By October 18, 2016 0 Comments Read More →

Nilai Masa Bersama Anak

 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Hola! Ape khabar? Shiemz doakan kalian semua dirahmati Allah SWT hendaknya.

Pagi tadi tertengok video seorang kanak² yg didukong oleh ayahnya terjatuh eskelator dari ketinggian 3 meter. Allahuakhbar! (Korang boleh tengok sendiri kat FB/IG/YOUTUBE)

Ya Allah.. luruh jantung dibuatnya! Dari pagi sampai ke petang nie dok terbayang. Sebenanrnya bukan kemahuan fikiran setiap ibu bapa nak kejadian seperti itu berlaku.

 
 
Malang tidak berbau. Mungkin si ayah pun tak menjangkakan nak jadi perkara mcm nie. Apentah lagi si ibu yang mengandungkan dan melahirkan. Bukan senang nak membesarkan anak-anak. Jagalah permata hati kita sebaiknya kan.
 

Apepun mari kita sedekah Alfatihah buat anak kecil nie semoga beliau sembuh seperti sediakala. In sha Allah..Amin

NILAI MASA
==========

Sebenarnya Shiemz bukan nak cerita tentang kejadian tu, tapi tentang ‘nilai masa’ kita bersama anak-anak. Dalam tempoh 24 jam, berapa masa yang kita peruntukan bersama anak-anak? Bagi Shiemz yang berkerja nie, rasanya 5-6 jam/sehari dapat meluangkan masa bersama anak-anak.

 
 
Sebab itulah masa yang ada itu Shiemz luangkan betul-betul bersama anak-anak terutamanya ketika makan bersama, menonton tv, buat homework/revision bersama anak-anak dan ketika mereka nak tidur ambil masa 5-10 minit untuk berbual kosong bersama anak-anak.
 
Bertanya tentang persekolahan atau tentang rakan-rakan di sekolah/taska mereka. Bunyi macam ‘simple’ tapi masa begini yang selalu kita lepaskan. Betulkan?
 
 
Perhatian terhadap anak-anak sangat penting dalam menentukan kejayaan akademik mereka. kadang-kadang kita kena meletakkan diri kita dalam diri anak-anak. Sekiranya kita diberi perhatian yang lebih, sudah tentu kita berasa disayangi dan semakin bersemangat untuk terus cemerlang dalam belajar.

 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

 

 

Robbanaa
Hablanaa Min Azwaajinaa Wa Dzurriyyaatinaa Qurrota A’yuni Waj-‘Alnaa
Lilmuttaqiina Imaama

 

 Artinya :Ya Tuhan kami,
Anugerahkanlah kepada kami, istri-istri kami dan anak cucu kami sebagai
penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa.

 
 
Begitu juga dengan penerapan rohani dalam diri mereka. Salah satu cara mudah mendidik mereka ialah solat berjemaah, tadarus, membaca buku-buku tauladan/surah dan sebagainya. 
 
Hujung minggu pula, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh anak-anak kita kerana hari minggulah hari yang banyak ruang untuk mereka bersama dengan kita. Melakukan aktiviti bersama-sama seperti riadah, menonton tv, kemas rumah bersama-sama dan lain-lain. Kita sebagai ibu bapa yang penat berkerja pun dapat meluangkan masa bersama anak-anak dan menghilangkan stress di tempat kerja. Dalam masa yang sama kita dapat kita dapat memberi pendedahan kepada mereka dengan dunia luar. Mengajar nilai-nilai moral dengan kehidupan luar.
 
 

Cuti panjang/cuti penggal adalah masa yang sangat sesuai untuk kita merancang percutian yang lebih menarik dengan anak-anak. Tidak kira percutian ke luar/dalam negara. Cuti panjang seperti ini sangat penting bagi memupuk kasih sayang, menghargai satu sama lain dan dapat kembangkan pemikiran mereka dengan dunia luar. Pengalaman ini sangat penting dalam tumbersaran anak-anak kita yang sedang membesar.Apepun marilah kita berusaha untuk mengenali dan memahami kehendak anak-anak kita agar mereka merasa lebih dihargai. Hargailah ‘nilai masa’ mereka.

Related Post

About the Author:

Post a Comment