By April 6, 2016 0 Comments Read More →

Kerana salah faham ku diviralkan

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Shiemz doakan kalian dirahmati Allah SWT walau dimana juga anda berada.
 

Actually Shiemz pun tak tahu nak mulakan dari mana nak menaip tentang kisah Blog Shiemz yang telah di’Viral’kan oleh seorang brader nie (tak perlu mention nama brader, kat akhirat nanti kita berjumpalah).
 
Kesnya posting Shiemz yg 7 TAHUN lepas punya posting. 7 TAHUN, DIULANG 7 TAHUN yang lepas yang mana ketika ituew Shiemz jadi urusetia untuk satu interview bagi Artis Budaya Gred B27 di Sandakan, Sabah. Itulah pertama kali dan terakhir kali ke Sandakan. Wallahualam, bila lagi berpeluang menimba pengalaman di sana. 
 


So, nak cerita dengan lebih lanjut dan nak perjelaskan pun dah tak guna. Sebabnya dan diviralkan dan menerima pelbagai komen negetif yg sangat hebat dari sahabat² di post tersebut. Tapi sebagai seorang Islam yg tak lari dari melakukan kesilapan, ku MEMOHON MAAF kepada semua sahabat² di SANDAKAN diatas segala ketelanjuran penulisan yg mana maybe ketika itu, penulisan Shiemz yg sebrono tanpa memikirkan perasaan orang lain. Bukan niat nak menghina negeri orang pun. malah berbangga dapat peluang menimba pengalaman ke sana. 
 
So, sekali lagi Shiemz memohon maaf ikhlas kerana Allah SWT pada sahabat² di Sandakan, Sabah. Yang silap, dari kesilapan ku sendiri dan yg baik itu dari Allah SWT.
 

 
 
 
 

Cuma sedikit kesal sebabnya, brader yg ‘viralkan’ tu sedikit pun tak bagi peluang untuk Shiem perjelaskan. Kalau nak bagi Shiemz famous pun, seeloknya ketika 7 TAHUN lepas tu. Time tu maybe la berjiwa muda baru 20an, suka benda² famos nie kan. Tapi skrg nie, umur pun dah 30an then anak pun dah 3 orang. Pastu, saye dah kurus tau sekarang. Hehe.. Kalau nak tegur secara berhemah, Shiemz rasa tak ada masalah pun. Dalam masa 5 minit boleh settle masalah salah faham nie. Tapi apakan daya, ku manusia biasa. Pernah buat silap. Tapi tak tahulah brader nie seorang yang MAKSUM dan tak pernah buat silap.
 
Rasanya, tujuan utama dia printscreen dan viralkan blog Shiemz ialah :
 

 
So, TUJUAN UTAMA brader nie, “biar dia malu”. Ok bah, ku terima dengan hati yg terbuka. Tapi nak bgtahu, nama mu kututup, supaya kamu tidak malu. Mak ku cakap, Orang baling tahi, kita baling bunga. Wangikan? Hehe
 
Sebenarnya sikit pun tak rasa malu, malah ku positifkan diri. Ku pernah buat silap, ia dugaan untuk penghapus dosa² dengan kekhilafan yg pernah ku lakukan. Cuma nak ucap tahniah sebab KUASA VIRAL ANDA, membuatkan ramai orang SHARE dan LIKE. Sedangkan Shiemz tgk posting brader yg lain, xde orang LIKE/SHARE pun. Tapi dengan printscreen blog Shiemz, ramai yg share/like. Wow!! Secara tidak langsung dengan post tersebut FB anda pulak yg famos amos. Good Job brader!
 

 
Tapi amat kesian pada kawan² yg komen di post tu. Yg Islam, yg bertudung sedikit pun tidak menjaga adab ketika mengomen. Mengikut kata hati dan perasaan. Maybe yg komen tu masih ‘berjiwa muda’ ‘berdarah muda’. Sangat kesian. Pahala berganda kuterima tapi bg yg komen tu, dosa mengutuk, dosa menghina, dosa mencaci macamana nak buat tu yek? Shiemz terima tapi sebaiknya bertaubatlah, mintak ampun dan maaf pada Allah SWT. Oneday, bila anda dah cukup dewasa anda akan tersedar dengan apa yg anda buat.
 
Nie antara komen² yg diterima. Tak sanggup nak printscreen satu², kesian kalian.
 

 

 

 
Ade jugak yg PM Shiemz through FB dan juga blog. Ada yg mencaci dan ade jugak yg menegur secara baik. Thanks kalian. Shiemz doakan anda dirahmati Allah SWT.
 

 

Bagi brader tersebut, anda bukan dpt pahala tau viral kan posting ku itu malah DOSA BERGANDA-GANDA. Sorang dua mencaci oklah jugak tapi kalau dah 1000 orang yg mencaci memaki menghina ku, berapa dosa yg brader dapat?? Berbaloi ke?? Jangan takut brader, kita jumpa kat AKHIRAT nanti. Ketika itu, dah tak kire dah anda orang SANDAKAN ke saya orang PERLIS ke orang KL ke.. Tiada nilai kenegerian kita ketika itu. Dah tak ada nilai…. Meh kita menjawab didepan Allah SWT nanti yek…
 
 
 
Shiemz ada PM brader nie secara personal di FB. Tak tahu la beliau baca atau tidak ataupun masuk di ‘others folder’ dan beliau x prasan pun msg Shiemz tu. Shiemz x mengharapkan beliau nak delete post tersebut tapi yg paling penting, beliau sedar dengan ape yg beliau sedang buat sekarang nie. Kesian dengan orang yg bagi komen tue, bertambah dosa diorang kan.  
 
 
 

 

 
Terima kasih kerana telah menambah PAHALA BERGANDA buat Shiemz. Tapi dpt pahala yg mcm nie, ghase mcm tak berbaloi. Melainkan pahala, membantu orang susah ke buat kebajikan ke best la jugak kan. Tapi dapat pahala dari dosa² orang yg mencaci menghina nie. Allahuakhbar! 
 
Apepun, utk sekian kalinya Shiemz sekali lagi memohon ampun dan maaf buat kawan² di Sandakan, Sabah dengan ketelanjuran dalam penulisan di posting yg dulu tu. Shiemz dah delete dan kita Move On la. Sama² kita perbaiki kesilapan kita masing². Kita bukan Maksum dan tak lari dari melakukan kesilapan.
 
Wallahulam.
 
Shiemz
Peace No War
“I Love Sabah”
Posted in: Viral

About the Author:

Post a Comment