By June 25, 2015 0 Comments Read More →

TIPS MUDAH NAK MEMBAKAR KALORI DI BULAN PUASA

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Nak share something dengan korang semua.
TAHUKAH ANDA, naik 1 anak tangga pun mampu membakar kalori kita?
Sekiranya kita adalah seorang yang sibuk untuk bersenam, gunalah peluang yang ada dengan menaiki tangga di rumah ataupun di pejabat.
Jadikan ‘naik-turun tangga’ sebagai rutin harian kita, bukan shj dapat membakar kalori malah mampu membina kekuatan otot di bahagian bawah anggota badan kita seperti kaki dan peha. Pakej rutin nie dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan menambahkan aktiviti harian kita.
Jom lah kita manfaatkan aktiviti ‘naik-turun tangga’ ini sebagai gym peribadi kita. Jangan terkejut tau kerana ia mampu membakar 403 kalori!! Bestnyer!!
Tambahan pula bulan puasa nie kan, gunalah peluang ini sebaiknya. Semenjak 1 Ramadhan lagi Shiemz tak pernah menggunakan lif untuk naik-turun ke pejabat di tingkat 12. Memang best, rasa bertenaga dan segar.
Amacam? Jom sahut cabaran naik-turun tangga sebagai rutin kita selepas ini.
“Menerusi kajian Jurnal Fisiologi Gunaan, berpuasa sebelum bersenam meningkatkan penggunaan lemak dan menurunkan kadar glikogen otot (iaitu karbohidrat yang disimpan dalam otot). Satu kajian dalam Jurnal Pemakanan pula mendapati penurunan berat badan oleh individu berpuasa yang turut melakukan senaman lebih cepat iaitu sebanyak 27 hari berbanding 41 hari.”– INFO

About the Author:

Post a Comment