.

Bila Shiemz dah membuat sedikit rujukan, baru Shiemz tahu bagaimana pedih ulu hati semasa hamil berlaku.

BILAKAH PEDIH ULU HATI @ GASTRIK SEMASA HAMIL AKAN BERHENTI?

Kalau diikutkan pengalaman Shiemz 4 kali hamil, pedih ulu hati @ gastrik dan masalah ketidakcernaan memang berlaku terutamanya ketika trimester kedua terutamanya atau ketika perut semakin membesar.

Ada juga sesetengah wanita hamil mengalami pedih ulu hati @ gastrik semasa trimester pertama lagi tapi kemungkinan dalam satu pertiga wanita hamil dan dua pertiga lagi dalam trimester ketiga.

SEBAB BERLAKU PEDIH ULU HATI @ GASTRIK SEMASA HAMIL

Sebab kebanyakkan wanita hamil yang kerap mengalami pedih ulu hati @ gastrik semasa hamil adalah kemungkinan besar adalah disebabkan oleh pemakanan yang diambil. Walaubagaimanapun masih ada cara untuk mengelakkan pedih ulu hati @ gastrik semasa hamil walaupun mungkin tidak 100% melegakan tetapi perkara berikut mungkin dapat membantu melegakan pedih ulu hati @ gastrik semasa hamil:

Elakkan mengambil pemakanan yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak, berempah, pedas, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan nescafe. Minum semasa makan juga harus dielakkan.

Makan sedikit tetapi kerap. Bagi meneutralkan asid perut, ibu hamil boleh makan sedikit tetapi kerap agar dapat mengelakkan asid berkumpul di dalam perut.

Jika anda merokok, cubalah berhenti. Ia melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Malah merokok membahayakan bayi dalam kandungan anda. Hentikanlah!

Postur Badan selepas makan. Duduk atau berdiri tegak, jangan membongkok. Elakkan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.

Jika berlaku pedih ulu hati @ gastrik lebih teruk pada waktu malam, sebelum anda masuk tidur elakkan mengambil makanan 3 jam sebelum tidur.

Posisi tidur separa duduk. Jika berlaku pedih ulu hati @ gastrik tinggikan kepala katil dengan menggunakan bantal. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.

PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN PEDIH ULU HATI @ GASTRIK SEMASA HAMIL

MAKAN PISANG

Bagi meneutralkan asid dan menghasilkan mucus yang melindungi dinding perut daripada terjadinya asid, makan pisang salah satu cara yang baik kerana pisang adalah buah-buahan yang berPH tinggi (beralkali).

BUNGA CENGGIH

Menggigit bunga cengkih salah satu cara merangsang penghasilan air liur yang boleh membantu penghadaman. Biarkan seketika di dalam mulut kemudian ia akan membantu memberi kelegaan kepada pesakit gastrik.

AIR HALIA

Salah satu berlakunya gastrik adalah kerana terlalu banyak angin di dalam badan. Jadi air rebusan halia  atau  air rendaman halia yang ditumbuk boleh membantu pesakit gastrik membuang angin yang menyebabkan perut merasa tidak selesa dan kembung. In sha Allah ia amat mujarab untuk membuang angin  dan membantu melegakan gastrik dan pedih ulu hati.

SUSU

Pengambilan susu yang sihat. Anda boleh amalkan susu berkrim, susu rendah lemak ataupun ESP Shaklee bagus untuk ibu hamil. In sha Allah.. Ia sangat-sangat membantu.

UBAT MUJARAB MEMBANTU MENGHILANGKAN PEDIH ULU HATI @ GASTRIK SEMASA HAMIL

Antara Ubat Mujarab yang banyak membantu Shiemz menghilangkan pedih ulu hati @ gastrik semasa Shiemz hamil ialah  ESP, OSTEMATRIX dan PEPPERMINT GINGER PLUS.

Antara kelebihan yang terdapat di ketiga-tiga supplement tersebut ialah :

Energizing Soy Protein (ESP)

ESP Shaklee adalah minuman protein soya Non GMO yang selamat untuk mereka yang menghadapi masalah pedih ulu hati @ gastrik. Kacang soya merupakan protein unggul yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.

Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

ESP bukan sekadar melegakan masalah pedih ulu hati @ gastrik, malah ESP dapat membantu memulihkan lapisan dinding perut yang berasid dan mengelakkan gastrik berulang. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Ostematrix

Bagi meneutralkan asid di dalam perut, penghidap pedih ulu hati @ gastrik di sarankan untuk mengambil susu atau kalsium.

Peppermint Ginger Plus

Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Ia juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Sesetengah ubat jenis antacid atau alginate yang boleh dibeli tanpa preskripsi dapat melegakan pedih ulu hati. Namun, periksalah dahulu dengan pakai obstetrik anda atau ahli farmasi. Anda perlu memastikan ianya selamat diambil semasa hamil dan ia merupakan rawatan yang betul untuk simptom-simptom anda.

Shiemz memang pernah ambil ubat klinik ketika simptom pedih ulu hati @ gastrik melanda, memang lega tapi kelegaan itu tidak berterusan. Boleh dikatakan hampir setiap hari mesti rasa pedih ulu hati. Memang letih badan bila pedih ulu hati @ gastrik melanda. Tapi since amalkan ambil Shaklee Peppermint Ginger Plus, Alhamdulillah semakin beransur baik.

Sesetengah ubat untuk pedih ulu hati @ gastrik boleh menyebabkan sakit perut dan perut menjadi kembung, manakala sesetengah yang lainnya perlu dielakkan jika anda berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia. Alginates membentuk lapisan perlindungan pada dinding perut dan esofagus. Ia lebih berkesan untuk simptom-simptom reflaks. Antacid pula meneutralkan asid perut dan berguna sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak kira yang mana satu yang disyorkan kepada anda, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada dos yang disyorkan.

BERMINAT Ingin Tahu Secara Detail Tentang Set Shaklee Pedih Ulu Hati @ Gastrik secara berkesan?

Hubungi Shiemz Dengan Kadar Segera
Untuk Mendapatkan HARGA KOMBO
UBAT MUJARAB SET SHAKLEE PEDIH ULU HATI @ GASTRIK
 

★ Sesuai Untuk Ibu Hamil★

free-green-backgrounds-free

Konsultansi PERCUMA

Harga MAMPU MILIK

PELUANG PERNIAGAAN bersama SHAKLEE

Thanks for reading!!

Related Post

About the Author:

1 Comment on "PEDIH ULU HATI @ GASTRIK SEMASA HAMIL"

Trackback | Comments RSS Feed

Post a Comment