By January 5, 2015 2 Comments Read More →

ROTAN

 photo Bismillah03.png


Assalammualaikum WBT kalian,
Didoakan kalian semua dirahmati dan diberkati Allah SWT. In sha Allah..

Panjang betul rotan nie.. Shiem pun seram.. hehe
Kat rumah Shiem memang ada tergantung rotan kat dalam rumah sejak Hadzeq dah pandai melasak. Rotan bukanlah untuk mendera anak² cuma sekadar ‘hukuman kecil’ atau simbolik’ buat anak². Kita pun tidak digalakkan merotan anak² sehingga mengganggu mentaliti anak². Jadi, rotan ialah salah satu cara mendidik sebenarnya. Memukul yg dibolehkan menurut Islam ialah dari pusat ke bawah. Dilarang memukul badan dan kepala apatah lagi muka. Ingat tu!
Sebenarnya Shiem nie tak ada la suka merotan anak². Sekadar ‘mengertak’ saja. Kalau marah setakat bising mulut, tapi kalau anak² mcm tak mendengar kata, apa yang ada di depan mata itulah yang Shiem capai untuk merotan anak. Jangan tak tahu, rotan pun pernah hilang dari pandangan gara² ada orang ‘sembunyikan’ rotan tue. Hahaha…
Kadang-kadang terpikir, biarlah anak² terasa terkesan sedikit gara-gara pukulan rotan tue agar suatu hari nanti mereka sedar bahawa marah, pukulan dan teguran kita adalah kerana kita sayang kerana kita kasihkan mereka. Biarlah terasa sakit sekarang daripada terasa sakit di kemudian hari.

Pasangan Suami Isteri Di Sweden Di Penjarakan
Bercerita tentang ‘rotan’ teringat kes pasangan suami isteri yang ditahan pihak berkuasa Sweden gara² merotan anak² kerana tidak menunaikan solat. Kalau di Malaysia ‘merotan’ itu biasa tetapi kalau ‘mendera’ itu satu perkara yang memang berat. Tetapi dalam kes ini, pasangan suami isteri ini dikatakan ‘mendera’ anak² mereka. Bila perkara ini berlaku di Sweden, definisi dera di Sweden berlainan dengan definisi dera yang difahami di Malaysia kerana Sweden mengamalkan ‘no spanking law’ iaitu undang-undang yang melarang ibu bapa menghukum anak mereka dengan cara memukul. Disebabkan itulah kanak² di Sweden kaya dengan sifat dan sikap yang kurang kebiadaban mereka terhadap ibu bapa mereka. Kes tersebut menjadi viral pada ketika itu. Kesian melihat anak² yang terpaksa berjauhan daripada ibu ayah diarong.

Alhamdulillah pasangan suami isteri tu dah dibebaskan.


Walaubagaimanapun, mendidik anak² untuk mendirikan solat memang sukar. Bagi Shiem nak mendidik anak² mendirikan solat perlulah datang dari kita sendiri. Ibu bapalah yg perlu menunjukkan bahawa solat itu adalah WAJIB. Kalau kita sendiri solat masih lopong di sana sini, masakan kita nak merotan anak² kerana tidak solat 5 waktu?? Seperti pepatah melayu mengatakan ‘seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri berjalan senget’. Tapi Shiem tidak mengatakan bahawa pasangan itu begitu cuma merujuk kepada sesetengah oarang yang mahu anak² tampak sempurna sehingga tidak sedar bahawa kesilapan itu dtg dari mereka sendiri.

Ibu bapa perlulah mempunyai kesabaran dan ilmu untuk membimbing anak². Adalah lebih baik sekiranya menggunakan pendekatan psikologi untuk menunjuk anak-anak itu mendirikan solat. Contohnya mengajak solat berjemaah bersama-sama di rumah atau di masjid. Ini yang Shiem dan suami praktikkan untuk anak². Alhamdulillah sedikit sebanyak ada nampak perubahan pada diri anak². Sedikit lama² jadi bukit kan. In sha Allah..


Hadith Berkaitan Menggantung Rotan Di Rumah
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Ibnu Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda,
“Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah”
[Silsilah Shahihah no 1446].
Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda, “Gantungkan rotan di tempat yang boleh dilihat oleh para penghuni rumah kerana itu bermanfaat untuk mendidik mereka”
[Silsilah Shahihah no 1447]
Imam Al Munawi Rahimahullah dalam Faidhul Qadir Syarh Jami Shaghir mengatakan, “Menggantungkan cambuk tersebut berfungsi agar para penghuni tidak berani melakukan hal-hal yang terlarang dalam agama kerana khawatir mendapatkan hukuman dengan rotan”.
Imam Ibnul Anbari Rahimahullah pula mengatakan, “Maksud pokok dari menggantungkan rotan di rumah bukanlah untuk dipukulkan kerana Nabi tidak memerintahkan untuk melakukan hal tersebut kepada siapapun. Namun maksud Nabi s.aw janganlah anda, para suami, berlepas tangan untuk mendidik anak-anak”
Imam Al Munawi Rahimahullah juga mengatakan, “Maksud hadith, keberadaan rotan itu akan mendorong anak-anak untuk bersikap sopan dan berakhlak dengan akhlak mulia dan pekerti yang utama, hal yang banyak jiwa bersabar untuk menanggung kesulitan agar boleh memilikinya adalah di dalamnya terdapat kemuliaan dan suatu yang membanggakan”.
Islam adalah agama yang mementingkan kasih sayang. Daripada segi merotan anak, dalil dalam sebuah hadis Nabi SAW: Ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).
Ibnu Qudamah berpendapat hukum sebatan terhadap kanak-kanak merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih kanak-kanak melakukan sesuatu kewajipan seperti solat. Para juri bersepakat yang kanak-kanak boleh dikenakan sebatan yang ringan untuk tujuan pendidikan dan wajib bagi bapa atau datuk melaksanakannya. Hanya kanak-kanak yang berusia lebih 10 tahun boleh dikenakan hukuman sebatan ringan.
Namun, terdapat hadis yang menunjukan bahawa Nabi SAW tidak suka kepada orang yang menghukum kanak-kanak secara fizikal.
Dalam sebuah hadis Abu Masâud mengatakan: Aku telah memukul seorang hamba kanak-kanak lelaki dengan rotan dan aku mendengar suatu suara di belakangku. Ketahuilah wahai Abu Masâud. Tetapi aku tidak tahu bahawa suara itu bernada kemarahan. Ketika suara itu menghampiri, dia adalah Rasulullah. Maka, baginda pun bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud. Aku pun menjatuhkan rotan daripada tanganku dan Rasulullah bersabda: Ketahuilah wahai Abu Masâud, bahawa Allah telah menetapkan ke atas kamu tanggungjawab berhadap hamba lelaki ini. Maka, aku berkata, Aku tidak akan memukul hamba lagi selepas itu selamanya. (Sahih Muslim)
Hadis Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa bahawa Rasulullah SAW bersabda: Gantungkanlah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka.
Al-Manawi, ketika membincangkan maksud hadis ini berkata: Rotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak dengan akhlak mulia dan nilai-nilai murni yang kebanyakan jiwa yang keras menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya.
Pandangan al-Manawi ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik, tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang, terutamanya kanak-kanak. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik dengan ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain.
Sumber: Sini

Cara atau kaedah yang diunjurkan Nabi SAW ini adalah sebenarnya yang terbaik untuk kita amalkan.
1) Umur anak-anak sejak lahir hingga enam tahun
Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas dan tidak membeza-bezakan.
Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Pada peringkat umur ini, mereka tidak boleh dirotan sekiranya melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita adalah sebahagian daripada masa membesar mereka. Apabila perkara ini berjaya disemaikan, mereka akan merasa kepentingan kita di dalam diri masing-masing sehingga meningkat dewasa. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada di sisi mereka setiap masa.
2) Umur anak tujuh hingga 14 tahun
Pada tahap ini ibu bapa disuruh untuk mula menanamkan nilai disiplin dan rasa tanggungjawab kepada anak-anak. Pada peringkat umur tujuh tahun ini juga ibu bapa hendaklah mula melatih anak- anak untuk bersolat seperti dalam hadis Abu Daud;
“Perintahkanlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan).”
Pukul itu pula bukanlah bertujuan untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menimbulkan sedikit rasa gerun dalam diri mereka. Ia juga bertujuan untuk menyemai rasa tanggungjawab sebagai hamba kepada Allah.
Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibu bapa sama ada ingin menjadikan mereka seorang Muslim, Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.
3) Umur anak 15 hingga 21 tahun
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Ia juga terkenal sebagai fasa ‘ingin mencuba.’ Pada tahap ini, sebaiknya ibu bapa mendekati anak-anak dengan berkawan serta bersahabat dengan mereka.
Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka mengenai perkara yang dihadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ dan perasaan ketika itu.
Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama di hadapan adik-beradik yang lain, tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.
Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah mencari keseronokan memandangkan semua kebahagiaan dan keseronokan ada di rumah bersama keluarga.
4) Umur anak 21 tahun dan ke atas
Fasa ini adalah masa ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak melalui kebebasan dalam membuat keputusan sendiri. Ibu bapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.
Insya-Allah, dengan segala disiplin yang diasah sejak tahap kedua sebelum ini, cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibu bapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.

Sumber: Sini


Posted in: Rotan, Sunnah

About the Author:

2 Comments on "ROTAN"

Trackback | Comments RSS Feed

  1. waaaa.. cantiknya blog shiem ni dah berubah wajahhhh 😉

  2. shiemz says:

    Diana.. Tahun 2015.. Azam tahun baru… Hehe

Post a Comment