By May 11, 2016 0 Comments Read More →

Malas Bersenam | Tips Mudah Nak Mulakan Senaman

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Shiemz doakan kalian dirahmati Allah SWT. Baiklah, Shiemz nak bagi Tips pada kawan² ‘bagaimana nak mulakan senaman’ bagi kawan² yg sangat kuat PENYAKIT M. M for Monkey? No no noooo.. M for M.A.L.A.S. Alahai..jangan la malas² sayang² sekelian. Rugi la.. Kitakan nak Ubah Lifestyle. Jangan ingat kawan² yg dah kurus tu sihat dan fit yek. Belum tentu…



Apepun, sebelum tue Shiemz nak jelaskan sedikit pada kawan² ‘Kenapa kita perlu bersenam’. Bukan perlu tapi WAJIB BERSENAM. Tahu kenapa kita WAJIB BERSENAM?


Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah :

1. Bersenam boleh menambah tenaga
2. Tidur akan lebih lena
3. Lambat rasa letih
4. Rasa lebih yakin bila badan fit
5. Tekanan darah berkurang
6. Dapat kurangkan sakit-sakit badan (sakit belakang, bahu, leher)
7. Mood jadi lebih baik
8. Meningkatkan kadar metabolisma
9. Ubah lemak kepada otot
10. Tulang akan lebih tumpat
11. Membantu memperbaiki paras kolestrol
12. Menggalakkan pembentukan sel otak. Minda lebih cerdas. Elak alzheimers
13. Nampak lebih muda
14. Memperbaiki peredaran darah
15. Kurang stress
16. Postur lebih baik
17. Membakar kalori berlebihan
18. Mengurangkan kesan PMS
19. Kurang risiko sakit jantung
20. Meningkatkan ketahanan kardiovaskular
21. Kurang risiko kanser
22. Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan dari jangkitan
23. Jangka hidup lebih panjang
24. Senaman adalah aktiviti sosial yang sihat
25. Anda akan lebih peka tentang kesihatan secara keseluruhan

Best tak? Sebenarnya bukan susah pun nak bersenam. tak perlu ambil masa yg lama untuk bersenam. 30-60 minit sehari / 2-3 kali seminggu bersenam sudah cukup. Memandangkan ada diantara kita nie berkerja di office. 24 jam duduk dan tidak bergerak. So macamana badan kita nak aktif kan.


Pastu sibuk masing² nak beli ubat kurus. No no noo.. Ubat kurus tak bagus.. 
Sudah-sudah lah tu ambil produk-produk kurus macam ni yang tidak diketahui keselamatannya sebab nak kurus cepat yer.
  

Silap-silap nanti memang KURUS TAPI SAKITsebab ada bahan berbahaya dalam produk tu. Kalau nak KURUS + SIHAT, pastikan ada ILMU. Belajar jer dari MENTOR yang dah terbukti berjaya KURUS + SIHAT.

Tapi kalau korang nak jugak ambil, Shiemz suggest ambil Suppliment. Terpulang pada korang nak ambil suppliment ape yg korang suka dan yakin. Bagi Shiemz, Shiemz memang yakin 100% dengan Shaklee sebab Shaklee sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan semulajadi. Produk yang tetap dijaga kualitinya walaupun telah bertahun lama formulanya dicipta. Kalau lah produk Shaklee ni tak selamat, atau menyebabkan penyakit-penyakit berbahaya, takkanlah ia dapat bertahan sebegini lama di pasaran DUNIA!! Betul ke betul??


Sebab tu saya tetap pilih SHAKLEE sebagai salah satu usaha dalam memelihara kesihatan saya dan keluarga. InsyaAllah. Lagipun SHAKLEE bukan ubat kurus tetapi didefinisikan sebagai suppliment. Menampung nutris dalam tubuh badan kita ketika berdiet.


TIPS NAK MULAKAN SENAMAN

===========================

Ok. Meh Shiemz nak bagi tips ngn korang. Macamana dan bagaimana Shiemz boleh bersenam hampir setiap hari. Senang dan mudah sahaja.



1) Pikir kenapa aku nak bersenam
Korang kena pikir kenapa korang kena bersenam. Kalau korang pikir sebab nak bersenam adalah kerana korang NAK KURUS. Sebenarnya korang SALAH! Tapi kalau korang pikir nak bersenam sebab NAK SIHAT. Tepat! Sebab.. kalau kita bersenam sebab nak sihat.. memang hari² kita nak bersenam kan… Tapi bila korang dah kurus nanti, korang dah x perlu bersenam ke? Takkannnn…. hehe. So changes mindset korang k. We r not dieting but we r changing lifestyle!

2) Jenis Senaman
Sebelum nak memulakan senaman. Korang kena set target jenis senaman yg korang nak buat. Samada korang nak jogging ke aerobik ke HIIT training ke.. Macam Shiemz, senaman yg mudah dan senang tapi totalbody workout Shiemz buat senaman FREELETICS. (Korang boleh install application FREELETICS dlm PlayStore)



3) Jangan berfikir panjang / Jangan termenung
Nak bersenam jangan pikir panjang jangan termenung. Korang terus pakai baju sukan/seluar tracksuit dan pakai kasut. Then MULAKAN! Jangan pikirkan ape² lagi.. Jangan bertangguh… kalau kita dok pikir, nak atau tak nak.. jawabnya sampai ke sudah korang tak bersenam.. Paham?? 


So, inilah tips mudah dari Shiemz. Shiemz doakan korang semua kurus dan sihat ok..



About the Author:

Post a Comment