By June 17, 2016 0 Comments Read More →

Puding Roti Bakar Simple Sedap

 

Semalam kerajinan melanda. Makanya, Shiem pun buat Puding Roti Bakar Simple dan Sedap. Haha.. Memang sedap pun. Buat semalam, semalam jugak finishh. Hehe..

Anak suami kemain puji melambung. Mama masak sedap la.. Esok mama buat lagi tau. Haha.. Memang sepanjang tempoh bulan Ramadhan nie, Shiemz masak sendiri. Dan tak cecah kaki ke PARAM pun. Alhamdulillahh..
Hopefully, azam tahun nie taknak ke PARAM tercapai. Masak sendiri jer ape yg teringin. Beshhh! Air tangan isteri dan ibu tu kan terbaik..

Taraaa!! Inilah hasilnya! (Google jer, tapi bila dah biasa buat resepi main agak² je)

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 keping roti
  • 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • 4 sudu besar gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla (Tak bubuh pun)
  • 1 sudu kecil serbuk cinnamon (Tak bubuh pun)
  • 2 sudu besar mentega (cairkan)
  • 3 sudu besar kismis

Untuk SOS KASTARD

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

CARA-CARA:

Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ). Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Biarkan terendam dan meresap seketika.

Masukkan separuh kismis dan juga mentega cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.

Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk membuat kuah@sos kastad – Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)

Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

 

About the Author:

Post a Comment